Setenangnya indah

/
0 Comments

Ececehhh… tajuknya bukan main lagi. Tanggal 25 februari 2012, berlangsungnya majlis perkahwinan Fakhira elisa dan fahim (Rumah pengantin lelaki). Comel sangat tengok kira.. :)

Jumaat lepas sahabat datang dan bermalam di rumah, jadi esoknya kami gerak sesama ke kenduri kawin Fakhira. Majlisnya berlangsung di serdang, nasib kami tak sesat berkat si pembaca peta yang hebat ini.. hehe.. tambah sahabat, berkat pemandu yang hebat.. nak jugak tu puji diri sendiri..hukhukk.. macam aku jugak..






Kita orang stay lama juga dekat majlis ni, sebab tunggu peluang nak bergambar dengan pengantin.. sebagai kenangan.  Lepas jer hajat bergambar tercapai, kita orang terus decide nak balik.. jam pun dah pukul 3.. Waktu pun dah nak habis, so apa lagi.. gerakkan kaki la..hehehe….

Di sebabkan Putrajaya sangat hampir dengan serdang, kita orang decide nak solat kat sana jer. First time pergi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid besi). Sangat-sangat indah.. angin luar masuk sejukkk...Kali terakhir pergi Putrajaya dulu cuma ada Masjid Merah/Putrajaya.. lama rupanya masa berlalu. 





Sempat juga kita orang singgah karnival wow, tapi takde ape sangat..jual-jual makanan je banyak.. tapi ada satu yang sangat interesting! jen jeng jenggggg....

Tulis nama.... cantikkan seni  KHAT :) tapi ni bukan nama pius.. saja ambil gambar...

Yang tulis ni orang muda tau... tengok la gambar ni... 

Sahabat tempah untuk kawannya.... sangat cantik... :)



No comments:

Powered by Blogger.