J.I.W.A ITU

/
0 Comments

Jiwa kosong hati tak tentu.. membawa duka termenung seribu, mana menghilang mana pergi putih yang dulu, mengalir laju membasahi… menyesali perginya ia tidak tercari lagi.

Jiwa itu melangkah lagi mencari sahabatnya putih yang tertinggal sedari dulu lagi.. mana kau menghilang sahabat..? jika kini kau ada disisi, nescaya aku tidak bergini… meniti setiap apa yang tertulis kini buat aku terasa kosong dan tidak bernilai lagi.

Jiwa kosong masih dituruti.. setiap langkah menuju kehadapan kini.. berjalan bak di awangan tidak terjejak tidak tersakit. Setiap yang ada bagaikan lautan madu begitu manis sehingga tiada satu pun yang tersedar darinya.

Jiwa itu masih lagi kaku.. melihat luar dan dalam tiada yang berbeda..  yang di luar asyik dengan negatifnya.. tidak pandai berkata tapi yang ada hanya marah marah marahhh…  di dalam terseksa, tertekan. Setiap yang ada itu memang ada lahirnya walau setitik air yang sedikit, dan kerana itu jangan di marah, kerana itu bakal membuat lahirnya itu terpadam hingga malas lagi hendak mendengar semua marahan.

Jiwa itu mencari.. jangan dipadam rasa yang sedikit itu.. kerna mimpi mengalir deras tidak terhenti di sini.


No comments:

Powered by Blogger.