AnakTiriCrew 2012

/
0 Comments

Attention! Perhatian-perhatian, Ayut words of heart! kini dengan rasminya telah ditukar menjadi AnakTiricrew.. hehehe..

Sempena tahun baru yang sememangnya baru ni, pius telah tukar blog lama menjadi AnakTiriCrew kerana bakal meninggalkan tahun 2011 yang penuh dengan kenangan, pengalaman, kejadian suka dan duka serta pengajaran yang sememangnya berguna untuk diguna.. hukhuk... AnakTiriCrew diambil dari nama Fb group (6C) dimana telah sebati dengan diri pius selama beberapa bulan ni. AnakTiriCrew bakal graduate tahun ni (InsyaAllah) dan bakal melangkah ke dunia yang lebih mencabar...

AnakTiriCrew penutup episod final year(InsyaAllah) dan ingin pius jadikannya permulaan kejayaan. Jadi, pius kekalkan AnakTiriCrew di blog milik pius sendiri dengan harapan segala usaha, susah senang pius selama ni berbaloi.

Tahun 2012 adalah tahun penutup dan permulaan bagi pius dalam segala macam hal, graduate tahun ni (InsyaAllah) sebagai penutupnya dan melangkah ke dunia pekerjaan sebagai permulaannya. Termasuk juga hal percintaan yang telah rasminya pius tamatkan setelah lama terumbang ambing begitu saja. Penat dengan keadaan.. pius decide untuk tamatkan segalanya bagi membuka ruang baru dalam hidup pius.

Awal detik 2012 nampaknya tidak seberapa bagus bagi pius.. sebabnya pius demam dan terasa rindu pada keluarga dengan bebanan kerja yang semakin terasa. Hukhuk... besok 2/1/2012 pius nak balik rumah rehatkan diri seketika dengan harapan mak tak lupa sambal sotong yang dipesan..hehe.. walaupun sekejap tapi dapat juga mengecas diri yang semakin lemah ni. Harap hari mendatang akan lebih bersemangat dengan adanya sambal sotong mak.. kikiiii... gurau je.

Okaylah... sampai sini je 1st entry tahun baru 2012. Selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012. Panjang umur jumpa lagi. :)




No comments:

Powered by Blogger.