Full day..

Selamat pagi.. helo.. teman adik di sini..pam.. opss..heheee
Haaa.. baru balik dari bengkel tepat pukul 6.30 pagi.. memang semalam hari yang full! Semalam lepas zohor cadangnya nak ke bengkel menyiapkan furniture tapi kak long pulak telefon minta teman beli barang dekat chow kit aka plaza gm. Pius pulak pagi tu lepas je solat terus keboom kembali teruskan usaha dibuai mimpi.hukhuk... hemmm.. cakap pasal solat, teringat pulak dekat mamat ni..  pagi semalam hantar msg.. kejut solat ...  terima kasih.. saya dah solat.. nak je cakap.. ‘ boleh tak jangan ganggu saya lagi.. bukan tak suka niat murni tu.. tapi menyampah dapat msg dari empunya diri.. ‘ boleh tak cakap macam tu?? Jahat tak? Yela.. bila kita baik... kata kita pijak kepala dia, tapi bila kita dah buat dono sibuk pulak nak dekat-dekat kita.  Tak profesional katanya.. eh.. kenapa pulak? Ikut hati saya la nak buat ape kan.. mamat tu bukan pakwe saya pun.. dah tu nak sibuk-sibuk..  kata jela niat hati tu nak meyakitkan hati orang..  ehhhh... dahh... melayang dosa.. :p punya nak luah perasaan tu...

Okay lah sambung cerita tadi. Tengahari pius n kak long gerak ke ikea sebab pius nak carik bearing untuk gerakkan table top dan kak long kata dekat ikea ada. So, kita orang pergi ikea je sebab kak long decide nak pergi daiso the curve carik barang art. Bertuah ada orang bawakan pergi carik barang, nak minta tolong mamat tu kang kata saya ni pijak kepala pulak tak pun ambik kesempatan kan.. malas la. Tak hingin. Haaa.. tengok-tengok.. buat dosa lagi.. punyalah nak muntahkan semua. Sakit hati tau.. (sambung lagi tu).. kita punyalah buat macam-macam nak ambik hati dia, ale-ale kata kita pijak kepala dia pulak.. haram jadah..  tak hingin dah la lepas ni nak ambik kesah..  ampun readers... ter’emosi disini.
So, table top yang boleh pusing tu dah jumpa.. kita orang gerak ke Daiso pulak and then makan dekat secret recipe.. Tomyam kung.. ahhhh... memang sedap! Siap ada udang besarrrr... huhuhuu... first time makan..

Petangnya dalam pukul 5 lebih sampai ke fakulti dan niat hati nak turun ke bengkel, dipertengahan jalan terjumpa suzi dengan kawan-kawan lain tengah makan. Duduk-duduk kejap.... lepas solat asar terus kembali ke bengkel...

Petang semalam kita orang decide nak stay dekat luar bengkel sampai pagi, Cik azhar juga dah kasi kebenaran. Jadi apa lagi.. ronggeng la.. ehh.. silap! Pulun la. Huhu... So, kita berlima aka fairuz, jemi, nadia, cubby n yani pun memulun la sampai pagi..kikikiii...  Time dah nak dekat pukul 4 lebih tu mata dah ngantok, tangan dah tak larat, bahu dah kejang. Niat di hati nak stop la sampai di situ  dan bergerak naik ke studio atas untuk berehat.. ale-ale Jemi dok main kolaj tampal-tampal dekat furniture dia tu.. macam-macam. Seronok tengok jemi dok main-main sambung ayat, pius pun terus join..  tapi tampal kat furniture cubby.. dia tengah tido.. sibuk la kita orang menampal macam-macam ayat dekat work dia. Pecah perut di buatnya.. terus hilang segala mengantok dan sakit bahu tu. Hukhukk...

Eh.. lupa pulak.. before turun bengkel malam tadi sepatutnya ada photo shoot tapi dibatalkan sebab ada masalah teknikal sikit. Nasib tak pakai chantek-chantek.. huhuhuu... tapi bergambar tetap wajib..kikiii...




kikikihhhhh... lawak muka masing-masing...

So, lepas pulun dekat bengkel kita orang decide nak pekena teh tarik n roti canai dekat kedai mamak.. mata semua pun dah segar bugar ni. Naik ke studio dengan happynya,... hehehe..  sesampainya di studio, suzi dan madi tengah tido..  beriya aku mengajak suzi untuk join sama.. sampai terlupa yang suzi tak makan kat kedai mamak.. ampunn... cek lupa.. hehehe.. muncung terus...



Setel makan dekat hakim, kita orang gerak balik.

