Ikan bawal sweet sour

/
0 Comments
Dinner malam ni kita makan ikan bawal sweet sour ye.. hehe… Siang tadi punya lauk dah habis pulak.. tu la.. time kite masak banyak takde orang nak makan, bila kita masak sikit habis pulak makanan nyer.. takpe-takpe, malam ni kita buat yang simple tapi best-best sikit… best ker?? Ngehehe… cuba sendiri la..


teruskan bacaan... :)





Resipi: (Thank Mr & Mrs google)

Ikan bawal
3 biji bawang merah-ditumbuk
1 ulas bawang putih-ditumbuk
1 in halia-dihiris panjang
1 biji tomato-dipotong dadu (pius tak bubuh.. xde stok,.. ngehee.. ganti dengan lobak masin)
½ biji cili capsicum-dipotong dadu (ganti cili masak je)
½ biji bawang besar-dipotong dadu
1/3 lobak merah-dipotong dau
1/3 timun-dipotong dadu
Nenas-potong dadu
Sedikit bunga kobis

2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:

- Goreng ikan bawal, ketepikan.
- Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
- Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain.
- Masuk air sedikit juka terlalu pekat.
- Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yang digoreng tadi.


Apa yang takde tu, guna jela apa yang ade.. ngehehe…  yang pasti ianya ringkas dan mudah.. buktinya pius yang tak reti ni leh masak tau.. sedap lagi… huhu.. malu lah… (jgn muntah sini tau).. ok.. salam semua…


p/s: cuba jangan tak cuba.. sedap resepi ni... yurm2... terangkat!


No comments:

Powered by Blogger.