ye.. aku tidak berlaku jujur pada diriku..
aku tidak mahu kejujuran yang bakal merosakkan diriku kelak..
kejujuran yang tidak membawa makna tidak juga kebaikan..
jadi, jujur itu tidak harus aku tuturkan..

aku tidak mengharap sebarang perngertian dari kalian..
juga tidak mahu kalian mencari apa ader di balik nama ku..
Cukup DIA sahaja yang mengetahui..
juga cukuplah DIA tempat aku mengadu..
Ya Allah.. berilah aku bulatan gembira itu.

 salam semua.. sorilah.. dah post keberapa dah untuk harini.. sebenarnya tadi kak syidah ader post video dekat fb.. jadi saya pun rasa nak share jugak dengan kalian semua video yang berguna ni.. jom sama-sama kita hayati :)

'fitrah manusia melakukan khilaf. tiada jalan penyelesaian melainkan taubat (kembali) dan doa (harapan). wallahu'alam'

moga tiada lagi kekesalan dalam hati kita. moga kita lebih tenang di hari mendatang. Ya Allah lembutkan lah hati-hati kami.

selamat malam semua.
Salam semua...

korang buat aper ye malam macam ni.. saya tak tau nak buat aper.. niat hati nak mula menulis sesuatu yang panjang tapi idea belum cukup padat..heheee.. malam ni rasa bahang sangat, tambah-tambah tadi baru selesai mengemas bilik jadi terasa panasnya. tibe-tibe pulak keluar lagu dangdut dekat radio ni..hatoii.... hehe...

takde ke siaran radio lagu-lagu hindustan ye..hehehe... rasa macam dah lama je tak dengar kan.. sesekali dengar layan jugak. :) aishhh...layan layan... kena pulak lagu-lagu lama... amelina la.. feminin la, ish ishh... lame benor tak dengar lagu-lagu lama.. nak gelak tau kalau dengar lagu-lagu lama ni.. rasa macam nak gelak je memanjang... tetambah lagu dangdut dulu-dulu..wehehehe...  tapi kalau yang best tu..memang best la..syahdu la pulak yer...

lagi satu malam yang merisaukan, rumah sewa tak pergi cari lagi.. penat la nanti memulun ke opis.. huuu... T__T..

'cepat-cepat la ambik lesen cik pius oitt.. dok ralek ape lagi ni...'

'tunggu duit bergolek la baru boleh ambik lesen..'

'tula...dulu kecik-kecik tak mau belajar, kan sekarang dah susah'

'meh la sponsor'

'erk...ok la.. ader call'

bukan tak muh pi ambik lesen tapi fulusnya takde lagi.. yang nila baru nak mula hidup, nak mula segala-galanya.. tang ni la... haa.. kalau ader orang sponsor ceq, ceq laju jer.

Ye..aku selalu terfikir, kenapa aku begitu lemah membuang masa melihat perkara yang tidak sepatutnya aku lihat. Seolah-olah membenarkan diriku dipermainkan, diperlakukan sedemikian rupa dan membuka pintu kekejaman pada diriku sendiri.

Pernah tak korang rasa korang berlaku kejam pada diri? Ye.. itulah yang aku rasa sekarang. Aku membiarkan diriku disakiti.. tapi aku yakin, inilah jalan terbaik yang Allah beri pada aku. Kalau Allah tak tunjuk aku jalan ni, mesti aku masih lagi di takuk lama. Ya, aku yakin!

Dan aku tidak mahu kembali lagi pada haluan dulu, moga Allah tetapkan kakiku di jalan ini. Ketenangan yang  tiada gelisahnya. Aku tenang…

Hermm..anda lelaki kayu ker? Hahaa.. jangan marah yer.. sebenarnyer teringat perbualan antara pius, mr low and apang. Sebenarnya rasa macam lawak jer.. sebab mr. low tak habis-habis nasihat pasal lelaki..huhu… katanya lelaki yang pandai ambil hati kita tu selalunya tak berapa nak bagus sangat.. katanya dorang dah ader experience… bukan oden yang cakap… bos oden yang cakap.. tapi lelaki yang kayu dan tak reti jaga dan ambil hati kita dikatanya bagus.

