MASAK MEMASAK

Hariku.. harus dipenuhi dengan dengan kehadiranmu sayangku..aicehh2...

Assalamualaikum..

Letihnya rasa hari ni walaupun duduk relax je.. ^_^' duduk saja pun boleh letih tau, tak tau nak buat apa.. Post hari ni semuanya adalah kisah semalam, tak sempat nak tulis entry sebab lewat sampai ke rumah malam semalam. Semalam dapatjuga merasa pucuk paku masak tempoyak... yurm-yurmm... walaupun resepi sudah ada di tangan, yang pakar  harus juga ditanya. so, semalam memang yang pakar (my mum) sudah balik dari penang dan sejak semalam sampai la sekarang sibuk  menghias bilik dak awe. Jadi memang patut pun saya di dapur..

Resepi semalam: Pucuk paku mAsak lemak tempoyak + udang





Assalamualaikum..

Hehe.. Pagi ni kita ke pasar pagi yok! Dari semalam teringin nak makan pucuk paku masak lemak tempoyak + udang.. Aaaa... sedapnya.. hehe... :P

Kak awe pagi-pagi lagi dah keluar, cari barang untuk majlis akan datang agaknya. Mak pulak dah berapa hari ke penang, melawat saudara mara. Jadi pagi ni pius sensorang jela jalan ke pasar. So, lepas ambil order dengan nenek, terus la ke pasar.

Ceh, dengan tak bawak bakulnya.. jalan lenggang lenggok ler..kunun, ingatkan tak banyak nak beli.. ale ale~ banyak juga jadiknya.. hehehe.. balik rumah jalan senget bahu..potong stim betul.. ngehehehe...tu la sombong tak nak bawak kete sorong dan yang terkonon-konon nya, dekat pasar tadi ternampak pulak lala... adoiii... sedapnya! takleh jadik ni kena beli juga, tak kira nak makan kejap lagi jugak.

Sampai rumah, kena kemas peti ais dulu sebabnya.... Memang bersepah tak berkemas, kat rumah pun takde orang, semuanya busy. Pius je yang macam xde apa nak buat.. makan je kerja.

Jadik harini tak jadik ler kitter nak masak lemak tempoyak tu :p , kite teringin pulak nak makan lala.. lalalalala.. disebabkan senang nak masak lala ni, terpaksa la pius tanya kak long dekat klang tu.. huhuu... sori.. oden lupa la sejak pencen masuk dapur beberapa taun lepas.. kikiii.. mana taknyer, macam orang nyanyuk buat kerja.. semalam nak buat cencalok cen tapi boleh lupa nak letak bawang, nasib kak awe tegur mana bawang nyer.. ngehehe...  dah tu nak masak pindang tapi tak bubuh bahan-bahannya.. ish la.. cian.. dah nyanyok.. bukan la.. rasa macam dah lama bebenor tak jengah ke dapur kan.. ke banyak sangat makan duko dan pati tu yang hilang sedikit ingatan.

Kalau dekat rumah memang mak suka masak lala ni ringkas je..

Potong stim betul ye dengan kamera phone ni~
Rebus lala + serai..

Tumbuk bawang merah dan cili masak/cili padi, tumiskannya then masukkan lah lala yang dah direbus tadi bersama serainya..
Garam tak payah dimasukkan sebab dah memang masin.


Lauk harini lala, kangkung goreng belacan dan juga cencalok cen yang sememangnya kena ader.. lalalalalala,,,.. jadik la sebab bukan ader sapa pun nak makan, kak awe n babah dah keluar, baem?? lunch jadi dinner. Jadik memang tembam + bulat la pius lepas ni. Tunggu malam baru ada orang nak makan. okeyyyy.. nak layan tv pulak.. salam..

yang bebenarnyer.. potong stim nyer sebab tengah-tengah masak gas pulak xde.. adoii.. baru tengah layan..heheh..

Pesan pada diri 10 tahun akan datang:
Haa,,,.. rerajin masak tu.. dah jadik bini orang..kuikuiii... yola la tu! Insyaallah kalau panjang umur.

Sukenyer dekat jeap...

