Full day..

Selamat pagi.. helo.. teman adik di sini..pam.. opss..heheee
Haaa.. baru balik dari bengkel tepat pukul 6.30 pagi.. memang semalam hari yang full! Semalam lepas zohor cadangnya nak ke bengkel menyiapkan furniture tapi kak long pulak telefon minta teman beli barang dekat chow kit aka plaza gm. Pius pulak pagi tu lepas je solat terus keboom kembali teruskan usaha dibuai mimpi.hukhuk... hemmm.. cakap pasal solat, teringat pulak dekat mamat ni..  pagi semalam hantar msg.. kejut solat ...  terima kasih.. saya dah solat.. nak je cakap.. ‘ boleh tak jangan ganggu saya lagi.. bukan tak suka niat murni tu.. tapi menyampah dapat msg dari empunya diri.. ‘ boleh tak cakap macam tu?? Jahat tak? Yela.. bila kita baik... kata kita pijak kepala dia, tapi bila kita dah buat dono sibuk pulak nak dekat-dekat kita.  Tak profesional katanya.. eh.. kenapa pulak? Ikut hati saya la nak buat ape kan.. mamat tu bukan pakwe saya pun.. dah tu nak sibuk-sibuk..  kata jela niat hati tu nak meyakitkan hati orang..  ehhhh... dahh... melayang dosa.. :p punya nak luah perasaan tu...

Okay lah sambung cerita tadi. Tengahari pius n kak long gerak ke ikea sebab pius nak carik bearing untuk gerakkan table top dan kak long kata dekat ikea ada. So, kita orang pergi ikea je sebab kak long decide nak pergi daiso the curve carik barang art. Bertuah ada orang bawakan pergi carik barang, nak minta tolong mamat tu kang kata saya ni pijak kepala pulak tak pun ambik kesempatan kan.. malas la. Tak hingin. Haaa.. tengok-tengok.. buat dosa lagi.. punyalah nak muntahkan semua. Sakit hati tau.. (sambung lagi tu).. kita punyalah buat macam-macam nak ambik hati dia, ale-ale kata kita pijak kepala dia pulak.. haram jadah..  tak hingin dah la lepas ni nak ambik kesah..  ampun readers... ter’emosi disini.
So, table top yang boleh pusing tu dah jumpa.. kita orang gerak ke Daiso pulak and then makan dekat secret recipe.. Tomyam kung.. ahhhh... memang sedap! Siap ada udang besarrrr... huhuhuu... first time makan..

Petangnya dalam pukul 5 lebih sampai ke fakulti dan niat hati nak turun ke bengkel, dipertengahan jalan terjumpa suzi dengan kawan-kawan lain tengah makan. Duduk-duduk kejap.... lepas solat asar terus kembali ke bengkel...

Petang semalam kita orang decide nak stay dekat luar bengkel sampai pagi, Cik azhar juga dah kasi kebenaran. Jadi apa lagi.. ronggeng la.. ehh.. silap! Pulun la. Huhu... So, kita berlima aka fairuz, jemi, nadia, cubby n yani pun memulun la sampai pagi..kikikiii...  Time dah nak dekat pukul 4 lebih tu mata dah ngantok, tangan dah tak larat, bahu dah kejang. Niat di hati nak stop la sampai di situ  dan bergerak naik ke studio atas untuk berehat.. ale-ale Jemi dok main kolaj tampal-tampal dekat furniture dia tu.. macam-macam. Seronok tengok jemi dok main-main sambung ayat, pius pun terus join..  tapi tampal kat furniture cubby.. dia tengah tido.. sibuk la kita orang menampal macam-macam ayat dekat work dia. Pecah perut di buatnya.. terus hilang segala mengantok dan sakit bahu tu. Hukhukk...

Eh.. lupa pulak.. before turun bengkel malam tadi sepatutnya ada photo shoot tapi dibatalkan sebab ada masalah teknikal sikit. Nasib tak pakai chantek-chantek.. huhuhuu... tapi bergambar tetap wajib..kikiii...




kikikihhhhh... lawak muka masing-masing...

So, lepas pulun dekat bengkel kita orang decide nak pekena teh tarik n roti canai dekat kedai mamak.. mata semua pun dah segar bugar ni. Naik ke studio dengan happynya,... hehehe..  sesampainya di studio, suzi dan madi tengah tido..  beriya aku mengajak suzi untuk join sama.. sampai terlupa yang suzi tak makan kat kedai mamak.. ampunn... cek lupa.. hehehe.. muncung terus...



Setel makan dekat hakim, kita orang gerak balik.