Dalam perhubungan cinta mungkin lelaki yang pandai ambil hati kita ni lebih bagus jadi kekasih hati tetapi tak semestinya bagus untuk jadi suami kita..  dan lelaki yang kayu itu memang tak bagus semasa jadi pasangan kita tapi untuk jadi suami dia adalah yang terbaik.. yeker?  Mungkin dia kata macam tu mengikut pengalaman dia.. hehe.. tapi sebaliknya bagi apang.. dia kata jangan dengar cakap bos kau ni..hahaha… nak gelak!

Macam-macam jugaklah dia cerita pasal pengalaman dia… saya dengar jela.. takkan kita nak bangkang kan.. dah memang pengalaman dia, pandangan dia… kita dengar jela.. kita pun ader pandangan kita sendiri dan kenalah hormat pandangan orang lain sama. kekadang tu apa yang dia cakap ader betulnya jugak.. 

Harini sebenarnya sangat borink.. yela.. hari sabtu kan..xde ape nak buat. Paling tidak pun keluar beli barang je. Sepatutnya cuti ni pius kena carik rumah sewa berhampiran opis.. tapi tak tau nak pergi dengan siapa, maybe pergi sensorang kot. Penat rasanya ulang alik dari rumah ke subang naik bas..sampai 3 kali tukar.  Duit pun banyak habis dekat situ jer..   harap semua baik-baik jer.

saper yer yang lukis ni... cantik :)

gemok~

Pagi ni rasa malas sangat nak bangun, rasa nak sambung tidur je tapi bila teringat kena pergi subang terus bangun. semalam memang penat menerjah Melaka. Dalam pukul 11 malam baru sampai ke rumah.  So semalam sempat menerjah site untuk next project. Rasa macam nak giler sekejap.. please give me a space to scream! Kenapa?? Macam mana? Apa nak buat ni?? Haaa.. hambik semua. Risau sangat-sangat~ ape yang kau risau sangat ni?? Huaahhhh… risau sangat sebab tak pernah involve dalam landscaping.. ape dorang membebel pun aku tak berapa nak paham. Boleh ker aku buat ni? Kenapa orang percaya kat aku..? aku tak pernah buat semua tu…huahhhhh… Ya Allah.. bantulah aku… I’m scared!


Dalam takut tetap juga meneruskan langkah meneliti kehidupan baba dan nyonya di Melaka. Kenapa baba dan nyonya? Sebab projek ni ader kena mengena dengan baba dan nyonya. Jadi perlu untuk aku tahu apa itu baba nyonya, kehidupannya, seninya dan macam-macam la.. sempat ke muzium baba dan nyonya.. sangat menarikk.. paling tak boleh lupa cctv dorang.. hahaha… cctv dorang sangat best ok.. tapi tak boleh ambik gambar kat situ, xleh nak tunjuk kat korang.. macam mana cctv tu? Dorang just tebuk lubang empat segi dekat lantai kayu bilik dorang.. so, kalau nak tau saper datang rumah dorang, just mengintai tengok ke bawah.. korang kena ader kat sana baru ader feel..hehe..Banyak yang menarik dekat muzium tu atau lebih tepat lagi rumah baba dan nyonya.




Lepas tu kita orang menerjah ke dataran pahlawan pula.. makan tengahari yang dah hampir petang tu..huhu.. pukul 4 lebih macam tulah baru den makan.. puas sebab dapat makan steamboat.. yeehhh..lama dah tak makan. Then lepas makan dapat jugak singgah ke Afamosa.. Afamosa ker? Den pun tak tau.. lama tak pergi situ banyak sangat yang dah berubah,,. Dah tak sebest dan semeriah dulu.

Sebelum balik kita orang jenjalan dulu jonkers street tengok seni bina dorang..

Ondway balik rumah, bos offer koje tetap dengan dia.. oden ape lagii.. Alhamdulillah..akhirnya..kini pastii…eceehh… itulah yang diperlukan. Tapi den tak maklumkan lagi dekat mak dan abah den.hahaha… opismate pun tak tau lagi.. dorang still lagi ingat den freelance kat sini. Den pun tak tau macam mana nak habaq kat depa.. biar bos jela yang habaq mai..















Seriously malas… malas nak masak.. malas nak mengemas.. malas nak buat kerja..

‘apa yang kau malas sangat ni..’

