jom buat 'SliNg BaG'...

/
7 Comments
Hello! Myspace CommentsBosan layan kerja dan orang sekeliling?? jom layan buat bag...heheee...

Siap jugak buat bag hari ni... hehehe... tiba-tiba rasa nak buat bag.. yela, orang xde bag.. hukhuk ^_^".... disebabkan acik pius suka sling bag atau bag sandang tepi ni, jadi nak buat la.. jom buat...


Bag yang simple :)
macam mana nak buat... jommm...
Material
Jangan membazir.. untuk buat bag ni acik pius guna seluar jeans lama yang dah tak muat dan lebihan kain, tak kira la kain baju kurung ke.. baju yang dah tak pakai pun boleh...dan antara bahan-bahan lain yang korang perlukan ialah:
  1. Zip untuk jeans (zip biasa pun boleh, ikut kesesuaian) - RM1.80
  2. Ring untuk tali bag RM 1.00
  3. adjuster-juga untuk tali bag RM 1.00
Semua barang acik pius beli dekat kedai bunga dan jahitan berdekatan.. hukhukhuk...

Bahagian yang sudah dipotong
First, korang kena gunting dulu bahagian-bahagian yang diperlukan... ada empat semuanya.. 1,2,3 adalah bahagian hadapan dan 4 adalah bahagian belakang.. ukuran acik pius main buat jer.. asalkan sama.. 


1. First, cantumkan bahagian depan (1 + zip + 3 + zip + 2) 
2.  dan bila sudah selesai boleh la dicantum dengan bahagian belakang
3.  Kalihkan bag tadi kebahagian kain yang betul dan dilipat dua seperti gambar 3.
      haaa... siap dah bagnya? belum lagi.. kena buat tempat talinya pula..



iklan sat... :p


Sebelum buat tali bag, kene la buat tempat tali dulu... posisinya dibahagian tengah hadapan bag (gambar 1). 


1. Buat satu tali kecil dan biarkan panjangnya melebihi lebar bag tersebut...
2. Bahagian hujung tali boleh la dimasukkan ring dan lipat kedalam. 
3. Begini la rupanya bila dah siap tempat tali.




Untuk membuat tali bag, ada 2 bahagian... bahagian depan dan belakang... untuk bahagian hadapan, acik pius guna kain jeans dan belakang kain cotton.  panjang ikut keselesaan masing-masing... tapi lebar kne pastikan muat untuk dimasukkan bersama adjuster.


Jahit dan kalihkan nya.. pastikan selepas siap seterika cantik-cantik..




Okay, dekat sinilah kita akan gunakan adjuster.. 


1. Jahitkan salah satu hujung tali dengan adjuster seperti gambar 1.
2. Gambar 2 - adjuster bag.
3. Selepas itu dimasukkan ke ring yang berada di bahagian bag dan seterusnya kebahagian adjuster.
Bye Myspace Comments4. Hujung tali lagi satu dijahit ke ring dibahagian bag lagi satu. 


Pastikan sebelum jahit ring terakhir : sematkan dulu tali dengan adjusternya.


okay.. siap pun bag sandang tepi ni.. jom jenjalannnnnn......


p/s: untuk kekemasan pastikan anda seterika kain dibahagian jahitan selepas jahit. dan kalau rajin boleh lah buat inner/ kain lapik dibahagian dalam bag.. untuk lagi kemas-kain tu jahit tepi dulu sebelum dijahit.. ok.

Bag saya sudah siap :)



7 comments:

cik Lily said...

kretip..

FairuzJaafar said...

@cik Lily mekacih cik lily.. kita bt ringkas jer.. :)

Azi said...

salam..
murahnya zip tu ngan adjuster tu.. beli kat mana tu ye..

FairuzJaafar said...

@Azi beli dekat kedai jahitan berdekatan rumah.. hehehe..

Miss EFEO said...

oh sangat kreatif. :) jimat2.

FairuzJaafar said...

@miss EFEO.. thanks.. hidup kena jimat..hehehe... ^_^"

Dalila Yusof said...

idea untuk beg baru..

Powered by Blogger.