Bersyukur kah kita dengan nikmatNYA?

/
0 Comments
Beberapa hari yang lepas.. ada seorang pakcik warganegara indonesia telah bermalam dirumah aku sementara menunggu untuk pulang ke tanah airnya. siapa dia tidak perlulah aku terangkan.. yang aku ingin nyatakan adalah kehidupan nya.. Hidup terpaksa merantau untuk membantu keluarga.. hampir semua anak lelakinya bekerja di negara kita.. nak datang sini bukan senang seperti yang kita jangkakan.. ianya memerlukan sejumlah wang hampir 3juta rupiah seorang..kiranya lebih kurang seribu lebih la kot duit Malaysia.. nak membeli buah pun tidak mampu.. inikan pulak nak menyediakan wang sebanyak tu untuk urusan ke Malaysia.

Mana dapat duit..? pinjam orang..

Pinjam memang la senang.. tapi nak membayarnya balik perlu bayar 2 kali ganda dari nilai yang dipinjam.. waaa.. teruknya rasa.. yang kaya makin kaya.. yang miskin terus ditindas.. tau tak korang.. buah durian kat sana berapa harganya?? lebih kurang 300 duit Malaysia.. tak tau la aku betol atau tidak.. kata mak.. yela kot.. penduduk sana ramai., tapi bnda nya sikit..

**************************************

Bersyukurkah aku?? sedetik tiba aku tertanya pada diri.. bersyukurkah aku pada nikmatNYA? tidak bersyukurkah aku pada kurniaanNYA? kaki, tangan, mulut.. semua berfungsi dengan eloknya.. ada rumah untuk berteduh... ada makanan untuk dijamah..malah.. masih mampu menyuapkan nasi ke mulut ku sendiri.. tapi.. selalu aje merungut dengan keadaan,... itu ini.. semua nya tidak kena..

kita lupa.. 'rupanya' masih ada yang tidak bernasib baik.. mungkin tidak berkaki dan bertangan.. malah menyuap nasi ke mulut juga menjadi satu derita.. menelannya apatah lagi..

p/s: tabik dekat mereka yang berusaha mencari rezeki dengan cara yang halal.

Topi pelepah kelapa..  dari indonesia..
Topi ni pon dorang jual.. dari warna hijau daunnya sehingga menjadi kering... hermm.. seharus nya kita ambil nilai-nilai yang bagus dari dorang...


No comments:

Powered by Blogger.