‘malas la.. bila time aku masak takde orang makan.. membazir je masak… frust tau kalau tengok lauk-lauk tak habis makan.’

‘ tak habis masuk jela dalam peti aiss..ape susah sangat’

‘senang jela cakap masuk dalam peti ais.. sama jugak..dua tiga hari pas tu buang.. senang la cakap ko tak pernah masak, tak pernah nak hargai lauk-lauk yang ader.’

‘erkk.. kalau aku.. aku makan sampai licin.. tak tinggal belakang da..’


apa yang titik-titik garisan ni acik pius oitt.. takde kerja betullah dia ni.. pergilah buat kerja ke.. cuci longkang ker.. kan...

hahaha...saja je sebenarnyer.. bosan! korang abaikan jela gambo tu.. sebab korang bukan paham pun..kan kan... acik pius sendiri pun tak paham..ahahaaa... xdelah.. sebenarnya harini tunggu 'backyard medicine' kat tb tapi tak keluar pulak harini. terus bosan je rase... huhu...dah tamat ker?...  

james wong
hehe..saja tempek gambar host dia kat sini.. tapi den takde lah minat james wong ni.. den minat rancangann dan cara penyampaiannya je.. tak tau lah kalau esok lusa terjatuh minat pulak kat orangnya.. ngehehehe.. agaknya kat astro ader tak rancangan ni.. ade la kot yer..


membuzykan diri sebelum betul-betul buzy... warghhh...

p/s: ader kena mengena ke ayu dengan post aku ni..haha...takde~

Saja nak cerita-cerita sikit malam ni, hilangkan rasa boring n penambah semangat bagi meneruskan kerja. Warming up la kononnya.. padahal dah malas nak buat kerja kan…

Sabtu lepas, aku digemparkan dengan berita si tam cedera dan dibawa ke klinik. Aicehh..yoyo plak..  sebenarnya si tam tu anak kucing yang adik saya bela (lelaki).. tamtam cedera kena gigit anjing..wuuu.. ngeri tengok!

Pagi tu (sabtu) adik saya macam biasalah cari kucing-kucing dia..  ada 4 ekor semuanya. Satu dah hilang dan kemungkinan besar kena makan dengan anjing dan kini tinggallah bertiga. Then adik saya tu perasan yang tamtam takde.. carik punya carik akhirnya jumpalah si tamtam bawah kereta kakak saya.

Pelik bila tamtam diangkat, kepalanya jatuh..longlai la kiranya kan.. terus dia suruh kakak saya pergi ke klinik bawak tamtam. Mula-mula ingatkan eksiden kena langgar tapi silap! Tamtam kena gigit anjing. Kiri dan kanan badan tamtam ader kesan gigitan. Bayangkan lah gigi anjing macam mana kan.. tamtam tu dah la kecik. Agaknya berapa dalam la gigi anjing tu tusuk badan tamtam. Kesian aku tengok tamtam..

tamtam yang terbaring tak boleh bangun.. mula-mula letak dalam
bakul  tapi tamtam ni asyik bergerak-gerak je..  letak kat lantai terus.
Aku takut nak sentuh.. takuttt… selama ni pun aku takut.. takut kena gigit walhal adik aku cakap tak sakit pun dia gigit, siap tunjuk demo lagi. Tapi aku tetap jugak takut. nak angkat pun aku takut.. takut kena gigit.. Kalau setakat belai-belai tu ok la..

Balik kepada tamtam, doktor cakap kalau dia tak mampu berak sendiri maksudnya dia berkemungkinan akan lumpuh, then kalau dah lumpuh jangka hayatnya tak lama. So, 3 hari ni dari sabtu-isnin kita orang tunggu dia berak.. kaki belakang dan ekor langsung tak bergerak..  then harini baru dia berak! Kiranya masih ada peluanglah untuk pulih. Kaki dia pun ader gerak sikit.

Disebabkan harini kakak aku pergi kerja, tiada orang la nak tengok si tamtam tu sangat.. dia yang selalu jaga tamtam tu.. aku tengok je.. dah memang dia suka kucing kan,, den takut.. tapi takut-takut pun aku cuci la jugak luka dia tu.. aku ikut la cara akak aku tu angkat kucing camne.. mula-mula takut la jugak.. takutt nak pegang.. tapi cuba jugaklah.. nasib tamtam tak gigit ke ape kan… hee..takut..  ngeriii…  first day tu darah asyik keluar je.. eeee.. ngerilah…

 serabut tak? heheeee.......

