Filem Hafalan Shalat Delisa (2011)

/
0 Comments

Salam semua…
ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#


Korang semua dah tengok ke belum filem Hafalan Shalat Delisa ni? Siapa yang ada Astro first dekat rumah dia mesti dah tengok kan. Umah saya takde astro, tau pasal cerita ni pun dari kakak saya. Siang tadi baru berpeluang tengok filem ni itupun tengok melalui youtube.. hehe.. ala bese ler…

Korang pun tau kan, negara seberang memang femes dengan filem Islamiknyer. Kebanyakkan filem Islamik dorang meletup kebabomm.. bukan saja-saja nak memuji tapi betul-betul nak puji. Malaysia sekarang ni pun dah mula nampak nak kearah filem-filem Islamik kan :) Tengok je sekarang dekat tv/pawagam. Tapi kenapa orang kita masih lagi nak mengkritik filem-filem Islamik tempatan? Korang rasa kenapa? Best memang best tapi ada banyak aspek kecil yang dipandang ringan, contohnya pemakaian tudung yang bersanggul tinggi. Berpurdah tapi tidak menutup dada. Bila orang tengok macam tuh maybe orang rasa tu bukan cerita berunsurkan Islam 100 percen.

Tapi bagi saya hamba yang hina ini, pengajaran sesuatu filem itu adalah yang lebih penting. Yang lain tu, sedikit-sedikit lah improve. Dah kata manusia, adalah silapnya. Maybe pemikiran dia belum lagi sampai ketahap tu/dia belum sedetail tu/ masih lagi tidak mengerti. Mengkritik pun bagus jugak kan. Tahu kesilapan, boleh improve lagi.

Korang bab-bab ni pandai ye nak kritik-kritik..oooww..pandai yee.. cerita-cerita febret korang tu tak nak pulak korang kritik ye. Pegang sana sini bukan muhrim. Kan.. cer kritik sikit cerita Vanilla coklat tu.. hmmmmm…

Oklah… saja nak bebel panjang-panjang. hehehe...

Korang yang masih belum lagi tengok Filem Hafalan Shalat Delisa ni, bolehlah tengok dekat youtube yer.. tengok tau.

Tengok tauuu

Tauuuu..

p/s: den tak pergi pun interbiu deejay tu..wahahaha…

amaran sekeras batu : Ni pendapat peribadi yer.. takmuh marah-marah :)



No comments:

Powered by Blogger.