Furniture: Step 2 : WRAPPING

/
0 Comments
Tepat pukul 1.00 pagi semalam... aku sampai ke bilik setelah penat memulun di bengkel. Setelah berhari, berhari, berhari dan berhari mengergaji, memisau, menggosok form... akhirnya aku telah memulakan langkah ke-2 iaitu WRAPPING (ceh!) aka balut membalut!

Sebelum nak balut tu kena la sediakan dulu gam nya.. dan untuk menjimatkan duit yang sememangnya kering kontang, pius guna je tepung ubi.. masak jadi gam.. jimat sikit. Nak masak camne? dapur takde...hhmmm... kawan pius pinjam la dapur letrik textile punya... jadi la...

Ingatkan syok la sangat membalut ni.. rupa-rupanya.. macam nak patah bahu.. adoiii la...

Separuh siap

Kenapa nak kena balut surat khabar? tak balut tak boleh ker? Kalau tak balut nati fiber tak boleh nak lekat dekat form, then form boleh rosak kalau terkena fiber n rasin yang panas tu.. terbakor katanya.. entah la.. pius pun tak tau sangat.. first time buat gune form.. sat g la wat experiment sikit.

Ok... nak sambung kerja..


No comments:

Powered by Blogger.