Ahirnya harini dapat jugak saya berbloging dan mencatatkan sesuatu di blog yang semakin menebal habuknya.. fuhhhhh…

Alhamdulillah harini terasa ringan dari segala bebanan kerja yang kini hampir 99% diterima ideanya. Rasa macam nak tidur 24jam je bagi membalas dendam segala keletihan yang melanda. Serius letih… tula.. sebelum ni buat dono je dengan kerja yang ada.. minggu terakhir baru nak pulun betul-betul. Hehe.. nak buat macammana, tiada gesaan tiadalah kerja berkualiti..hahaha… lingkuplah company kalau ambik freelance macam aku.. tapi nasib baik semuanya berjalan lancar.

Now rasa letih sangat sebab baru balik dari bangsar jumpa bos.. gini lah nasib freelance kulu kilir takde transport..naik bas la jawabnya.. kena pulak jalan jem. Terus berjam-jam dalam bas. Fenin-fenin jadinya tetambah orang sebelah kepala terhangguk-hangguk macam nak lentok kat kita kan.. lagi bertambah fenin.. siap sedia nak siku je..hehe…  kalau perempuan tu takpelah jugak..boleh dimaafkan lagi.. nii… ishhh…  rimas..

Dalam terlepas segala beban ni, bertambah lagi dua kerja .. tak tau nak kata hepi ke macam mana.. takut pun ader sebab tak pernah buat landscaping. Nak baca pelan pun tak fasih lagi… hurmm.. first time nak try and error dalam landscaping.. bila ader yang menghulurkan kepercayaan, kenalah kita buat sebaik mungkin kan. Ya Allah.. bantulah dan permudahkanlah urusan kerja fairuz jaafar agar semuanya berjalan lancar. Aminn…

Sebenarnya saya ada apply kerja dekat johor… waa.. jauh tu Selangor ke johor.. jauh la jugak kn.. company tu baru bukak cawangan dia dekat johor, so banyak la vacancies dekat company tu. Adalah dalam 30 kekosongan tapi bidang saya ni takdelah cuma saya rasa ianya satu peluang baik kalau dapat join company yang totally baru. So, banyak yang akan diajar kepada kita. Walaupun position dia takde kena mengena dengan bidang pengajian saya tapi company tu ada bau-bau bacang jugaklah dengan design-design ni..  international advertising. Kira bagus jugaklah kalau saya dapat kerja dekat sana, banyak yang akan saya belajar. Malah training pun disediakan. Cuma ianya dalam bahagian pengurusan la.  Saya ingat next week la saya akan ke johor untuk di interview, orangnya pun saya dah kol tapi next week pulak saya kena ke melaka atas kerja yang saya dah terima dengan bos freelance saya tu.

Walaupun kerja freelance je tapi projek tu mungkin ambil masa lama, mungkin sebulan ataupun lebih tapi bukanlah jawatan tetap. Yang kat johor tu sure-sure la tetap. Haa.. sekarang nak dapat kerja tetap bukan main susah. Semua nak experience. Rasanya tak dapatlah saya nak ke johor untuk jawatan tu dan saya harap sangat kerja saya sekarang ni mendatangkan pengalaman yang berguna untuk saya di masa hadapan.. ecehh..  ayat macam buat karangan sekolah rendah pulak. Harap-harap kerja ni dapat saya abadikan sebagai portfolio saya..haha.. bencilah ayat ni~

Nota harapan: Ya Allah ketemukanlah fairuz dengan pekerjaan yang baik. Aminn…

thanks kat korang yang sudi baca terapi minda saya nii...  sedey.. kawan jauh.. tak dapat nak feeling-feeling story dengan dia.. msg tak best... :( xde saper nak dengar keluh kesah keliru sangsi saya ni... kat blog ni jela nak luah-luah segala... xleh simpan.. bahaya tuk kesihatan minda.. huhuu... chayok!


