kerana ikutkan hati...

/
0 Comments
haaaa..haaaa.. semput jalan... redah hujan... inilah akibatnya jika ikutkan hati sangat! hermmm... habis basah baju ku meredah hujan di luar sana.. kenapa?

Bukan lah lebat gini hujannya kengkawan



hermm.. gini sebenarnya.. pius tak puas hati sebab berbeza pandangan dengan sahabat A.. Walaupun ianya cuma sedikit tapi pius tetap tidak puas hati sebab tidak ada bukti yang kukuh terhadap apa yang dinyatakan. tapi dalam masa yang sama pius juga tidak mengetahui kebenaran terhadap apa yang dipersoalkan. Jadi pius mula bertanya kepada sahabat B yang lain pula mengenai persoalan tersebut... bertambah angin pius jadiknya bila sahabat yang ditanya itu mengiyakan kenyataan tersebut tapi bila ditanya buktinya mana? show me the proof please~ tidak pulak dinyatakan, sebaliknya memutar apa yang dikatakan oleh pius. deds why la pius marah.. kata tadi 'ya, mmg btol' tapi bila ditanya buktinya xde pulak.. hangin...

pius dah search dekat internet tapi kebanyakkannya mengatakan tidak benar tapi yelakan.. internet bukan boleh percaya sangat.. siapa yang pakar dekat sini? topiknya 'syurga isteri dibawah telapak kaki suami'

inilah akibatnya orang jahil dalam beragama... kan dah tak tau...

then, apa jadi after tu? pius nak balik la kolej... before this selalu naik motor dengan sahabat A tapi harini tak bawak topi keledar. so, berdegil nak balik naik bas n paskan aja kunci bilik dekat sahabat supaya dia boleh balik dulu.. (sebab tak puas hati sbenarnyer kan..) nak dijadikan cerita.. Azan maghrib pon berkumandang n pius pon tanggalkan lah headphone dari kepala ku ini untuk pergi ambik sembahyang...bangun-bangun jer...

'ait.. senyap sunyi jer studio ni, semua dah balik lah tu'... bisik hati pius.

Semua dah balik jadik pius pun berkemas lah sebab nak balik n solat sekali gus.. jadi ambik keputusan untuk solat di kolej (kolej terdekat) bawah before naik bas..waktu tu hujan dah renyai-renyai kasar.. tapi redahkan aja.. sapa suh degil taknak nek motor bersama sahabat.

tup-tup time nak solat.. handphone berbunyik menandakan masuknya msg baru.. ada miskol rupanya... dari sahabat A.

'what??? tak balik lagi rupanya' hahahaha...

'fairuz.. ada kunci tak? kita nak g toilet.' haa... lebih kurang gitu la ayatnya... ku ingatkan sudah balik.. sebaliknya sahabat tidur dilantai tepi work stationnyer... jadi pius pon berpatah la semula ke studio untuk membuka pintu yang telah pius mangakan itu.. hohohooo.. redahlah semula hujan yang semakin lebat... nasib badan ada org tumpangkan payung..

punyalah sahabat itu baik masih menunggu pius walaupun sudah disuruh balik dahulu...

nota terakhir: Ikutkan hati piusss.... ikut lah... :p


No comments:

Powered by Blogger.