Pagi tu ingatkan nak basuh kain.. cehh.. lepas solat subuh beriya la pius pergi dekat mesin basuh tepi toilet tu.. tengah free la katakan... syiokk la membasuh. Duit syilling dah sedia, baju pun dah angkut keluar.. siap masukan sabun n baju ke dalam mesin , then baru la pius masukkan duitnya.. tapi...  kuang kuang kuang... duit 50 cen tersekat!!! Haa.. camne ni?  Tu la.. dah tau duit tu besar dari yang lain nak jugak sumbat kasik masuk.. haa.. kan da padan muka.  Puas la pius jolok taknak jugak keluar.. huaaaahhh...  sedihh... rugi duit pius dekat situ.. punah harapan nak basuh baju.. ale-ale angkut balik baju tu masuk dalam bakul balik.. balik bilik.. tulis blog and terus tido.
Tepat pukul 1.00 pagi semalam... aku sampai ke bilik setelah penat memulun di bengkel. Setelah berhari, berhari, berhari dan berhari mengergaji, memisau, menggosok form... akhirnya aku telah memulakan langkah ke-2 iaitu WRAPPING (ceh!) aka balut membalut!

Sebelum nak balut tu kena la sediakan dulu gam nya.. dan untuk menjimatkan duit yang sememangnya kering kontang, pius guna je tepung ubi.. masak jadi gam.. jimat sikit. Nak masak camne? dapur takde...hhmmm... kawan pius pinjam la dapur letrik textile punya... jadi la...

Ingatkan syok la sangat membalut ni.. rupa-rupanya.. macam nak patah bahu.. adoiii la...








TAMAT LA SUDAH MUSIM SALJI......

Yeahh.. setelah penat memulun produk, akhirnya aku kembali meneruskan cita-citaku (kakakaka) menyiapkan furniture yang besar gabak tak tau siap bila rasa macam nak mampus.. wuaaaahhhhhh..... kalau kawan-kawan lain takut tengok furniture aku, aku?? lagi la takut.. takut tak sempat siap.. sebab furnishingnya guna fibre, nak buat effect plastik. Nak hantar kedai mesti mahal kosnya.. adoii.. mati akal.. baru semalam minta babah duit.. takkan nak minta lagi, seganlah den nati.. huuuuuu...

Apa-apa pun kerja kena jalan..


korek lubang..korek-korek..  balik bilik mandi habis calar balar.. argghhh.. pedih!


p/s: haa.. rindu pulak nak masuk bilik exam.. jawab soalan.. penat nak pulun dan mengadap project ni berminggu-minggu.. genap sebulan, final. haa.. takpe2.. habis belajar pasti rindu saat-saat ni! Chayok pius!


Akhirnya,pre-assess product datang jugak hari ni. Dan aku? Belum di assess lagi.. hehehe.. mengantok nyer tunggu.. yoyo je tadi taknak jadi orang terawal diassess sebab bendanya tak siap lagi. Tapi takpe la, boleh juga aku tido-tido ayam.. J semalam tido tak lena langsung, sakit badan-badan ni hah sebab tido kat lantai studio. Konon stay studio nak siapkan kerja, ale-ale satu kerja pon tak boleh buat. Nak spray lebam pulak jadiknya.. tunggu jugak pagi ni nak spray.. tu yang tak tido tu.. takut lajak nati tak sempat nak spray.
Pagi lagi aku dah sampai ke fakulti ‘We are a class of our own’ aicecece...  semangat la kan nak siapkan kerja. So, pagi ni naik bas sebab teman aku tak muh pi awal, nak siapkan thesis katanya.


Adoiii.. wa sudah mau giler ma... itu product sama furniture talak siap lagi.. wa sudah mahu pengsan.. wuahhhhh...

Lagi sehari je lagi untuk aku sudahkan product untuk pre-assessment. hiyakkkk kene pulun perhabis.. Last two day aku sudah memulakan langkah membuat furniture ku yang besar gedabak. berpeluh melihat kebesarannya.. huhuuu... lap peluh jap..

Form putih dah ambik, sekarang masa untuk membentuknya.. bentuk pertama ialah...jeng jengg.. bulat berdiameter 4 kaki.. letih tangan ... nasib baik jugalah form putih bengkel sediakan, kalau tidak masak jugak nak keluarkan RM300 untuk satu bongkah petak tu.. Bukan sepetak tapi berpetak-petak untuk buat furniture aku ni yang tak tahu menjadi atau tidak. Ya Allah permudahkan lah urusan hambaMu ini... Amin.










Sekilas pandangan mencelah sisi,
Memerhati sepi minta dibalasi,
Sesaat berharga mesti dipenuhi,
Biar terubat segala rindu dihati.

Mentari esok tidak ku janji akan hadiri,
Bimbang mata tertutup tidak dibangun lagi,
Tapi hati ini tidak mahu disimpan mati,
Namun bimbang berjumpa dikalih pandangan hati.