Haaa…siapa yang cakap gambar cantik dan perfect dari kamera yang mahal jer..hah!!! saper??? saperrr???Yeee…sayalah orangnya T__T” huahhh…. Nak kamera..nakkk… biarlah tiada basic sekalipun asal dapat capture gambar mikro.

Kamera yang saya ader sekarang ni menyebabkan gambar-gambar saya blur, tak sharp dan sangat limited!.  Tak dapat nak capture benda yang terlalu mikro.

Lain yang difokus, lain pulak yang terfokus. 
Huh! Nyampah..dah ejas pun tak dapat jugak nak focus dengan tepat.

bukak laptop
taip sikit
tengok tv lebih..

Ahhh...xde hatilah nak buat kerja. belum ader mood dan belum jatuh cinta pada kerja yang ada. bila nak fokus ni... please give me a PRESSURE to make me love this jobs!



Yeahh.. harini keluar ke bangsar jumpa Mr.Low and Mr. Pang (Not lempang2).ngehehe.. wehihii… kikiiikii… gatal sungguh tangan ni! Rasa macam nak lempang orang je..opss.. gatal sangat tangan ni, gatal..gatal… orang tua-tua cakap kalau tangan gatal maksudnya..__________... hehe..dah la merapu jer.

So, janji jumpa pukul 12tghri dan pukul 12 tepat aku sampai ke BSC@Bangsar shopping centre. Agak kelam kabut jugaklah sebab first time pergi BSC sendiri guna public transports. Aishhh… rugi RM6.00 naik teksi punya pasal (rupanya ader bas ke sana). Huahahaha… kenalah kedekut taik idung masin sekarang ni sebab belum keje lagi.

Lunch harini adalah di Chillis. Teringat kata-kata en.teksi, ‘apa you bikin sini? Sini potong kepala punya orang (mahal)’ hukhuk.. saya pun membalas….’takpelah uncle..bukan saya bayor pun!’ tapi…dalam hati jela.. heeee…

First masuk Mr.low tanya dekat waitress chillis yang dok cakap selamat datang tu. ‘Sini halal ker?’ then dia angguk.. tapi bila dapat je menu di tangan…ada pulak dia serve wine dekat sini. Hurmmm…. Hurm.. HURMM.

Ramai pulak orang melayu makan dekat sini termasuklah aku.. T__T”. kata tadi halal. Apo den nak buat ni.. staf dia pun melayu, islam, pakai tudung. Hurmmmm…

Tengok menu satu mende pun tak faham..akhirnya Mr.Low order nachos and Mr pang order nasi goreng,  kita share. Saya pun main order jela air. Tengok air ader macam air limau-limaukan..nama je adeke pelik sikit. After order kita bincang-bincang sikit pasal second jobs yang both of them nak saya buat. And saya macam patung dengar kiri kanan. Haaa… Nampak sangat communication skills saya tak improve lagi.. huk :/

Tiba-tiba waitress aka penyambut tetamu tadi datang dekat saya. ‘air yang awak order ni ader alkohol’.. AAAAA… oooo my myyy…. So, dia suggest air-air yang halal untuk diminum. Haaa..lain kali tulis la siap-siap yang mana halal and tidak. Baik juga staf tu sebab mention kat saya pasal air tu. First Waiter tadi tak mention pon! Huh!. Then saya pun orderlah air melon-melon ape tah namanya.

LEpas dah bincang-bincang pasal jobs, saya pun berangkat pulang meninggalkan mereka…ok.. bubye.. yeahhh..sekarang kena naik bas!

Tengok handphone, cik peah msg nak turun k.l katanya. Waaahhh…harus jumpa nih!!! Banyak benda nak cakap. So, saya pun jenjalan la dulu dekat central market sementara cik peah datang. Eloklah, hujan pun dah turun dengan lebatnya dekat luar.

Balik rumah pun bukan buat ape…tambah-tambah mak takde pergi umrah. Agak-agaknya apalah yang adik-adik aku makan yer… aku pun tak sempat nak masak tadi. Kain jemuran dorang angkat tak… alamak!!!! Terskip lagi satu episode ‘becoming a billionaire’ kiranya dah dua episode aku miss. Semalam n harini. Alllaaaaaaaaaaa….hohohoh….

