Tamtam dah o'ok!

/
0 Comments

Saja nak cerita-cerita sikit malam ni, hilangkan rasa boring n penambah semangat bagi meneruskan kerja. Warming up la kononnya.. padahal dah malas nak buat kerja kan…

Sabtu lepas, aku digemparkan dengan berita si tam cedera dan dibawa ke klinik. Aicehh..yoyo plak..  sebenarnya si tam tu anak kucing yang adik saya bela (lelaki).. tamtam cedera kena gigit anjing..wuuu.. ngeri tengok!

Pagi tu (sabtu) adik saya macam biasalah cari kucing-kucing dia..  ada 4 ekor semuanya. Satu dah hilang dan kemungkinan besar kena makan dengan anjing dan kini tinggallah bertiga. Then adik saya tu perasan yang tamtam takde.. carik punya carik akhirnya jumpalah si tamtam bawah kereta kakak saya.

Pelik bila tamtam diangkat, kepalanya jatuh..longlai la kiranya kan.. terus dia suruh kakak saya pergi ke klinik bawak tamtam. Mula-mula ingatkan eksiden kena langgar tapi silap! Tamtam kena gigit anjing. Kiri dan kanan badan tamtam ader kesan gigitan. Bayangkan lah gigi anjing macam mana kan.. tamtam tu dah la kecik. Agaknya berapa dalam la gigi anjing tu tusuk badan tamtam. Kesian aku tengok tamtam..

tamtam yang terbaring tak boleh bangun.. mula-mula letak dalam
bakul  tapi tamtam ni asyik bergerak-gerak je..  letak kat lantai terus.
Aku takut nak sentuh.. takuttt… selama ni pun aku takut.. takut kena gigit walhal adik aku cakap tak sakit pun dia gigit, siap tunjuk demo lagi. Tapi aku tetap jugak takut. nak angkat pun aku takut.. takut kena gigit.. Kalau setakat belai-belai tu ok la..

Balik kepada tamtam, doktor cakap kalau dia tak mampu berak sendiri maksudnya dia berkemungkinan akan lumpuh, then kalau dah lumpuh jangka hayatnya tak lama. So, 3 hari ni dari sabtu-isnin kita orang tunggu dia berak.. kaki belakang dan ekor langsung tak bergerak..  then harini baru dia berak! Kiranya masih ada peluanglah untuk pulih. Kaki dia pun ader gerak sikit.

Disebabkan harini kakak aku pergi kerja, tiada orang la nak tengok si tamtam tu sangat.. dia yang selalu jaga tamtam tu.. aku tengok je.. dah memang dia suka kucing kan,, den takut.. tapi takut-takut pun aku cuci la jugak luka dia tu.. aku ikut la cara akak aku tu angkat kucing camne.. mula-mula takut la jugak.. takutt nak pegang.. tapi cuba jugaklah.. nasib tamtam tak gigit ke ape kan… hee..takut..  ngeriii…  first day tu darah asyik keluar je.. eeee.. ngerilah…

 serabut tak? heheeee.......


No comments:

Powered by Blogger.