Tiada salah aku berkata benar pada hati,
Sememangnya ia milik ku sejak azali,
Bahagia? Bukan aku yang tentukan, tapi aku pasti!
Aku bahagia jika hati ku terlepas pergi.

Salam sayang...

Yeaaahhhh.... akhirnya menaip juga pius untuk entry ni.. hehehe... sorilah, beberapa minggu ni pius sibuk dengan pelbagai aktiviti (yeye je) hehehe... yeeeee... betol! tak tipu punyer. Minggu sebelum2 ni sibuk dengan trip ke ulu yam dan minggu seterusnya sibuk untuk proceed final design dan sekarang sedang menyibukkan diri menyiapkan teknikal akhir. Yoyo je kan.. macam lah busy sangat.. walhal kat bilik tido memanjang.. :p

Haaa.. seriously.. malas nak update blog sebab internet takde dekat kolej baru.. yela.. dulu merempat kat bilik orang dapat la wireless tapi kat kolej baru ni xdapat internet free pon... kene bayar..jadik malas la kiranya hamba ni untuk membayorrr... heeee... nantilah bila dah merdeka nati dok rumah memanjang.. ngadap blog.. lagipun sekarang kiranya dah bulan terakhir/final la.. kira sibuk la jugak kan.. adoii... kerjanya bertimbun tapi tak jalan-jalan.. hampeh...

Pasal personaliti tarikh lahir tu.. malas pulak pius nak menulisnya... jadik aper kata korang beli sendiri dekat pasaran...


Muka depan Buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan terbitan Buku Prima.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Syukur, akhirnya buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan setebal 383 mukasurat telah siap hari ini dan telah mula dijual di pasaran tapi masih belum sampai kedai-kedai lagi. Buku ini boleh memberikan panduan dan bimbingan di dalam hal percintaan dan jodoh terutama kepada yang sedang mencari cinta & jodoh dan yang bakal mendirikan atau baru sahaja mendirikan rumahtangga (yang dah "senior" tu insyallah buku bertajuk Alam Perkahwinan bakal menyusul untuk menjawab persoalan perihal liku-liku alam perkahwinan termasuk perihal poligami, perceraian dan seumpamanya - tapi masih boleh dapatkan buku ini untuk panduan adik-beradik, saudara-mara atau anak-anak nanti).
Untuk mendapatkan buku ini terdapat beberapa cara;
1. Dapatkan di pejabat Alaf 21 di Seksyen 16, Shah Alam.
2. Dapatkan di Mini Karnival Karangkraf pada 28-29 Feb & 1 Mac ini di pejabat Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam.
3. Dapatkan melalui borang tempahan di majalah Mingguan Wanita nanti.
4. Dapatkan di seminar saya (pada 15 Feb di Larkin dan 15 Mac di Shah Alam).
5. Dapatkan di kedai buku (mungkin bulan Mac nanti).
6. Dapatkan daripada konsultan Kelab Sains Metafizik nanti di pejabat Setiawangsa.
7. Dapatkan daripada pengedar saya (akan dimaklumkan cara tempahan secara on-line nanti).
Buku berharga RM19.90 dan jika ditempah daripada pengedar yang akan dihantar melalui pos, mungkin barharga RM25.00 termasuk kos pos penghantaran - maklumat akan diletakkan di blog ini nanti dalam 1-2 hari lagi.
Terdapat pelbagai panduan mengenali cara anda bercinta, cara pasangan anda bercinta, cara anda mahu dicintai dan cara pasangan anda mahu dicintai. Serta pengiraan tahun jangkaan berkahwin. Kaedah pengiraan Petak Digit, penggunaan Graf Hayat serta pengiraan Arah untuk keharmonian rumahtangga. Terdapat juga beberapa kes kajian menarik tentang jodoh dan yang pastinya cerita dan panduan tentang pola 729 (pola kes Azman & Salina dalam artikel bertajuk Perancangan Berpoligami dalam Mingguan Wanita tempohari).
Buku ini umpama "all-in-one" di mana anda tidak perlu membeli pelbagai buku berkaitan kaedah kenali cinta dan jodoh, ianya dibuat untuk cuba merangkumi semua aspek kenali cinta dan jodoh secara sains metafizik. Yang menariknya, buku ini adalah satu-satunya seumpama ini di dunia yang menggabungkan pelbagai bentuk teknik di dalam kajian tarikh lahir, waktu lahir dan nama di dalam aspek cinta, jodoh dan perkahwinan. Yang pasti, anda tidak akan dapat mencari buku seumpama ini di tempat lain yang menceritakan tentang penggunaan Graf Hayat di dalam aspek jodoh.
Dapatkan yang ORI ! :)
Selamat Membaca !

