kenapa harus aku buang segala masa..

/
0 Comments

Ye..aku selalu terfikir, kenapa aku begitu lemah membuang masa melihat perkara yang tidak sepatutnya aku lihat. Seolah-olah membenarkan diriku dipermainkan, diperlakukan sedemikian rupa dan membuka pintu kekejaman pada diriku sendiri.

Pernah tak korang rasa korang berlaku kejam pada diri? Ye.. itulah yang aku rasa sekarang. Aku membiarkan diriku disakiti.. tapi aku yakin, inilah jalan terbaik yang Allah beri pada aku. Kalau Allah tak tunjuk aku jalan ni, mesti aku masih lagi di takuk lama. Ya, aku yakin!

Dan aku tidak mahu kembali lagi pada haluan dulu, moga Allah tetapkan kakiku di jalan ini. Ketenangan yang  tiada gelisahnya. Aku tenang…


No comments:

Powered by Blogger.