Huahahaha..comel la hero dia... muka macam HANIS KAMAL BAKAR..hehe..jangan mara yer...

saja nak tempek lebih sikit...
Perut pun dah kenyang makan sizzling dekat cm, jam pun dah pukul 5..solat dulu lah… cik peah ni macam lambat je.. thennn…. Memang dia lambat.. so, decide balik rumah dolu..hukhukk…

Okay…bye korang..salam.


Nota tension!: arghhhh.. takde orang kutip kain… basah balik kena hujan! Gegegegegegeram!

Nota persoalan: sapa pulak yang kirim barang dekat den ni, kena tuntut dekat pjbat pos la pulak.  kad kawenn ehhh...?  erkkk..jgn bom dah la..huahahaha..
Dak dik dut.. di dalam dada.... hati bergetar terasa________....... tak tahu lirik pulak..hehe.. asyik sangat blog walking sampai tak sedar jam dah hampir pukul 1 pagi. Mak aihhh... cepatnya masa berlalu, nasib dah solat tadi kalau tak memang dah kaboom sampai ke subuh.. macam semalam...nasib terjaga pukul 5 pagi, sempat bangun solat insyak.. hai lah..~

Lama rasanya tak pegang kamera sejak bateri kamera dah habis dulu (malas nak beli bateri baru). Ale-ale pinjam aja kamera babah, kamera kodak 12mp (mati-mati ingatkan kamera ni 10mp). Tak kisah la apa sekalipun asal namanya kamera saya kebas.hehe...Senang! dah habis bateri cas je balik. punyerlah kuno den ni.  takpelah.. tunggu ader rezeki lebih sikit baru boleh beli. kan kannn...

Beberapa hari yang lepas saya saja upload (FB) gambar-gambar yang cuba saya capture di depan rumah dan tak sangka teman-teman memberi review yang sangat baik. Mungkin bagi photograper handalan gambar saya tu alah celah taik gigi jer.. tapi bagi saya yang tak tahu apa-apa ni pandangan mereka cukup membangkitkan semangat saya. Saya sayang hasil kerja saya walaupun ianya tak sehebat mana dan ianya membuat saya semakin minat dalam bidang photography yang sememangnya saya minati. haa..belit-belit tak ayat saya.. saja nak cakap pusing-pusing sikit.

Gambar siput tengah melepas ni saya capture di lake garden semasa pameran Bonsai dan orkid. Boring duduk saja saya terjah la kiri kanan carik sesuatu yang menarik. Disebabkan saya hanya pakai kamera digital biasa, jadi agak payah untuk saya ambil gambar siput ni. Siput ni betul-betul dekat dengan kamera sebab nak kasi sharp dan tak blur.

Bunga kantan juga saya ambil masa pameran berlangsung.. 

Kegilaan saya bertambah bila sampai kerumah, rasa macam nak lepaskan gian jer.. erkk.. disebabkan bos nak hantar saya balik ke rumah dan nak elak dari kesesakan,  saya dihantar lebih awal seperti hari biasa pukul 7 petang. so, saya sampai rumah pukul 5 lebih. Kesempatan tu saya ambil tuk capture beberapa gambar lagi. Bunga-bunga nilah target saya! 


Tengah ambil gambar bunga terjumpa pulak sang lebah menghisap madu.. hisap yer? then saya pun berusahalah mengejar sang lebah untuk menjadikannya model petang tu. Susah rupanya nak capture si lebah. bertambah susah sebab guna kamera biasa ni hah.  Baru nak pergi dekat dia dah lari.. dah tahap dekat yang amat dah ni tinggal tunggu nak kena sengat jer. 


Miss bee sedang berposing maut di atas bunga kesayangannya..

Tulah antara gambar yang sempat saya ambil sebelum kamera diserahkan kembali. sob sobb... Lebih banyak lagi di PICTURE FINDING. So, apa yang saya dapat petang tu? badan gatal-gatal..hukhuk... masuk semak ader banyak kemuncup..

nota kesian: besday nak dekat dah niii... tunggu hadiah kamera... .. T__T" 40 kali besaday pun tak dapat nyer...