Salam Kejayaan - Eddy Rosyadie.

okay.. jom terjah....!
Panasnya bilik ni walhal aku baru sahaja mandi sebentar tadi. Bahang dari luar memang jelas terasa sampai naik rimas jadinya. Memang biasalah kalau berumahkan papan dan bertempiaskan bumbung zink orang sebelah ni kan.. memang bertambah bahang la jadinya.

"Duduk bilik Baim lah"

Lantas ku capai laptop menuju ke bilik belakang. Eh-eh sejuk and nyamannya bilik dia ni... patutlah tiap-tiap hari melepak je kat sini! sejuk rupanya. caiiittt.. patutlah lah tengahari pun sedap je dia tido.. layan habis..

Sebenarnya saja carik port best sikit untuk menulis.. yela.. penuliskan.. kenalah carik tempat yang aman damai baru lah terkeluar segala inspirasi.. huahahaha... perasan giler.. terkeluar segala gelak best mengebest tu.

Sekarang ni dah nak masuk pertengahan bulan 11 dah.. esok lusa celik-celik dah bulan 12.. kejap je masa meninggalkan kita kan.. tapi apa yang kita buat sepanjang masa ada depan mata kita? Adakah kita buat yang terbaik untuk diri kita sepanjang masa?

Kita sering merunggut kerja kita tidak bagus.. orang lain lebih hebat dari kita.

"Yela.. orang dah power, buat apa pun power jugak jadiknya.. macam aku nih buat apa pun orang tak pandang"

Itulah dia ayat power low klass yang selalu keluar dari mulut aku. Tapi apa yang aku buat untuk memperbaiki diri aku? duduk diam sahaja? melenggah-lenggahkan kerja? Joli sini joli sana...? orang lain juga berusaha untuk berjaya, bukan dengan hanya duduk diam sahaja.. come on la pius! motivate yourself, muhasabah diri sikit! It's your final year.

Salam semua...

Semalam pius ada membaca sebuah buku hasil kajian tarikh lahir dan terdapat beberapa subtopic yang amat menarik minat pius yang dibuat melalui pengiraan tarikh lahir.. antaranya adalah:

  1. Mengenali potensi diri dan pasangan melalui tarikh lahir
  2. Personaliti cinta berdasarkan kod elemen alam
  3. Interaksi di antara elemen alam (iaitu kamu dan pasangan/org yang diminati)
  4. Perihal cinta dalam hidup anda melalui tarikh lahir juga
  5. Mengkaji keserasian antara anda dan pasangan (guna tarikh lahir juga)
Kesimpulannya memang guna tarikh lahir lah semua..hehe.. tak percaya benda-benda macam ni? "semuakan ketentuan Allah.." yee.. memang cinta,jodoh,ajal semuanya DitanganNYa.. tetapi apa yang dicipta ada sebab-sebab tertentu yang kita tak tau dan perlu dikaji. Contoh.. Kenapa diciptanya bulan? kenapa diciptanya garisan-garisan halus dikulit kita?semua ada sebabnya kan.. kenapa Allah jadikan mata setiap manusia berlainan? Mata saya suka yang gempal-gempal.. mata kawan saya suka yang cikeding (senang nak lambung..k kahakahaka) ha.. contohnya gitulah..

Kalau dikaji ayat al-Quran, terdapat banyak perintah Allah menyuruh manusia mengkaji diri mereka sendiri. Pada diri manusia itu terdapat tanda kebesaran, rahsia dan kekuasaan Allah yang perlu direnungi sebagai pedoman dan iktibar. Hanya mereka yang berakal memahami hakikat ini. (http://hati-seorang-ummi.blogspot.com)

Jadi memang tak salah kan kalau kita membuat kajian tentang diri kita sendiri.. Walaupun sekadar kajian tetapi mungkin boleh menjadi panduan sikit-sikit.. Tetapi memang serius cakap.. kajian ni hampir 99 peratus adalah tepat mengenai pius. sebijik kena kat batang hidung.. sedebuk jatuh kat atas dahi.. haa.. tapi yela.. Kita mampu merancang dan berusaha tetapi Allah jualah penentunya... janganlah taksub sangat ye...

Okay lah.. nati pius sambung lagi macam mana nak kira tarikh lahir tu dan macam mana nak tahu perihal cinta korang melaluinya. jangan terkejut kalau nati korang dapat tau bahawa diri korang berpotensi kahwin dengan suami orang... hihihihii....

tunggu entry akan datang yer...

munkin anda minat dengan buku ini -------------------------> Cinta, jodoh dan perkahwinan
didalamnya ada semua yang berkaitan kajian tarikh lahir. Suatu kajian yang menarik!

Jom join segmen:
HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!