Harini niat di hati nak bawa balik pambob dan segala barang-barang studio yang berbaki, tapi hampa sangat-sangat sebabnya mangga studio telah ditukar dengan manggga baru dan tentunya lah tak boleh nak buka guna kunci pius ni. T___T sedey... Terfikir juga siapa yang tukar mangga studio..?? siap ada tanda M1, M2...

Risau lepas ni dah takde masa nak datang lagi, jadi pius kol Cik Natrina.Rupa-rupanya ada management baru/technician yang dah tukar mangga tersebut sebab taknak ada orang keluar masuk studio sesuka hati sewaktu cuti semester. hmm..gittew...

Kena datang waktu pejabat katanya...

Jadi hanya pambob saja lah yang dapat pius bawak balik ke rumah >>> rumah kak long. Alkisah kak awe nak bertunang awal februari ni jadi taknak la pius sepahkan rumah dengan barang-barang pius lagipun rumah kak long ader wewe dan zeti. boleh dorang main.. So, pambob tu kak long letak dekat bilik mainan dorang. Haaa.. kan seronok.. kikikiii...

Wewe dan zeti.. :)


hai pambobku..
Ni lah rupanya pambob berjalan.. tak muat rupanya nak masuk dalam jeap. penat pius n babah tunggang terbalik pambob nak kasi muat jugak.. ale-ale atas bumbung juga dia duduk.. ^_^' naik jeap, kereta-kereta sebelah yang ada adik-adik kecik tu semua dok terjengah-jengah tengok pambob.. heheee... kelakar lah tengok muka kalian.. sweet sangat.. takpe.. akak tau pambob akak comeyyy tu pasal la adik-adik terlopong.. tutup mulut seket.. memang akak buat untuk adik-adik pun.. ehh.. silap.. bukan akak tapi auntie~


Comey kan pambob akak tu.. hehehe.. perasan lettew.. aloo.. takde orang nak puji kita, kita puji la diri sendiri..Nice-nice, gud jobs.. :P

Bye pambob..

Sampai rumah kak awe tanya mana pambob? nape tak bawa balik rumah?.. ^_^' = tak sesuai betul tanya...

seawal pagi ini.. aku dikejutkan dengan khabar dari melaka, Nek long telah kembali ke Rahmatullah.. Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un. Dari Allah s.w.t kita datang dan kepada DIA jugalah kita kembali.

Lantas aku bersiap, nak pakai baju apa ni?

'Yang senang sereka dan cepat?'

Pastinya jubahku yang satu itu.. satu-satunya jubah yang aku ada, itupun pemberian emak.Hendak beli yang lain tapi waktu tu duit terlari bajet.. maaf owner jubah, saya menyusahkan anda. Ada rezeki saya akan jengah kembali ke fb anda.

Nenek dan babah telah siap, hanya tinggal aku je yang masih terhegeh memakai tudung.. Seingat aku, tudung sarung telah rosak alkisah selalu bawa ke bengkel.. heee:P kena beli lain. sarungkan juga tudung emak, kelakar jadinya, tapi apa nak kisah..jalankan aja..

Baru hendak bersiap, kak awe kol katanya nak pergi sama, so suruh babah n nenek gerak dulu..Tapi tak sampai berapa minit kak awe dah sampai rumah dan kita orang yang gerak dulu ke Melaka.

Sesampai Ke Melaka, sudah ramai yang memenuhi ruang hadapan.. manakan tidaknya, perjalanan dari kl-melaka mengambil masa hampir 2 jam.

Beberapa minit kemudian, barulah babah dan nenek sampai.. sayu melihatkan wajah nenek. Aku sebak.. lantas ku kalih pandangan.

Selesai solat jenazah, aku turut berjalan ke tanah perkuburan. Jelas ianya kali pertama bagi ku melihat secara dekat jenazah dikebumikan. Setibanya disitu, Tok lang mendekati kami (aku dan mak long).. Tok lang tak dapat menahan sebak, aku juga turut sebak melihat Tok lang begitu.. tapi Tok lang hanya menghulur tangan padaku. tanpa kata...

Petang tu juga aku kembali ke k.l.. sempat juga kami singgah ke kawasan rehat.. alkesah, aku tak solat asar lagi.. Ampun.. tadi aku lupa, dizohorkan  saja..

