Berlalulah si awan biru..

/
0 Comments
Walau sedingin hati.. walau sekeras suara ini..masih tersimpan segala rasa mahu menguis secubit rahsia agar semuanya sentiasa ceria.. kadang kala terasa mahu menyusun langkah tinggalkan semuanya.. jangan muncul di ingatan mahupun di depan mata.. tapi apakan daya aku hanya manusia biasa...

Dikalih pandangan ditunduknya wajah berharap tiada lah bayangan mahupun sapaan menyambut setiap langkah kehadapan. Masih.. mata terus memandang biar sekejap biar dibalik.. biar hati kata benci tapi mata terus mencari.. akal kata fikir dulu.. hati kata tidak mahu.. diri kata.. biarlah masa berlalu, DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu.





No comments:

Powered by Blogger.