Working with words: buat saya berfikir...

/
0 Comments
Panasnya bilik ni walhal aku baru sahaja mandi sebentar tadi. Bahang dari luar memang jelas terasa sampai naik rimas jadinya. Memang biasalah kalau berumahkan papan dan bertempiaskan bumbung zink orang sebelah ni kan.. memang bertambah bahang la jadinya.

"Duduk bilik Baim lah"

Lantas ku capai laptop menuju ke bilik belakang. Eh-eh sejuk and nyamannya bilik dia ni... patutlah tiap-tiap hari melepak je kat sini! sejuk rupanya. caiiittt.. patutlah lah tengahari pun sedap je dia tido.. layan habis..

Sebenarnya saja carik port best sikit untuk menulis.. yela.. penuliskan.. kenalah carik tempat yang aman damai baru lah terkeluar segala inspirasi.. huahahaha... perasan giler.. terkeluar segala gelak best mengebest tu.

Sekarang ni dah nak masuk pertengahan bulan 11 dah.. esok lusa celik-celik dah bulan 12.. kejap je masa meninggalkan kita kan.. tapi apa yang kita buat sepanjang masa ada depan mata kita? Adakah kita buat yang terbaik untuk diri kita sepanjang masa?

Kita sering merunggut kerja kita tidak bagus.. orang lain lebih hebat dari kita.

"Yela.. orang dah power, buat apa pun power jugak jadiknya.. macam aku nih buat apa pun orang tak pandang"

Itulah dia ayat power low klass yang selalu keluar dari mulut aku. Tapi apa yang aku buat untuk memperbaiki diri aku? duduk diam sahaja? melenggah-lenggahkan kerja? Joli sini joli sana...? orang lain juga berusaha untuk berjaya, bukan dengan hanya duduk diam sahaja.. come on la pius! motivate yourself, muhasabah diri sikit! It's your final year.



No comments:

Powered by Blogger.