Ada apa dengannya? (10 sc)

/
0 Comments








Sekilas pandangan mencelah sisi,
Memerhati sepi minta dibalasi,
Sesaat berharga mesti dipenuhi,
Biar terubat segala rindu dihati.

Mentari esok tidak ku janji akan hadiri,
Bimbang mata tertutup tidak dibangun lagi,
Tapi hati ini tidak mahu disimpan mati,
Namun bimbang berjumpa dikalih pandangan hati.

Tiada salah aku berkata benar pada hati,
Sememangnya ia milik ku sejak azali,
Bahagia? Bukan aku yang tentukan, tapi aku pasti!
Aku bahagia jika hati ku terlepas pergi.

Salam sayang...



No comments:

Powered by Blogger.