Jom kita berkenalan dan memperkenalkan blog kita kepada dunia blog.. hehehee...

Haa.. apa yang korang suke pasal mak korang.. dekat mana taik lalat dia? haaa? apa makanan kegemarannya? haaaa... tau ke tidak tu.. kuikuiikuii... lain mak lain lah caranyer kan..  mesti ada sesuatu perkara atau hobi mak-mak ni yang buat korang teringat-teringat.. pergi mana pon mesti teringat-teringat... haa.. apa yang pius suker dengan mak pius sampai teringat-teringat tu...

1. Mak saya seorang yang pandai berjimat..
pantang leka sikit semua suis dipadamnyer.. kuikuikuiii...


xleh nak tido la semalam.. nape tah.. so.. layan lah edit mengedit ni.. korang layankan jela yer... ni muka dah tembam giler.. gemokk.. tengah happy la katakan... happy sebab tak wat kejer... wakakaka... jahanam!
Gedikkk sesangat.. erk
Harini bangun pagi je.. mak cakap..

"Mok dah takde"

"Hah"


Tetibe pulak sentap rasa dihati walaupun kucing tu bukan aku yang bela.. dak baim yang bela (adik), tapi dah tiap-tiap hari mengadap.. mestilah terasa jugak kan.. dok acah-acah.. dok panggil makan.. Mok Si kucing yang banyak diam.. seronok kalau belai mok.. dia diam jer.. bulu lebat pulak tu.. Mok... T_T

Betol ke Mok dah takde? Akak yang sewa dekat depan bagitahu dia nampak anjing gonggong Mok masa balik kerja semalam.. sob sob sob.. agaknya time maghrib kot.. cian mok..

Tinggal la Mel sensorang takde kawan nak main... Mel yang suke menyondol orang tak kira tempat.. Mel jaga diri leklok yer.. jangan men jauh-jauh sangat..

Mok dalam kenangan...

Lagi gambar Mok disini Sini dan sini..

kalau rajin tonyoh sini jugak.sini dan sini...

huh! geram rasa hari ni.. punyerlah kite tunggu dia.. ale-ale bila dia msg bukan nak pujuk kita..

"awak makan ker pujuk kite ni"
"nak cakap camne pun tak tau"

ishhh cakap jela ape-ape.. pujuk pun tak reti.. aku pulak nak kene pujuk dia... orang bukan marah bebetol pon.. ayat jer lebih... stress la tu..

nah..ambik muke saya merajuk ni kasik lagi stress...

p/s: habislah nati muka kelat dia dekat depan mata :P
"Adoiiilah.. asal balik rumah jer mesti naik segala cucu cicit jerawat nih.. malu jadiknya nak keluar umah. Naik sebijik takpe jugak.. ni sampai tiga bijikk... xmuh, xsuke!"

Haa.. yeke asal balik rumah jer mesti naik segala jerawat di muka? kenapa jadik cmtuh? kenapa dekat kolej ok jer muka.. berseri-seri lagi? hehehe..

  1. Memanglah kalau kat kolej/u tu muka selalu jer cantik bersih, asal balik jer dari kelas or pergi memana mesti tak lupa nak basuh muka. Dekat rumah? tunggu bangun pagi n nak tidur malam baru nak cuci muka. Yela .. cuti dok jer terperap kt rumahkan....
  2. kalau dekat kolej lepas sembahyang subuh xleh tido balik sebab kena g kelas or sebagainya... dekat rumah?
  3. Dok rumah makan tak hingat dunia.. asal bukak tv jer mesti nak mengunyah.. ada megi tibai.. nampak coco crunch sapu.. panas sikit pekena air sarsi ais.. air kosong jarang nak minum.
Haa.... salah saper jerawat tu naik....?

Last two days I was at Daiso, The Curve and found this little glasses with only RM5. Glasses with rows of tiny holes. This glasses come with manual exercise for eyes muscles. At first sight I was.. " pe bender ni? training glasses?"


Jom join reramai pertandingan felt craft... jgan luper like pius nyer craft yer.. hehehehe... walaupun tak chantek...
klik gambo untuk sokong n like di fb... 
LIKE LIKE LIKEE... hohooo makso orang...

Yeahhh.. sejuknyer suasana!!! beku semua tangan.. :p

time-time hujan gini apa yang sedap dimakan??

ABC special ... eeermmmmmm... sat g beli..
salam semua..

Baru-baru ni pius ada beli buku Prof Izzi 'renung-renungkan dan selamat beramal' dan nak share serba sedikit kata-kata yang mungkin dapat melenturkan hati kita yang keras ni... jom sama-sama..

GUA CAKAP TERUK, TAPI HATI GUA BAIK!

