HAsrat haTi

/
0 Comments
'kita memang ditakdirkan untuk sentiasa bergaduh. kau dan aku memang tiada yang serasi... tolonglah pergi. Aku takut bertambah luka dihati. Pergilah.. pergi'

v
v
v
ececeh.... bukan main lagi...hahaha... tibe-tibe pulak yer berjiwang bersedih semua...hehehe.... bukan apa, sebenarnyer memang dah lama sangat terasa nak tulis novel..huhuhuuu.. ^__^" tulis serangkap dah tertido, nak buat novel..pirahhh... huhuuu... serius nih! sebenarnya sudah beberapa kali cubaannya tapi hampeh, hampes dan hampagas.. nak korang baca lah sendiri konon nak tulis cerpen n novel nih..  tak pernah nak siap! susah rupanya nak garap cerita yang best... lagilah nak buat yang berjela-jela... ishhh. korang layan lah novel tak siap nih! huhuu.. T_T sedey~ tak reti nak tulis cerita...

**************************************


‘Ti.. bangun Ti.. dah pukul 6.30 ni.. Jam Ti dah banyak kali berbunyi ni’ Berkali suara Maria mengejut Tihani tetapi Tihani masih lagi dengan hem, hemm dan hemmmmnya.


Biasa dengan keadaan Tihani sejak beberapa minggu ni, Maria lantas tersenyum. Itulah akibatnya jika terlalu asyik membaca sampai ke lewat pagi. Apakan daya, Tihani memang susah hendak berhenti jika sudah ada buku di tangannya. Makin menjadi jika buku itu adalah buku kegemaran Tihani.

‘Tihani...’ Sekali lagi Maria bersuara mengejut Tihani dari tidurnya tetapi kali ini Maria menyentuh lembut kaki Tihani.

‘Hem.. Kak Mar..’ Suara lembut Tihani kedengaran agak perlahan.

Akhirnya Tihani mengerakkan kakinya, tangan diangkat longlai minta ditarik. Budak ni... ish.. study sampai lewat pagi, subuh dah susah nak bangun. Maria mengomel sendirian lantas tangan Tihani dicapai.

‘ Dah pukul berapa kak mar?’ Tihani mengosok-gosok matanya yang terasa perit dek kerana kecerahan lampu bilik.

‘Dah pukul 6.45, dah nak habis Subuh dah ni’ Balas Maria ringkas.

‘ Haaaa... lewatnya’ Lantas Tihani bangun mencapai tuala dan bergegas ke bilik air membersihkan diri.

Terlewat pulak aku bangun hari ni, nasib baik ada kak Mar tolong kejutkan. Kalau tidak bersubuh gajah la aku jawabnya. Sori Kak Mar, Ti susahkan Kak Mar tiap-tiap pagi..

Tepat jam 8 pagi, Tihani bersiap-siap untuk ke perpustakaan. Memang itulah tempat terbaik baginya untuk membuat assigment dan mentelaah sempena peperiksaan yang semakin hampir ni. Makin bertambah gembira hati Tihani bila melihatkan suasana perpustakaan yang lenggang dan agak sunyi dek kerana study week yang sememangnya dinanti pelajar-pelajar untuk pulang ke kampung seketika sebelum kembali semula dan bersedia untuk exam yang bakal tiba.

Yeah.. akhirnya! Port ni milik aku lagi.. hehehe..

Tihani gembira tatkala melihat tempat kegemarannya kosong dan bebas untuk dirinya mentelaah di situ. Sememangnya setiap penjuru perpustakaan menjadi lokasi paling diminati dan direbuti oleh pelajar-pelajar kerana berhadapan dengan cermin kaca yang menampakkan suasana taman yang damai di sekeliling bangunan perpustakaan Bahiyah. Tetapi penjuru kegemaran Tihani hanya satu, penjuru yang menampakkan sejernih tasik dan yang pasti ada penyambung elektrik untuk membuka laptop miliknya. Lantas Tihani meletakkan buku-buku yang dipegang sebagai tanda tempat itu sudah berpunya. Bag laptop masih digalasnya, risau jika harta peribadinya itu hilang dari pandangan.

Hem.. cari buku kejap la. Kang dah duduk malas pulak aku nak bangun balik.

‘Semalam rasanya aku sorok buku tu kat sini.. tapi takde pulak hari ni..hemm..’ Tihani mengomel tatkala buku kegemarannya tiada di tempat kebiasaan.

Takkan ada orang yang meminjam kot? Buku tu hanya boleh dibuat rujukan di dalam library dan tidak boleh dibawa keluar. Hairan pulak jadinya, pasti ada yang membaca tetapi tidak diletakkan kembali. Hemm... punah harapan aku harini!

Mata Tihani masih lagi mencari dan kini makin teliti penglihatannya, risau terlepas pandang ataupun matanya yang sudah kabur.

‘Hah! Dah jumpa pun’ Mata Tihana terhenti di rak paling atas yang menempatkan buku kegemarannya itu.

Jauhnya kau pergi wahai The golden book of photography! Ku sangkakan kau sudah menghilangkan diri.. cewahh...

Lantas Tihani menjengkitkan kakinya untuk mencapai buku tersebut..

‘Yey.. ‘ Tihani bersuara kecil apabila berjaya mengambil buku kegemarannya itu. Tanpa disedari, susunan di rak buku yang diambilnya tadi melorot ke tepi satu persatu.

Dan...

‘ Oh mak kau! Aku tak buat semua tu.. ohhh..ohhhh...’ Tihani terkejut tatkala deretan buku di rak teratas terjatuh satu persatu di tepinya. Kalut Tihani dibuatnya apabila cuba menyambut buku-buku yang melorot jatuh.. tetapi hampa! semuanya telah jatuh ke lantai.

‘Haaaa... aku ker yang buat semua ni? Mata Tihani membulat enggan mengakuinya. Mahu atau tidak itulah yang telah berlaku dan yang pasti seseorang perlu mengemasnya kembali.

‘Taknak angkat ker?’ Tiba-tiba kedengaran suara seseorang menegur Tihani.

Ibarat tersedar dari mimpi, Tihani lantas menutup mulutnya yang ternganga seketika dek kejutan yang tak disangka-sangka itu.  Encik library ker? Mati lah aku.. jangan ada yang koyak sudah lah!

Tanpa menoleh kearah pemilik suara yang menegurnya, Tihani lantas mengemas kembali buku-buku yang bertaburan di lantai perpustakaan. Risau jika ianya suara pegawai library ataupun perpustakawan yang bertugas pada waktu pagi sebegini.

‘ Saya tolong ye...’ Suara itu sekali lagi kedengaran tetapi bezanya kini empunya diri sudah menghampiri Tihani.

Buku yang berada digenggaman terjatuh ke lantai tatkala Tihani menoleh kearah suara yang menegurnya sebentar tadi. Hampir pengsan dibuatnya. Seungri??? 


JENG JENG JENGGGG....hahaha... ok tamat disini... tak tau nak sambung apa.. takde bakat betul...




No comments:

Powered by Blogger.