Saya budak baru belajar, kalau silap tulunnnn tunjukkan :P

/
0 Comments

MASAK MEMASAK

Hariku.. harus dipenuhi dengan dengan kehadiranmu sayangku..aicehh2...

Assalamualaikum..

Letihnya rasa hari ni walaupun duduk relax je.. ^_^' duduk saja pun boleh letih tau, tak tau nak buat apa.. Post hari ni semuanya adalah kisah semalam, tak sempat nak tulis entry sebab lewat sampai ke rumah malam semalam. Semalam dapatjuga merasa pucuk paku masak tempoyak... yurm-yurmm... walaupun resepi sudah ada di tangan, yang pakar  harus juga ditanya. so, semalam memang yang pakar (my mum) sudah balik dari penang dan sejak semalam sampai la sekarang sibuk  menghias bilik dak awe. Jadi memang patut pun saya di dapur..

Resepi semalam: Pucuk paku mAsak lemak tempoyak + udang




bahan: (dapat dari internet)
2 cekak pucuk paku
20 ekor udang besar siang dan bersihkan
3 ulas bawang merah*
2 biji cili merah*
segenggam cili api merah*
1/2 inci kunyit*
500gm santan
3 sudu besar tempoyak (yang pakar suruh masukkan lebih = 5 sudu++++)
5 batang serai dihiris halus
3 helai daun kunyit dihiris halus
garam & aji
gula kalau suka

cara memasak:

Yang ni saya ikut kata yang pakar, rebus bahan-bahan bertanda (*) + serai. Rebus lama sikit. then baru masukkan tempoyak. Diikuti santan, daun kunyit,pucuk paku dan udang.. kalau tempoyak dah masam tak perlu lagi tambah asam keping.. garam secukup rasa.
bila kuah dah pekat.. angkat.
sedia untuk dihidang..

"okay lah mak,, dah boleh kawenn :P"

PERSEDIAN  MINGGU AKHIR

Minggu terakhir sebelum dak awe bertunang, mak adalah yang paling sibuk.. sibuk menghias bunga bungaan.. kalau takde event pun tetap juga sibuk dengan bunga-bunganya tu.ampun mak jangan marah... :P

MAk saya memang seorang yang teliti, walaupun ada kenduri kecil-kecilan tetap juga akan mengemas rumah berhabisan. Dah macam raya or kenduri kawen. Dan semestinya pius dan dak baem la sasarannya.. sebabnya kita orang je yang belum kawen lagi dan yang ada di rumah. huhuuu... paling mak membebel kalau cermin bilik ada taik burung tapi tak dilapnya.. Pius sakit telinga bukan sebab kena bebel tapi sebab tak larat nak layan n nak dengar mak mengadu.. kikiii... apa-apa pun rumah harus dibersihkan sebab ramai yang akan datang, saudara-mara, adik beradik, kawan-kawan.. jiran-jiran. DAn semestinya bilik pius akan menjadi port adik-beradik lain melepak dan berehat.. so, wajib dikemas.


Dua hari lepas pius tak tidur sampai subuh punggah semua barang-barang  dalam bilik sebab tidak disusun dengan kemas... yela, pius yang bakal duduk bilik tu selepas ni sebabnya dak awe akhirnya mengalah  juga berpindah ke bilik pengantin (bilik paling cantik dan paling depan), dah sampai masanya kan.. :P kalau tidak sebelum ni baju-baju pius semua mak letak dekat bilik depan, sebab dak awe tak nak duduk bilik pengantin tu. Macam pius pula lepas ni yang akan berkahwin kan..

Yela mana taknya, sebelum-sebelum ni.. sapa-sapa yang duduk bilik depan maknanya dia yang akan berkahwin seterusnya.

Pius: kiranya fairuz lah perempuan akhir kawen dalam rumah ni ye mak.
Mak :Tak kisah la, sapa-sapa dulu..
Pius: Nanti langkah bendul la mak

Tapi kata mak, apa salahnya bukan apa pun. Teringat sebelum ni dak awe n dak ani bergurau nak emas satu set, rantai, subang, cincin, gelang..serba satu la kiranya jika pius kawen dulu. sebab dorang kata lambaaaaaaaaattt lagi nak kawen.

Pius: aku kawen nanti ko tak tolong aku siap! (sambil pasang langsir)
Dak Awe : Aku dah duduk rumah lain dah masa tu.. wahahahaha...

DINNER CHINESSE NEW YEAR

Malam-semalam adalah malam membuncitkan perut.. kikikii.. semalam pius berpeluang join event company practikal di seafood restaurant, subang. Banyak sangat hidangannya sampai dah tak larat nak makan tapi yang paling bestnya sebab dapat makan ketam, ikan stim dan ice krim yang sangat sedap. Thanks Mr.Low sebab sudi jemput saya sekali, siap dapat ampau lagi.. bertuah badan.. hehehe... saya tak ambil pun gambar masa dalam restaurant sebabnya saya adalah malu dengan semua yang hadir malam tu. :P

Seronok semalam Tapi...............




kasut kesayangan saya telah rosak semasa jalan ke kereta nak balik ke rumah. T_____T" sedihnya, itulah kasut yang saya hadiahkan pada diri sebab berjaya mendapat keputusan cemerlang semasa diploma dulu. sedeyyy...


Pesan diri 3 bulan akan datang: DApat gaji jangan lupa belanja mak jenjalan... Insyaallah... kalau panjang umur.


No comments:

Powered by Blogger.