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Malu itu tanda adanya iman dan iman itu dalam syurga. Kotor mulut itu daripada kekasaran perangai dan kekasaran perangai itu dalam neraka." (Riwayat Imam Ahmad)

Nabi menyatakan sebenarnya orang yang sebegini datang daripada kekasaran perangai dan ianya dilarang dalam agama

Jadi baikilah kata-kata anda yang baik di luar itu datangnya daripada yang baik di dalam. Ianya sentiasa selari.

Nota kaki: Jom perbaiki tutur kata kita...






selamat malam semua blogger"

Harini dapat jugak pius ke Homedec exhibition part 2.. dapat la jumpa bos tempat praktikal dulu.. bos yang ramah-tamah, memang pius puji.. tak pernah kondem pon idea pekerja dia, malah mengeluarkan kata-kata yang buat orang lain lebih bersemangat tok buat kerja dengan lebih bagus. eh2.. cukup la tu.. nak tunjuk gambar booth.


Assalamualaikum.... blogger" semua..  selamat tengah malam juga...

Dalam sibuk-sibuk menyiapkan assigment dan report pratikal, sempat juga pius menjahit 2 keping greeting card holder semalam. yeayyy.. berbunga hati dapat menyiapkan hasil kerja yang comel ni (sila paksa diri tepuk tangan) hehehe.. yela.. bile kite buat something untuk yang tersayang mestilah kita rasa happy.. tak gitu..?
kat sini pius nak share dengan semua craft yang pius buat ni.. mana tau masa hadapan ada yang minat nak buat n sharing is caring dengan pius pulak... hehehe...  tapi pius yakin ramai dekat luar sana yang lebih kreatif dari pius...

Rupa hadapan
Hai semua.. :)

Hope korang semua baik-baik jer.. hermm... selalu tak korang sediakan hadiah/ gift untuk diri sendiri apabila berjaya membuat sesuatu perkara? siapa selalu sila angkat telinga.. hahaha.. terel betul lah.. 

sebenarnya kan jumaat ni pius ada presentation untuk latihan praktikal, yes! itulah harinya. huahhhhh takotttttt... risaunya hati. 

Bak kata En. Kamal aka pensyarah liberal : prepare! everything will be okay.

Okay En. Kamal.. saya prepare lah nih.. ondway~ sob sob sob...

Pius nak pastikan viva kali ini berjaya jadi pius kena bersedia awal untuk hadapinya. ok pius! chayokk!! Ada beberapa tip viva yang pius dapat antaranya dari  http://www.silampuneon.com


Tips Menghadapi Viva Presentation For Bachelor's @ Masters @ Phd :
  • Baca selawat nabi (ni saranan mak aku) supaya mempermudahkan sesuatu kerja tu. Aku dah guna, memang berkesan.
"Allahumma solli wassallim a'la, nuril anwar, wasiril asrar, watirya qil agh'rar, wamifta hiba bil yasar, saidina wamaulana, muhammadil mughtar, wa alihi ahtar, wa ashabihi ahyar, adadani amilla wa idhollih".
  • Semasa masuk bilik viva, korang gengam tangan dengan ibu jari di dalam genggaman dan pandang tepat pada wajah lecturer untuk bagi dorang mabuk cinta. Eh bukan...korang boleh gunakan ayat ni supaya korang sentiasa selamat dari kekejaman soalan lecturer tu nanti : 
"I'yaqanak budu wa i'ya qanas to'in"
  • Prepare ! Yang penting prepare laa korang punye slide tu...mesti tau setiap ayat yang korang guna dalam tu. 
  • Kalau boleh masa present, jangan tengok slide ah...pandang lecturer, dan yakinkan mereka supaya mereka faham tentang kajian anda.
  • Semasa dihentam dengan soalan-soalan dari lecturer, cuba jawab sehabis baik. Jangan senyap je...sebarang idea adalah berguna supaya lecturer tahu korang faham dengan kajian korang sendiri.
  • Sewaktu dimarahi akibat kesalahan korang sendiri, sila mengakui kesalahan korang tu dan jangan nak berdalih dalih. Kalau disuruh buat pembetulan or buat balik kajian tu...korang buat je aaa!

Jadi sebagai pemangkin semangat kali ini pius nak hadiahkan diri 'happy'. kalau success viva kali ini pius nak hadiahkan craft hasil buatan tangan pius kepada...... ? sesiapa lah... bila orang lain happy dengan pemberian kita, kita juga jadi happy kn.. lebih bersemangat gitu...  okay.. janji pius.

nota kaki: Datanglah wahai semangat! 

