Patut hepi atau sedey....?

/
2 Comments

Ahirnya harini dapat jugak saya berbloging dan mencatatkan sesuatu di blog yang semakin menebal habuknya.. fuhhhhh…

Alhamdulillah harini terasa ringan dari segala bebanan kerja yang kini hampir 99% diterima ideanya. Rasa macam nak tidur 24jam je bagi membalas dendam segala keletihan yang melanda. Serius letih… tula.. sebelum ni buat dono je dengan kerja yang ada.. minggu terakhir baru nak pulun betul-betul. Hehe.. nak buat macammana, tiada gesaan tiadalah kerja berkualiti..hahaha… lingkuplah company kalau ambik freelance macam aku.. tapi nasib baik semuanya berjalan lancar.

Now rasa letih sangat sebab baru balik dari bangsar jumpa bos.. gini lah nasib freelance kulu kilir takde transport..naik bas la jawabnya.. kena pulak jalan jem. Terus berjam-jam dalam bas. Fenin-fenin jadinya tetambah orang sebelah kepala terhangguk-hangguk macam nak lentok kat kita kan.. lagi bertambah fenin.. siap sedia nak siku je..hehe…  kalau perempuan tu takpelah jugak..boleh dimaafkan lagi.. nii… ishhh…  rimas..

Dalam terlepas segala beban ni, bertambah lagi dua kerja .. tak tau nak kata hepi ke macam mana.. takut pun ader sebab tak pernah buat landscaping. Nak baca pelan pun tak fasih lagi… hurmm.. first time nak try and error dalam landscaping.. bila ader yang menghulurkan kepercayaan, kenalah kita buat sebaik mungkin kan. Ya Allah.. bantulah dan permudahkanlah urusan kerja fairuz jaafar agar semuanya berjalan lancar. Aminn…

Sebenarnya saya ada apply kerja dekat johor… waa.. jauh tu Selangor ke johor.. jauh la jugak kn.. company tu baru bukak cawangan dia dekat johor, so banyak la vacancies dekat company tu. Adalah dalam 30 kekosongan tapi bidang saya ni takdelah cuma saya rasa ianya satu peluang baik kalau dapat join company yang totally baru. So, banyak yang akan diajar kepada kita. Walaupun position dia takde kena mengena dengan bidang pengajian saya tapi company tu ada bau-bau bacang jugaklah dengan design-design ni..  international advertising. Kira bagus jugaklah kalau saya dapat kerja dekat sana, banyak yang akan saya belajar. Malah training pun disediakan. Cuma ianya dalam bahagian pengurusan la.  Saya ingat next week la saya akan ke johor untuk di interview, orangnya pun saya dah kol tapi next week pulak saya kena ke melaka atas kerja yang saya dah terima dengan bos freelance saya tu.

Walaupun kerja freelance je tapi projek tu mungkin ambil masa lama, mungkin sebulan ataupun lebih tapi bukanlah jawatan tetap. Yang kat johor tu sure-sure la tetap. Haa.. sekarang nak dapat kerja tetap bukan main susah. Semua nak experience. Rasanya tak dapatlah saya nak ke johor untuk jawatan tu dan saya harap sangat kerja saya sekarang ni mendatangkan pengalaman yang berguna untuk saya di masa hadapan.. ecehh..  ayat macam buat karangan sekolah rendah pulak. Harap-harap kerja ni dapat saya abadikan sebagai portfolio saya..haha.. bencilah ayat ni~

Nota harapan: Ya Allah ketemukanlah fairuz dengan pekerjaan yang baik. Aminn…

thanks kat korang yang sudi baca terapi minda saya nii...  sedey.. kawan jauh.. tak dapat nak feeling-feeling story dengan dia.. msg tak best... :( xde saper nak dengar keluh kesah keliru sangsi saya ni... kat blog ni jela nak luah-luah segala... xleh simpan.. bahaya tuk kesihatan minda.. huhuu... chayok!



2 comments:

Uncle Jonni said...

nasib baik yg dok tepi dlm bas tu bukan lelaki warga asing yang bermisai tebal dan berbau masam...

dia pandang anda...

seraya berkata: "hai adik manis...."

kehkehkehkeh

FairuzJaafar said...

@Uncle Jonni semuanya betul..cuma tak dengar lagi 'hai adik manis' tu.. hehe...

Powered by Blogger.