Al-Fatihah buat Arwah Nek Long. 27 Januari 2012.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani..
Seringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh daripada pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan periharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja yang merah..
Agarku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dengannya..
Ya Allah yang tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan akhirat..
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah..

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan periharalah kami dari azab api Neraka..
Amin…amin…Ya rabbal 'aalamin

kredit: Tip doa untuk kekasih
Ya.. saya kecewa kerana cinta dan hari ini lah kemuncak segala kekecewaan saya.. Begitu kuat rupanya penangan 'cinta' manusia yang berada di hati saya kini.Tak mampu saya berhadapan lagi, laptop pun telah saya tolak tepi.. risau kesedihan hati dan sendu tangis diri dikesan, saya lari menyepi ke bilik.. tidak tertahan rasanya, bagai dicurah ke lautan air.. sedaya upaya saya cuba menutup tangis dengan bantal busuk (sape punyer entah), tidak mahu diketahui kakak yang berada di bilik sebelah...


Dan akhirnya, saya mampu mengawal diri kembali.. bangun dan segera mengambil wuduk dan menunaikan solat insyak. Tapi hati masih lagi perit.. mata masih lagi bergenang.. Ya Allah, tenangkan lah hati hambamu ini..... 


Seusai solat, laptop ku jengah kembali.. 'tiada yang membalas.., mungkin betul apa yang aku katakan padanya sebentar tadi' jika tidak apa alasan nya untuk tidak menjelaskan semua kata-kata yang aku lemparkan padanya?



Ku tutup laptop, ku tutup tv..

Lantas aku masuk tido, walaupun jam baru pukul 10 lebih.. tapi, mata ku masih bergenang kesedihan.. aku tidak mahu terus begini..  lantas ku on kembali laptop dan mencari kata-kata semangat buat diriku..

Dan terjumpalah aku pada KunfayakuN.. Setiap baris kata-katanya menenangkan hatiku, membuka kesedaranku, menghilangkan duka ku.. Ya Allah, aku bersyukur padamu..sesungguhnya aku hamba yang lemah..

p/s: pada kalian yang kecewa kerana cinta  jengah lah >>>>>>> KunfayakuN.. mungkin boleh bermuhasabah diri sedikit.

Allah sayang kita, Allah tidak mahu kita leka, Allah uji kita supaya kita ingat padaNYA..  Ya Allah, ampuni dosa-dosa ku.. amin.

Apa harus aku katakan lagi..
Aku sendiri semakin keliru dengan kata hatiku..
Bila aku Tanya, aku seolah tiada lagi dalam dirinya..
Tapi kini kau khabarkan sesuatu yang tidak aku duga..

Mana satu harus aku terima..
Kata mu yang dulu atau khabar baik mu itu..
Memang itulah harapan aku.. mendengar perkhabaran yang sering ditunggu..
Tapi kini, kau bukan miliki ku sendiri..

Jika aku terima, hatiku akan merana..
Melihatkan situasi kini.. aku terluka..
Memendam rasa.. terkilan seribu bahasa..
Kata apa lagi perlu aku terangkan pada mereka..?

Kata apa lagi perlu aku ucap pada diriku..
Dia bukan milik kau, tapi kau milik dia?
Sedangkan layanannya jauh dari kata hatinya..
Aku bingung.. kata setia atau kenangan lama?

Fairuz
26 Januari 2012

Wuahhh.. dah tamat??? Dalam sekelip mata semua perasaan susah dah tiada dalam diri aku.. macam tak percaya semuanya dah habis, dah berlalu. Sekejap sangat semuanya sudah berakhir.

Herm…

Barang aku masih banyak lagi dekat fakulti, entah bila aku nak angkut. Semalam kakak aku datang, tapi masih tak muat nak angkut semua.. terpaksa juga aku tunggu babah pulang.. tapi tak pasti bila babah akan pulang.. mungkin rabu ni.

