K.E.R.J.A

/
0 Comments

Salam semua…

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#

Rasa macam dah lama tak buka blog ni, hari-hari dok melayan anak buah jadi terasa malas pulak nak berlaptop dan berinternet. Da ada teman nak buat kacau..hehehe…  amirah dah tido, jadi auntie boring la pulak, tu yang auntie buka laptop ni. Tak sabar tunggu miya n ali besar, dah pandai nanti boleh ikut auntie jalan-jalan ye :)

Sekarang ni dah bulan 3, pius masih belum bekerja dan bercuti-cuti goyang kaki…hukhukk… Belum ada rezeki buat saya lagi agaknya. Or maybe saya yang tolak rezeki tu… saya tolak ker? :) hehehe…
Yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah :)


Semalam pius apply lagi satu kerja secara online, Jawatan Pereka tapi tak dijelaskan secara terperinci tugas Pereka tu. Tak tau la kena reka ape, jangan suruh reka lori bajak dah la.. den tak tau ler… hehe..

Ya Allah, kau permudahkan lah urusan Fairuz Jaafar. Ketemukan lah pekerjaan yang sesuai dan baik untuknya. Ameen.

Dalam nak apply tu, tak jumpa pulak sijil diploma dulu.. sudah, mana hilangnya. Angin pulak satu badan ni, geram mencari, mulut pulak dah mula membebel-bebel.. barang kita orang alih, tak tau nak carik dekat mana… huhuu… terus tak carik dah, baring atas katil and nyakat amirah. Baru lega sikit hati ni.

Petang baru rasa lega 100% sebab dah jumpa sijilnya and dah boleh apply.. hehee..  dapat tak dapat lain cerita, yang penting apply dulu. Ok.. chayok!       



No comments:

Powered by Blogger.