Waaah wah wahhh... sempat pulak cik peah kite ni menerjah exhibition dalam dok busy banyak kerja tak siap dia tuh! caitt.. ayat tunggang langgang. hehe..

hehehe... asalnya pius nak pergi bt observation.. tapi banyak pulak masalahnya...ale-ale terjadi pulak kerjanya yang stu ni..  ah.. layankan aja! memang suke pon.. :p

kasut tak tahan = croc plak dah.. spoil!
Malas nak pakai kasut lawa sikit.. sakit kasutnya.. ale-ale dibedalnya croc yang 10 hingit satu... jadilah.. asal selesa..
Akhirnya sempat jugak ke majlis Anugerah dekan malam tadi.. hehe... pius dengan xde bajunya nak pakai.. memang kabut! Semalam petang pius jenjalan kat pasar depan kolej n ternampak la baju-baju yang cantik dan stylenya belum pernah dipakai pius... then apa lagi.. sebat lah... hoho.. beli lah...memula ragu-ragu nak beli.. yela, bukan biasa nak pakai cengitu... tapi akhirnya pius n sahabat bersetuju untuk membelinya.

Malam semalam hujan tau.... argghh.. kami dah xtau nak pergi naik apa.. ronggeng motor ker? terpaksa lah.. kami siap pon dah lambat.. start majlis pukul 7.30 tapi kami datang pukul 8.30. hebat tak? huuu...

oklah.. jom tengok gambo syok sendiri ni ;-

tonight!  !? ingatkan besok majlisnya... macammana yer? baju kurung baru je pakai haritu n tak basuh lagi.. pius pulak tak bawak banyak baju kurung.. yela.. kebanyakan aktiviti dekat studio jadi malas lah nak pakai baju kurung lelama dalam studio tu. alasan.....Shout

hermm.. yang tinggal skirt labuh, sluar n kemeja, jeans banyak lah tapi takkan nak pakai time majlis pulak.. wait n see jela.. apa yg ade kita sebat.

hiyakkk...! hahaha...

arrghhhhh... puas nya main ping pong tadi.. dalam tak reti main tu, berpeluh jugak la.. habis sejam kami pulun. memalam ni kan.. borink ngadap kerja kat studio. so lepak dulu kita main ping pong...
kat atas tu bukan pius yang main... nak tunjuk jer betapa kami hebat main tadi.. wkakaka... silat cekak semua masuk.. :P

haaaa..haaaa.. semput jalan... redah hujan... inilah akibatnya jika ikutkan hati sangat! hermmm... habis basah baju ku meredah hujan di luar sana.. kenapa?

Bukan lah lebat gini hujannya kengkawan


betulkah syurga seorang isteri itu dibawah telapak kaki suami? yang pernah pius dengar 'syurga itu dibawah telapak kaki ibu'. betulkah ada hadis yang mengatakan demikian? semua dok sebut-sebut jadi teringin pulak ingin tahu dan memastikan kebenarannya dan kepentingannya.

jadi... jom baca beberapa artikel:-

Bila saat kita menyendiri..
orang kata kita lupa kawan sendiri...
segala bakti dan budi ditolak tepi...

Tapi cubalah kalian fikir kembali..
jika kalian kawanku, kenapa aku disisih pergi..
sehingga terasa malas nak bercakap lagi..

jangan ada istilah 'lupa kawan sendiri'..
jika diri tidak pernah menghargai..
terang-terangan menolak pergi..

apa yang baik ku pegang lagi..
apa yang kurang ku lontar pergi..
salah dan silapku mohon dimaafi..

nota kaki: ayat mengantok~
Hai.. selamat malam smua... huhuu...  Dah malam-malam ni rasa nak share jer dengan semua.. aktiviti pius baru-baru ni... memang baru ponn... jumaat. hehe... lupa pulak nak update.. terlambat sudeehh...

Oklah.. jumaat 14/10/2011 telah berlangsungnya aktiviti department yang ditunggu-tunggu... aicehhh.. bab hiburan, gelakkan org laju jer. :p 'experimental construction' untuk pelajar-pelajar baru khususnya..  jom nengok kita orang buat aper.. jom2.. jom berkampong ke zoo.. mouuu...
Girls Myspace Commentswaaa...soo relieved! now I can close all the windows for LDK..  yippieee... not ah... no different activities from previous Ldk.. we learn, work in group, dance sometimes and laughing all the time.. almost the same. hmmm... I was thinking why they prepared all this thing to us? Even though the input are good but I learned it so many time.. i still remember, Diploma prepared the best finishing school to us! hehee.. miss all that thing.. :(

Someone told me others are doing campfire for their finishing school... wuuuuu... ^_^" bestnyerrr :p .. 
btoii kerrr... share la sikit...

walaupun dah biasa dengan module macam ni, ianya masih lagi tidak ke tahap bosan ya amat.. so.. just enjoy.
The best part is... I met my FB friend but did not recognize him... harrr... What FB just done to us??? Silent communicate? 'berkawan' tapi tidak berkawan... ooo ciannyer... 