Sepanjang degree show…

gambar tak berapa cantik la... kamera phone...
Kali ni adalah projek yang sangat besar bagi diri aku sepanjang bergelar pelajar ide.. dan aku bangga untuk katakan… AKU BANGGA SEBAB AKU BUAT SENDIRI!!! Hehe.. dengan bantuan beberapa orang lain juga… :P Dari mula sampai akhir, aku buat furniture ni dekat bengkel dan aku tak terkilan langsung kalau orang cakap aku punyer buruk or whatever… sebab aku buat sendiri dan aku puas hati. Aicehhhh.. berlagak pulak!..

p/s: kengkawan semua.. thanks bebanyak tolong pius dikala susah... Hanya Allah dapat membalas kebaikan kalian semua setimpalnya...


klik banner to join segmen.

(ENTRI LAMA DIPOST KEMBALI)

Haa.. apa yang korang suke pasal mak korang.. dekat mana taik lalat dia? haaa? apa makanan kegemarannya? haaaa... tau ke tidak tu.. kuikuiikuii... lain mak lain lah caranyer kan..  mesti ada sesuatu perkara atau hobi mak-mak ni yang buat korang teringat-teringat.. pergi mana pon mesti teringat-teringat... haa.. apa yang pius suker dengan mak pius sampai teringat-teringat tu...

1. Mak saya seorang yang pandai berjimat..
pantang leka sikit semua suis dipadamnyer.. kuikuikuiii...

Awan petang tadi.... pius jer ke yang perasan..








Salam semua.. hari ni pius sudah pun kembali sihat (padahal demam sikit jew.. :p ) dan selamat sampai ke rumah tengahari tadi. Yang paling bestnya, babah yang ambik dari shah alam. Naik jeap lagi.. bestt.. ayah kita bawak jeap.. first time kite naik.. hehe.. `budak kecik sangat pius! (sila lupakan).

Entry kali ni buat pius teruja sebab nak tulis entry istimewa tentang Hanis Kamal Bakar, seorang pelakon remaja yang semakin meningkat naik.


Comel tak..? yes memang comel! Inilah dia Hanis kamal bakar yang semakin dewasa kini. 

Malam ni langit sangat cerah beserta bulan yang sangat cantik! Hampir tenggelam keindahan bulan dan bintang dek kerana cerahnya dunia sekeliling. Jika tiada bulan malam ni, alamatnya tidak sedar lah kewujudan beribu bintang di langit.

Teringat kecik-kecik dulu, ketika masih di bangku sekolah.. pada suatu malam kecoh di luar rumah dengan suara-suara jiran yang tak tahu apa dibisingkan. Sebagai kanak-kanak yang sememangnya suka dan penuh dengan perasaan ingin tahu, lantas meminta kebenaran babah untuk keluar melihat keadaan.. cewahh.. apa yang diorang buat?

Jiran-jiran semua sibuk meneropong langit, tengok bintang ker? Kanak-kanak lain pulak sibuk berebut teropong yang hanya ada satu pada ketika itu. Kata jiran (seorang pak cik).. planet marikh sedang melintasi bumi dan kita boleh lihatnya malam ni.. planet marikh? Betul ker? Planet marikh melintasi bumi? Nak tengok jugak!

Ceh! Terus nak jugak rebut teropong kan.. hehehe...

Akhirnya dapat jugak pius guna teropong tu untuk tengok planet marikh yang jiran katakan. Apa yang pius lihat? Masa tu kalau tak silap pius dapat lihat seakan-akan bintang berwarna oren sedang bergerak perlahan di langit. Itu ker planet marikh yang diorang katakan? Entah betul atau tidak pius sendiri pun tak tahu.. kanak-kanak kan. Tapi best jugak dapat lihat bintang kan.. sejak tu lah pius bercita-cita nak beli teleskop bila besar nanti. Boleh teropong bintang!



Teringat Ramadhan beberapa tahun lalu.. waktu tu masih lagi menuntut di UiTM kedah. Malam tersebut pius dan rakan-rakan hendak pulang ke kolej setelah berpenat di bengkel (kalau tak silap lah). Masa kami semua tengah turun tangga tepi bengkel tu, pius tengok langit.. memang langit malam tu memang sangat cantik, cerah sangat. Entah macam mana, rezeki malam tu.. pius dapat tengok lintasan cahaya yang selalu dikatakan taik bintang tu. Hukhuk.. sekejap sangat! Tak sangka! First time tengok.. tiba-tiba rasa sebak sangat. Yang sempat tengok sekali kawan sebelah pius sebab kita orang sibuk dok cakap pasal bintang kat langit, jadi sama-sama tengok. 2 lagi kawan sedang sibuk berborak di hadapan. Tapi apa sebenarnya lintasan tu yer? Taik bintang ker? Huhuu.... dorang kata taik bintang tu meteorit..