Hancur hatiku.. mengenang dikau..menjadi keping-keping setelah kau pergi..huahhhh… sedey + frust T__T….
Huahhh… sedey mesin jahit dah rosak.baru beberapa hari lalu kau ku betulkan, kini kau rosak lagi malah lebih teruk! Baru rasa gembira sebab dah boleh jahit semula tapi…… :(

Puas aku bertungkus-lumus membedah dirimu tapi akhirnya aku pasrah!! Aku bukan pakar bedah~ 

adoiiiilah.. rosak pulak part dalam mesin, baru den rasa seronok jahit skirt. Tapi takpelah dapat jugak siapkan skirt jeans saya tu Cuma terkilan sebab tak dapat nak buat lining skirt, jadi Nampak kosong je skirt saya tu~

Hai lah mesin.. sudah hampir 28 tahun kau berkhidmat dan kini kau memilih untuk pencen dah kerr??? Banyak lagi projek yang nak dibuat….grrrrr…

Harini seperti yang dirancang, aku ke mid valley ada jobfair disana. Peningnya bila berada dalam kelompok manusia yang ramai. Lantas aku mengambil keputusan mempercepatkan urusan dan segera pulang ke rumah.

Sekali lagi, aku kena menunggu hampir 45 minit di stesen KTM, sama seperti aku datang tadi. Bila ditengok screen kat atas.. tren nye bakal tiba sekejap saja lagi tapi rupa-rupanya sekejap itu hampir 45 minit. Dari Stesen kl– mid valley Cuma mengambil masa beberapa minit je pun tapi sebab tunggu punya pasal dah jadi lama.

Kenapa tak dikeluarkan jadual perjalanan tren..kan senang dan memudahkan pengguna untuk mengatur perjalanan mereka.  Tapi kalau jadual perjalanan dah keluar sekali pun tapi masih lagi tidak tiba seperti yang dijanjikan pun tak guna juga. Kalau dah tau masa tren tu datang, tak payah la den menunggu kat sana lama-lama. Sempat lagi pergi minum dan ke tandas. Ada ke jadual perjalanan KTM ni? Kalau ader minta share kat sini lah. Biar tempek besar-besar.

Makin membuak-buak pulak hati ni nak beli kereta. Walaupun kereta bakal menempuh kesesakan lalu lintas.. sekurang-kurangnya boleh arrange time sendiri dan tak perlu tergopoh gapah.

Sesampai je tren, ramai yang memuji (termasuk la den) kecantikan dan pembaharuan yang dibuat oleh pihak KTM. Dalam trend dah cantik, kemas dan semakin selesa. Semua mata asyik melilau atas dan bawah jer tengok pembaharuan yang dibuat. Tren baru agaknya.. sebbek dalamnya cantik dan selesa.. sejuk sikit hati kita. Malah ada guard wanita lagi yang bertugas di dalam tren tengah/ladies coach, jadi jangan haraplah kalian yang bernama lelaki tu nak menapak dalam ladies coach. Yang saya tak suka sebenarnya mat-mat warga asing ni,, perangai tak senonoh. Kalau tak dihalau, tak lah keluar. Nasib ladies coach ada, tak perlu nak berhadapan dengan dendorang yang gatal suka mengambil kesempatan tu. Huh! Thanks KTM!

Turun je stesen k.lumpur kena ambil bas balik ke rumah pulak.. lama jugak menunggu. K.l pulak sesak hari ni mungkin kerana ada aktiviti dekat dataran merdeka. Hampir setengah jam menunggu akhirnya muncul jugak kepala bas, itu pun nasib baik saya tergerak hati nak ke bus stop hadapan. Tak sangka pulak bas akan skip bas stop yang saya selalu tunggu tu. Hurm.,.. mungkin bas dah tak boleh ambil penumpang dekat situ kot, bus stop dia pon dah diangkut/roboh.

Tak sabar rasanya nak balik ke rumah sebab perut ni dah berdondang sayang minta diisi. Laporrr.. mak cakap mak masak asam pedas daging harini, yurmm makin tak sabar nak balik. Hehe.. Nampak pulak orang jual makanan tepi jalan… telan air liur jela!

Sejujurnya saya tak suka K.L! bila hari cuti mesti penuh dengan warga asing. Dah rasa macam pergi negara dorang pulak! Tapi itu sesetengah tempat jela.
`
p/s: Letih jalan + berat bebanan dekat jobfair tadi.. balik-balik lepas makan n solat terus kaboomm.. tak tahan pening kepala. 
Powered by Blogger.