But..! the greatest thing is... Miss Nadiah tell us ' i'm only listen to what fairuz (me) say, she talk very clear even i can hear it (far). non of you speak very clear just like her.'

wooo...? The only person who said she hear me clearly when i'm speak! hahaha... thanks miss! ianya menaikkan semangat saya yang kureng english ni.. okay fairuz! you can speak clearly now... just speak!.

Nota kaki : Help me fluent in english....

Nota untuk kamu: cukop-cukop la jeling saya.. adoiii.. dah malu dah ni  





Walau sedingin hati.. walau sekeras suara ini..masih tersimpan segala rasa mahu menguis secubit rahsia agar semuanya sentiasa ceria.. kadang kala terasa mahu menyusun langkah tinggalkan semuanya.. jangan muncul di ingatan mahupun di depan mata.. tapi apakan daya aku hanya manusia biasa...

Dikalih pandangan ditunduknya wajah berharap tiada lah bayangan mahupun sapaan menyambut setiap langkah kehadapan. Masih.. mata terus memandang biar sekejap biar dibalik.. biar hati kata benci tapi mata terus mencari.. akal kata fikir dulu.. hati kata tidak mahu.. diri kata.. biarlah masa berlalu, DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu.



wahh... lamanya tak membeli buku motivasi.. huhu.. bila yer last shopping buku? yaa.. lupa dah.. huhuu... arini pius beli beberapa buku yang nampaknya sangat best.. tak sabar nak sudahkan bacaan (sure tak sudah2). mmg best.. sedikit ayat je dah terbuka segala minda yang tertutup ni..

'KENAPA TIDAK MAHU SENYUM NI?'

siapa yang tidak mempunyai sifat ramah-tamah, bererti dia tidak mempunyai kebaikan-riwayat muslim.

orang yang berhenti untuk menjadi yg lebih baik sebenarnya telah berhenti menjadi seorang yang berjaya- oliver cromwell.

cakkk...


.. sejak masuk semester baru ni dah makin jarang nak berblog.. nak kata takde masa? ada jer.. hehe.. habis ke lain = main game, jenjalan , borak-borak... ngehhh hehehe...

Banyaknya perkara yang terjadi semester ni... hermmm... mengeluh jap..  I was thinking, can I delete all that memories? kekadang rasa malas nak pikir dan nak enjoy jer dengan perkara sekarang ni.. but it still cross my mind.. n eyes.. silang pangkah siap! huhu.. but really.. sebenarnya tak nak memory tu hilang...  ego sgt kan saya ni..

lagi satu musibah datang..~ kami kena pindah studio.. ok takk?? okkkk kan... :( malas nak cerita kenapa... next time la...


Argggghhh.... pedihnya nak makan!!!!

haa... pedih tak nak makan kalau korang ada ulser dalam mulut? sure-sure la kan... pedih.. ^_^"
Disebabkan pius asyik ngadu pedihhhh memanjang... jadik ni kawan pius ader kasi tip macam mana nak baik kan si ulser pedih tu... hanya menggunakan asam keping.. hehehe... korang koyak asam keping kecil-kecil sikit dan tempek kat ulser korang.. biarkan dalam 5-10 minit.. lepas tu tukar dengan asam keping yang lain pulak... kalau tak tahan pedih selang lah lama sikit baru tampal yang baru.. selamat mencuba yer... saya pun baru mencuba ni~ pedihhh..... harap berkesan...

p/s: harap-harap cepat lah lega ulser ni... pedihnya nak makan.. :(

yeahhh 8/10/2011.. saya sudah bebas ulser!!!
Herm... pedihnya ulser kt mulut ni... xde mud nak makan... baru feeling2 nak makan yong tau fu.. hang dok la tepi.. :(
Kau laksana bulan.. episode 1-13


Kau laksana bulan lakonan ayu raudhah, zulhuzaimy, fizo dan ashraff muslim telah lama disiarkan di tv2 tahun lepas tapi baru tahun ni aku berpeluang tengok. Itu pun sebab frenz yang kenalkan.. sebelum ni pernah jugak tngok iklannya ditv tapi tak tengok la citenya..  cerita ni memang best, bagi yang dah pernah tengok tu mesti kata benda yang sama... best besttttt... drama ni sebenarnya diadaptasi dari novel tulisan aina emir.


kepada peminat-peminat novel di luar sana jangan lepaskan peluang menyaksikan drama ni.. memang best.. korang tengok la sendiri.. tengok kt youtube pun boleh..  argghhhh,,, giler firas ali sekarang nih... xleh cakap.. :p
Powered by Blogger.