Meteorit (tahi bintang) adalah ketulan-ketulan yang jatuh ke Bumi daripada angkasa. Ketulan-ketulan batu, atau campuran batu dan besi yang terpisah daripada meteor dan komet. Kadangkala, apabila Bumi melalui awan debu sisa daripada sebuah komet, sebagai contoh, objek-objek di dalam awan debu ini terbakar di dalam atmosfera. Ia terbakar apabila memasuki atmosfera Bumi dan meninggalkan sejalur cahaya nipis di langit. Ia dikenali sebagai meteor. Kadangkala, jika ia tidak terbakar dengan sempurna, meteor-meteor ini melanggar Bumi. Meteor-meteor yang sampai ke Bumi ini dikenali sebagai aerolit atau meteorit.
Kata dia lagi...

Perhatikan satu fakta penting di sini: Meteor-meteor yang sampai ke atmosfera selalunya jatuh ke Bumi. Apabila ia jatuh, kerosakan yang dilakukannya adalah berdasarkan kepada saiz mereka. Bumi kita sentiasa terdedah kepada ancaman ini, tetapi Allah telah menjadikan objek-objek angkasa ini sedemikian rupa sehingga ia akan terbakar dan musnah di dalam atmosfera dan dengan itu ia tidak membahayakan kita. Ini menunjukkan rahmat dan kasih Allah kepada kita seperti juga dengan perlindungan yang diberikan-Nya kepada kita.


p/s: time best tengok bintang.. bila kawasan anda blackout! hehehe... tu pun kalau langit malam tu cerah.

Attention! Perhatian-perhatian, Ayut words of heart! kini dengan rasminya telah ditukar menjadi AnakTiricrew.. hehehe..

Sempena tahun baru yang sememangnya baru ni, pius telah tukar blog lama menjadi AnakTiriCrew kerana bakal meninggalkan tahun 2011 yang penuh dengan kenangan, pengalaman, kejadian suka dan duka serta pengajaran yang sememangnya berguna untuk diguna.. hukhuk... AnakTiriCrew diambil dari nama Fb group (6C) dimana telah sebati dengan diri pius selama beberapa bulan ni. AnakTiriCrew bakal graduate tahun ni (InsyaAllah) dan bakal melangkah ke dunia yang lebih mencabar...

AnakTiriCrew penutup episod final year(InsyaAllah) dan ingin pius jadikannya permulaan kejayaan. Jadi, pius kekalkan AnakTiriCrew di blog milik pius sendiri dengan harapan segala usaha, susah senang pius selama ni berbaloi.

Tahun 2012 adalah tahun penutup dan permulaan bagi pius dalam segala macam hal, graduate tahun ni (InsyaAllah) sebagai penutupnya dan melangkah ke dunia pekerjaan sebagai permulaannya. Termasuk juga hal percintaan yang telah rasminya pius tamatkan setelah lama terumbang ambing begitu saja. Penat dengan keadaan.. pius decide untuk tamatkan segalanya bagi membuka ruang baru dalam hidup pius.

Awal detik 2012 nampaknya tidak seberapa bagus bagi pius.. sebabnya pius demam dan terasa rindu pada keluarga dengan bebanan kerja yang semakin terasa. Hukhuk... besok 2/1/2012 pius nak balik rumah rehatkan diri seketika dengan harapan mak tak lupa sambal sotong yang dipesan..hehe.. walaupun sekejap tapi dapat juga mengecas diri yang semakin lemah ni. Harap hari mendatang akan lebih bersemangat dengan adanya sambal sotong mak.. kikiiii... gurau je.

Okaylah... sampai sini je 1st entry tahun baru 2012. Selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012. Panjang umur jumpa lagi. :)


Powered by Blogger.