Kembali ke Rahmatullah

/
0 Comments

seawal pagi ini.. aku dikejutkan dengan khabar dari melaka, Nek long telah kembali ke Rahmatullah.. Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un. Dari Allah s.w.t kita datang dan kepada DIA jugalah kita kembali.

Lantas aku bersiap, nak pakai baju apa ni?

'Yang senang sereka dan cepat?'

Pastinya jubahku yang satu itu.. satu-satunya jubah yang aku ada, itupun pemberian emak.Hendak beli yang lain tapi waktu tu duit terlari bajet.. maaf owner jubah, saya menyusahkan anda. Ada rezeki saya akan jengah kembali ke fb anda.

Nenek dan babah telah siap, hanya tinggal aku je yang masih terhegeh memakai tudung.. Seingat aku, tudung sarung telah rosak alkisah selalu bawa ke bengkel.. heee:P kena beli lain. sarungkan juga tudung emak, kelakar jadinya, tapi apa nak kisah..jalankan aja..

Baru hendak bersiap, kak awe kol katanya nak pergi sama, so suruh babah n nenek gerak dulu..Tapi tak sampai berapa minit kak awe dah sampai rumah dan kita orang yang gerak dulu ke Melaka.

Sesampai Ke Melaka, sudah ramai yang memenuhi ruang hadapan.. manakan tidaknya, perjalanan dari kl-melaka mengambil masa hampir 2 jam.

Beberapa minit kemudian, barulah babah dan nenek sampai.. sayu melihatkan wajah nenek. Aku sebak.. lantas ku kalih pandangan.

Selesai solat jenazah, aku turut berjalan ke tanah perkuburan. Jelas ianya kali pertama bagi ku melihat secara dekat jenazah dikebumikan. Setibanya disitu, Tok lang mendekati kami (aku dan mak long).. Tok lang tak dapat menahan sebak, aku juga turut sebak melihat Tok lang begitu.. tapi Tok lang hanya menghulur tangan padaku. tanpa kata...

Petang tu juga aku kembali ke k.l.. sempat juga kami singgah ke kawasan rehat.. alkesah, aku tak solat asar lagi.. Ampun.. tadi aku lupa, dizohorkan  saja..

Al-Fatihah buat Arwah Nek Long. 27 Januari 2012.


No comments:

Powered by Blogger.