Selamat pagi dunia

/
0 Comments



Hmmm… pagi yang mendung dan sejuk.. pagi ni aku dibangunkan oleh kicauan burung pipit yang terperangkap di bilik ku..lagi sekali atau mungkin memang tak keluar dari hari mula-mula terperangkap. Tak pasti, tapi yang pasti burung tu nampak comel sebab kelam kabut nak keluar bila burung-burung pipit yang lain mula berbunyi seperti memanggil dari luar.. hehe… terus aku membuka tingkap seluas mungkin memberi laluan padanya… tapi menyorok jugak dia.. sekarang ni tak pasti dah keluar ke belum.

Semalam hujan memang sangat lebat! Lebih kurang pukul 1/2 pagi gitu la (lupa pukul berapa).. aku masih lagi asyik membuat doodle pertama ku.. hehe… syok rupanya buat doodle ni patutlah ramai yang suka.. okay, saya juga dah jatuh cinta. Dan waktu itulah seolah deruan angin yang kuat datang menyapa seperti sedang mengaum. Meremang bulu roma ni, mula-mula tak tau juga bunyi apa tu.. nak kata helicopter tak juga. Bila hujan tiba-tiba datang melebat, barulah aku tau rupanya itu deruan angin. First time dengar bunyi angin macam tu.. hmm…


No comments:

Powered by Blogger.