Kecewa kerana cinta..?

/
0 Comments
Ya.. saya kecewa kerana cinta dan hari ini lah kemuncak segala kekecewaan saya.. Begitu kuat rupanya penangan 'cinta' manusia yang berada di hati saya kini.Tak mampu saya berhadapan lagi, laptop pun telah saya tolak tepi.. risau kesedihan hati dan sendu tangis diri dikesan, saya lari menyepi ke bilik.. tidak tertahan rasanya, bagai dicurah ke lautan air.. sedaya upaya saya cuba menutup tangis dengan bantal busuk (sape punyer entah), tidak mahu diketahui kakak yang berada di bilik sebelah...


Dan akhirnya, saya mampu mengawal diri kembali.. bangun dan segera mengambil wuduk dan menunaikan solat insyak. Tapi hati masih lagi perit.. mata masih lagi bergenang.. Ya Allah, tenangkan lah hati hambamu ini..... 


Seusai solat, laptop ku jengah kembali.. 'tiada yang membalas.., mungkin betul apa yang aku katakan padanya sebentar tadi' jika tidak apa alasan nya untuk tidak menjelaskan semua kata-kata yang aku lemparkan padanya?



Ku tutup laptop, ku tutup tv..

Lantas aku masuk tido, walaupun jam baru pukul 10 lebih.. tapi, mata ku masih bergenang kesedihan.. aku tidak mahu terus begini..  lantas ku on kembali laptop dan mencari kata-kata semangat buat diriku..

Dan terjumpalah aku pada KunfayakuN.. Setiap baris kata-katanya menenangkan hatiku, membuka kesedaranku, menghilangkan duka ku.. Ya Allah, aku bersyukur padamu..sesungguhnya aku hamba yang lemah..

p/s: pada kalian yang kecewa kerana cinta  jengah lah >>>>>>> KunfayakuN.. mungkin boleh bermuhasabah diri sedikit.

Allah sayang kita, Allah tidak mahu kita leka, Allah uji kita supaya kita ingat padaNYA..  Ya Allah, ampuni dosa-dosa ku.. amin.


No comments:

Powered by Blogger.