Dunia terlalu TERANG!

/
0 Comments

Malam ni langit sangat cerah beserta bulan yang sangat cantik! Hampir tenggelam keindahan bulan dan bintang dek kerana cerahnya dunia sekeliling. Jika tiada bulan malam ni, alamatnya tidak sedar lah kewujudan beribu bintang di langit.

Teringat kecik-kecik dulu, ketika masih di bangku sekolah.. pada suatu malam kecoh di luar rumah dengan suara-suara jiran yang tak tahu apa dibisingkan. Sebagai kanak-kanak yang sememangnya suka dan penuh dengan perasaan ingin tahu, lantas meminta kebenaran babah untuk keluar melihat keadaan.. cewahh.. apa yang diorang buat?

Jiran-jiran semua sibuk meneropong langit, tengok bintang ker? Kanak-kanak lain pulak sibuk berebut teropong yang hanya ada satu pada ketika itu. Kata jiran (seorang pak cik).. planet marikh sedang melintasi bumi dan kita boleh lihatnya malam ni.. planet marikh? Betul ker? Planet marikh melintasi bumi? Nak tengok jugak!

Ceh! Terus nak jugak rebut teropong kan.. hehehe...

Akhirnya dapat jugak pius guna teropong tu untuk tengok planet marikh yang jiran katakan. Apa yang pius lihat? Masa tu kalau tak silap pius dapat lihat seakan-akan bintang berwarna oren sedang bergerak perlahan di langit. Itu ker planet marikh yang diorang katakan? Entah betul atau tidak pius sendiri pun tak tahu.. kanak-kanak kan. Tapi best jugak dapat lihat bintang kan.. sejak tu lah pius bercita-cita nak beli teleskop bila besar nanti. Boleh teropong bintang!



Teringat Ramadhan beberapa tahun lalu.. waktu tu masih lagi menuntut di UiTM kedah. Malam tersebut pius dan rakan-rakan hendak pulang ke kolej setelah berpenat di bengkel (kalau tak silap lah). Masa kami semua tengah turun tangga tepi bengkel tu, pius tengok langit.. memang langit malam tu memang sangat cantik, cerah sangat. Entah macam mana, rezeki malam tu.. pius dapat tengok lintasan cahaya yang selalu dikatakan taik bintang tu. Hukhuk.. sekejap sangat! Tak sangka! First time tengok.. tiba-tiba rasa sebak sangat. Yang sempat tengok sekali kawan sebelah pius sebab kita orang sibuk dok cakap pasal bintang kat langit, jadi sama-sama tengok. 2 lagi kawan sedang sibuk berborak di hadapan. Tapi apa sebenarnya lintasan tu yer? Taik bintang ker? Huhuu.... dorang kata taik bintang tu meteorit..


Meteorit (tahi bintang) adalah ketulan-ketulan yang jatuh ke Bumi daripada angkasa. Ketulan-ketulan batu, atau campuran batu dan besi yang terpisah daripada meteor dan komet. Kadangkala, apabila Bumi melalui awan debu sisa daripada sebuah komet, sebagai contoh, objek-objek di dalam awan debu ini terbakar di dalam atmosfera. Ia terbakar apabila memasuki atmosfera Bumi dan meninggalkan sejalur cahaya nipis di langit. Ia dikenali sebagai meteor. Kadangkala, jika ia tidak terbakar dengan sempurna, meteor-meteor ini melanggar Bumi. Meteor-meteor yang sampai ke Bumi ini dikenali sebagai aerolit atau meteorit.
Kata dia lagi...

Perhatikan satu fakta penting di sini: Meteor-meteor yang sampai ke atmosfera selalunya jatuh ke Bumi. Apabila ia jatuh, kerosakan yang dilakukannya adalah berdasarkan kepada saiz mereka. Bumi kita sentiasa terdedah kepada ancaman ini, tetapi Allah telah menjadikan objek-objek angkasa ini sedemikian rupa sehingga ia akan terbakar dan musnah di dalam atmosfera dan dengan itu ia tidak membahayakan kita. Ini menunjukkan rahmat dan kasih Allah kepada kita seperti juga dengan perlindungan yang diberikan-Nya kepada kita.


p/s: time best tengok bintang.. bila kawasan anda blackout! hehehe... tu pun kalau langit malam tu cerah.


No comments:

Powered by Blogger.