Resah hati ini..

/
0 Comments

Apa harus aku katakan lagi..
Aku sendiri semakin keliru dengan kata hatiku..
Bila aku Tanya, aku seolah tiada lagi dalam dirinya..
Tapi kini kau khabarkan sesuatu yang tidak aku duga..

Mana satu harus aku terima..
Kata mu yang dulu atau khabar baik mu itu..
Memang itulah harapan aku.. mendengar perkhabaran yang sering ditunggu..
Tapi kini, kau bukan miliki ku sendiri..

Jika aku terima, hatiku akan merana..
Melihatkan situasi kini.. aku terluka..
Memendam rasa.. terkilan seribu bahasa..
Kata apa lagi perlu aku terangkan pada mereka..?

Kata apa lagi perlu aku ucap pada diriku..
Dia bukan milik kau, tapi kau milik dia?
Sedangkan layanannya jauh dari kata hatinya..
Aku bingung.. kata setia atau kenangan lama?

Fairuz
26 Januari 2012


No comments:

Powered by Blogger.