full day!

/
0 Comments

Full day..

Selamat pagi.. helo.. teman adik di sini..pam.. opss..heheee
Haaa.. baru balik dari bengkel tepat pukul 6.30 pagi.. memang semalam hari yang full! Semalam lepas zohor cadangnya nak ke bengkel menyiapkan furniture tapi kak long pulak telefon minta teman beli barang dekat chow kit aka plaza gm. Pius pulak pagi tu lepas je solat terus keboom kembali teruskan usaha dibuai mimpi.hukhuk... hemmm.. cakap pasal solat, teringat pulak dekat mamat ni..  pagi semalam hantar msg.. kejut solat ...  terima kasih.. saya dah solat.. nak je cakap.. ‘ boleh tak jangan ganggu saya lagi.. bukan tak suka niat murni tu.. tapi menyampah dapat msg dari empunya diri.. ‘ boleh tak cakap macam tu?? Jahat tak? Yela.. bila kita baik... kata kita pijak kepala dia, tapi bila kita dah buat dono sibuk pulak nak dekat-dekat kita.  Tak profesional katanya.. eh.. kenapa pulak? Ikut hati saya la nak buat ape kan.. mamat tu bukan pakwe saya pun.. dah tu nak sibuk-sibuk..  kata jela niat hati tu nak meyakitkan hati orang..  ehhhh... dahh... melayang dosa.. :p punya nak luah perasaan tu...

Okay lah sambung cerita tadi. Tengahari pius n kak long gerak ke ikea sebab pius nak carik bearing untuk gerakkan table top dan kak long kata dekat ikea ada. So, kita orang pergi ikea je sebab kak long decide nak pergi daiso the curve carik barang art. Bertuah ada orang bawakan pergi carik barang, nak minta tolong mamat tu kang kata saya ni pijak kepala pulak tak pun ambik kesempatan kan.. malas la. Tak hingin. Haaa.. tengok-tengok.. buat dosa lagi.. punyalah nak muntahkan semua. Sakit hati tau.. (sambung lagi tu).. kita punyalah buat macam-macam nak ambik hati dia, ale-ale kata kita pijak kepala dia pulak.. haram jadah..  tak hingin dah la lepas ni nak ambik kesah..  ampun readers... ter’emosi disini.
So, table top yang boleh pusing tu dah jumpa.. kita orang gerak ke Daiso pulak and then makan dekat secret recipe.. Tomyam kung.. ahhhh... memang sedap! Siap ada udang besarrrr... huhuhuu... first time makan..

Petangnya dalam pukul 5 lebih sampai ke fakulti dan niat hati nak turun ke bengkel, dipertengahan jalan terjumpa suzi dengan kawan-kawan lain tengah makan. Duduk-duduk kejap.... lepas solat asar terus kembali ke bengkel...

Petang semalam kita orang decide nak stay dekat luar bengkel sampai pagi, Cik azhar juga dah kasi kebenaran. Jadi apa lagi.. ronggeng la.. ehh.. silap! Pulun la. Huhu... So, kita berlima aka fairuz, jemi, nadia, cubby n yani pun memulun la sampai pagi..kikikiii...  Time dah nak dekat pukul 4 lebih tu mata dah ngantok, tangan dah tak larat, bahu dah kejang. Niat di hati nak stop la sampai di situ  dan bergerak naik ke studio atas untuk berehat.. ale-ale Jemi dok main kolaj tampal-tampal dekat furniture dia tu.. macam-macam. Seronok tengok jemi dok main-main sambung ayat, pius pun terus join..  tapi tampal kat furniture cubby.. dia tengah tido.. sibuk la kita orang menampal macam-macam ayat dekat work dia. Pecah perut di buatnya.. terus hilang segala mengantok dan sakit bahu tu. Hukhukk...

Eh.. lupa pulak.. before turun bengkel malam tadi sepatutnya ada photo shoot tapi dibatalkan sebab ada masalah teknikal sikit. Nasib tak pakai chantek-chantek.. huhuhuu... tapi bergambar tetap wajib..kikiii...




kikikihhhhh... lawak muka masing-masing...

So, lepas pulun dekat bengkel kita orang decide nak pekena teh tarik n roti canai dekat kedai mamak.. mata semua pun dah segar bugar ni. Naik ke studio dengan happynya,... hehehe..  sesampainya di studio, suzi dan madi tengah tido..  beriya aku mengajak suzi untuk join sama.. sampai terlupa yang suzi tak makan kat kedai mamak.. ampunn... cek lupa.. hehehe.. muncung terus...



Setel makan dekat hakim, kita orang gerak balik.

Pagi tu ingatkan nak basuh kain.. cehh.. lepas solat subuh beriya la pius pergi dekat mesin basuh tepi toilet tu.. tengah free la katakan... syiokk la membasuh. Duit syilling dah sedia, baju pun dah angkut keluar.. siap masukan sabun n baju ke dalam mesin , then baru la pius masukkan duitnya.. tapi...  kuang kuang kuang... duit 50 cen tersekat!!! Haa.. camne ni?  Tu la.. dah tau duit tu besar dari yang lain nak jugak sumbat kasik masuk.. haa.. kan da padan muka.  Puas la pius jolok taknak jugak keluar.. huaaaahhh...  sedihh... rugi duit pius dekat situ.. punah harapan nak basuh baju.. ale-ale angkut balik baju tu masuk dalam bakul balik.. balik bilik.. tulis blog and terus tido.


No comments:

Powered by Blogger.