Kenangan l Kampung Pasir, merbok..

/
0 Comments
Perternakan ikan : segantang garam

(semalam,5/2/09) malam ni pg umah ila nak? ila nak balik rumah, mieza n tika nak ikut..

malam semalam aku tidur rumah ila, sebab esoknya nak pergi wat research etr, penternakan ikan lautt..


6/2/09


Dari dalam kereta, bau laut sudah mula memenuhi ruang udara.. rasa nyaman disusuli pandangan indah kampung2 dan sawah padi yang terbentang kuning. heheh.. sebab tengah musim menuai kot..kereta mula berhenti, kaki mula memijak tanah kampung milik nelayan. seorang pak cik kelihatan menungggu ketibaan kami, pak long.


'tu, hampa berani nek bot tu'? ayah ila menjuihkn bibir kearah deretan bot yg terletak dijeti.. masing-masing da mula risau.. 'nak gigil da ni kaki' kata mieza. rasa tak sabar nak menyusuri pokok-pokok paya bakau mula menerjah.. cantik..



Dari kjauhan kedengaran enjin bot 40 kude haha.. seorang lelaki muda kelihatan mengemudi enjin.. mengemudi ke? ala.. cmtu la... anas namanya.. so.. kaki pun melangkah la ke perut bot.. bot ade perut ke? bot nya serupa dengan di tanjung dawai tapi bumbungnya saja yg tiada..
enjin bot 40 kuda dihidupkan dan bermula la episod menyusuri laluan kecil jeti yg dikelilingi pokok paya bakau. kamera lantas dicapai, tidak ingin saat indah begini berlalu bgitu saja.. rasa rugi jika tidak dirakam pengalaman yg biasa aku tengok hanya di dpan tv.. walau hanya bebrapa minit menyusurinya tapi ia amat indah..


Di hadapan kelihatan deretan pkok paya bakau bertindak seperti pintu gerbang kepada istana sebuah laut yang amat tenang dan mendamaikan.. laluan mula cerah.. semua yang ada mula menggagumi ciptaan ALLAh yang satu ini..


Kawasan penternakan ikan laut tidak la bgitu jauh dari jeti.. hanya memakan masa beberapa minit sahaja.. memang dari jauh sudah kelihatan rumah terapung yang menempatkan sangkar-sangkar ikan.. enjin 40 kuda dimatikan, hehe..tanda diri sudah sampi ke destinasi yg dituju.. keluasannya merangkumi 72 petak sangkar yg berkeluasan 10 x 20 kaki untuk 1 petak, 2 bilik tidur untuk si kaki pancing dengan bayaran rm10 semalam, dapur dan 1 lagi rumah terapung/challet yang diletakan berasingan dengan kawasan penternakn, sesuai untuk keluarga atau sekumpulan rakan perempuan yang ingin menginap dan merasai pengalaman bermalam di lautan.


Risau juga pertama kali melalui titi kecil di setiap petak sangkar.. takut terjatuh pula.. hem.. perbincangan dengan pak long berjalan dengan lancar tambahan pak long tidak lokek bercerita itu dan ini.. kami pula sibuk menanya dan menyalin setiap prkataan yg keluar dari mulut pak long. selesai sesi temuramah, hehe. kami mula meronda setiap petak yang menempatkan ikan penternakan.. airnya tenang seperti tiada kehidupan di dalam sna dan apabila pallet (mkanan ikan) di lemparkan, ikan-ikan mula melompat merebut makanan sehingga terjerit kecil kami dibuatnya kerana terkejut dengan situasi tersebut. dalam skelip mata air tenang semula, begitu cepat ikan2 menyambar makanan.. seperti kilat lagaknya.. disebabkan teruja dengan situasi tersebut, kami minta kebenaran untuk melempar sendiri pallet di setiap sangkar.. haaaa.. ikan naik kepermukaan.. begitu pantas sehingga tidak dapat dilihat bagaimana rupanya ikan2 itu.


Apabila semuanya selesai, kami dibawa ke challet berhampiran.. challet milik pak long dn rakan.. agak slesa.. toilet juga disediakan.. kami juga dibawa ke challet berhampiran kawasan penternakan tetapi ianya bukan la milik pak long dan msih belum lagi beroperasi.. kata pak long, challet tersebut untuk tujuan perlancongan, nanti akan wujud la jeti untuk ke challet tersebut..
mengikut rancangan, kami mngkin akan kesana lagi untuk tujuan memancing dan berseronok.. hehe.. rm10 je kan.. insyaAllah..


kini....
Waa... da maju.. @ segantang garam, kedah
Itu cerita tiga tahun lepas, waktu masih seronok bergelar pelajar, kini semuanya telah berubah. Challet tersebut telah lama beroperasi cuma diri saja yang ketinggalan zaman.. heheh.. rindu benar saat itu. Rindu melihat segala ketenangan dan keindahan tempat tersebut. Warrrggg... makin risau pula di hati sebab masih tidak mengambil barang-barang di studio fakulti. Kena ambil waktu kerja. itu yang malasnya.. huhuu... kalau dah malas cakp ape pun tak gune.. :P .tapi hati tetap juga risau. Semoga tidak hilang segala barang.  Lepas selesai semua, harus ambil barang tersebut. risau juga ditinggalkan begitu lama. segala harta yang penting ada disitu..  terutamanya cd burn kerja-kerja lepas.. rugi benar rasanya jika hilang. itu sajalah simpanan yang ada. Hope sangat-sangat dapat ambil semuanya. 


http://biaqpila.blogspot.com/2010/03/chalet-terapung-di-segantang-garam.html


No comments:

Powered by Blogger.