Pagi tu ingatkan nak basuh kain.. cehh.. lepas solat subuh beriya la pius pergi dekat mesin basuh tepi toilet tu.. tengah free la katakan... syiokk la membasuh. Duit syilling dah sedia, baju pun dah angkut keluar.. siap masukan sabun n baju ke dalam mesin , then baru la pius masukkan duitnya.. tapi...  kuang kuang kuang... duit 50 cen tersekat!!! Haa.. camne ni?  Tu la.. dah tau duit tu besar dari yang lain nak jugak sumbat kasik masuk.. haa.. kan da padan muka.  Puas la pius jolok taknak jugak keluar.. huaaaahhh...  sedihh... rugi duit pius dekat situ.. punah harapan nak basuh baju.. ale-ale angkut balik baju tu masuk dalam bakul balik.. balik bilik.. tulis blog and terus tido.
Tepat pukul 1.00 pagi semalam... aku sampai ke bilik setelah penat memulun di bengkel. Setelah berhari, berhari, berhari dan berhari mengergaji, memisau, menggosok form... akhirnya aku telah memulakan langkah ke-2 iaitu WRAPPING (ceh!) aka balut membalut!

Sebelum nak balut tu kena la sediakan dulu gam nya.. dan untuk menjimatkan duit yang sememangnya kering kontang, pius guna je tepung ubi.. masak jadi gam.. jimat sikit. Nak masak camne? dapur takde...hhmmm... kawan pius pinjam la dapur letrik textile punya... jadi la...

Ingatkan syok la sangat membalut ni.. rupa-rupanya.. macam nak patah bahu.. adoiii la...








TAMAT LA SUDAH MUSIM SALJI......

Yeahh.. setelah penat memulun produk, akhirnya aku kembali meneruskan cita-citaku (kakakaka) menyiapkan furniture yang besar gabak tak tau siap bila rasa macam nak mampus.. wuaaaahhhhhh..... kalau kawan-kawan lain takut tengok furniture aku, aku?? lagi la takut.. takut tak sempat siap.. sebab furnishingnya guna fibre, nak buat effect plastik. Nak hantar kedai mesti mahal kosnya.. adoii.. mati akal.. baru semalam minta babah duit.. takkan nak minta lagi, seganlah den nati.. huuuuuu...

Apa-apa pun kerja kena jalan..


korek lubang..korek-korek..  balik bilik mandi habis calar balar.. argghhh.. pedih!


p/s: haa.. rindu pulak nak masuk bilik exam.. jawab soalan.. penat nak pulun dan mengadap project ni berminggu-minggu.. genap sebulan, final. haa.. takpe2.. habis belajar pasti rindu saat-saat ni! Chayok pius!


Akhirnya,pre-assess product datang jugak hari ni. Dan aku? Belum di assess lagi.. hehehe.. mengantok nyer tunggu.. yoyo je tadi taknak jadi orang terawal diassess sebab bendanya tak siap lagi. Tapi takpe la, boleh juga aku tido-tido ayam.. J semalam tido tak lena langsung, sakit badan-badan ni hah sebab tido kat lantai studio. Konon stay studio nak siapkan kerja, ale-ale satu kerja pon tak boleh buat. Nak spray lebam pulak jadiknya.. tunggu jugak pagi ni nak spray.. tu yang tak tido tu.. takut lajak nati tak sempat nak spray.
Pagi lagi aku dah sampai ke fakulti ‘We are a class of our own’ aicecece...  semangat la kan nak siapkan kerja. So, pagi ni naik bas sebab teman aku tak muh pi awal, nak siapkan thesis katanya.


Adoiii.. wa sudah mau giler ma... itu product sama furniture talak siap lagi.. wa sudah mahu pengsan.. wuahhhhh...

Lagi sehari je lagi untuk aku sudahkan product untuk pre-assessment. hiyakkkk kene pulun perhabis.. Last two day aku sudah memulakan langkah membuat furniture ku yang besar gedabak. berpeluh melihat kebesarannya.. huhuuu... lap peluh jap..

Form putih dah ambik, sekarang masa untuk membentuknya.. bentuk pertama ialah...jeng jengg.. bulat berdiameter 4 kaki.. letih tangan ... nasib baik jugalah form putih bengkel sediakan, kalau tidak masak jugak nak keluarkan RM300 untuk satu bongkah petak tu.. Bukan sepetak tapi berpetak-petak untuk buat furniture aku ni yang tak tahu menjadi atau tidak. Ya Allah permudahkan lah urusan hambaMu ini... Amin.










Sekilas pandangan mencelah sisi,
Memerhati sepi minta dibalasi,
Sesaat berharga mesti dipenuhi,
Biar terubat segala rindu dihati.

Mentari esok tidak ku janji akan hadiri,
Bimbang mata tertutup tidak dibangun lagi,
Tapi hati ini tidak mahu disimpan mati,
Namun bimbang berjumpa dikalih pandangan hati.

Tiada salah aku berkata benar pada hati,
Sememangnya ia milik ku sejak azali,
Bahagia? Bukan aku yang tentukan, tapi aku pasti!
Aku bahagia jika hati ku terlepas pergi.

Salam sayang...

Powered by Blogger.