Sedingin pagi..

/
0 Comments

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya…..

Assalamualaikum..
Terasa sejuk sangat pagi ni tapi tidak lah sesejuk hari sebelumnya. Dengan izinNYA saya berada di sini, Alhamdulillah. Rajin pula diri ni membuka laptop di awal pagi, selalunya jangan harap. Cuma kebetulan nak tutup laptop tadi  sebab dari malam lagi tidak ditutup. Jadi sebelum tutup tu kita layankan la dulu apa yang patut kan.. dah alang-alang tidak bertutup..
“Kita hanya mampu merancang dan Allah lah segala penentunya”
Ya, Kita hanya mampu merancang.. dan itulah yang terjadi kini.. Semoga dipermudahkan segala urusan yang susah, dan lembutkan lah hati-hati kami Ya Allah..
Hidup ini terlalu singkat untuk membenci, sesungguhnya diri juga punya kelemahan dan sudah pasti banyak kesilapan. Kesempatan yang ada ini, diri ini ingin memohon maaf pada semua yang pernah tersentuh hatinya kerana dek kata-kata, kelakuan dan sebagainya yang mengguris hati dan perasaan kalian. Juga yang menyebabkan kalian terluka fizikalnya.
Pada si dia juga saya mohon kemaafan kerana selalu berkasar sehingga melukakan hati. Saya bukanlah insan solehah yang dicari, tetapi jika ingin membimbing…  bimbing lah saya.  Jauh di sudut hati menuntut segala janji tetapi jika ITU lah suratan dan takdir Illahi, saya redha.  Doa saya moga Allah pertemukan jodoh yang baik untuk kamu dan diri saya juga.  


No comments:

Powered by Blogger.