HArini bosan lagi, mengadap screen pc mencari sesuatu untuk dibuat.. conteng-conteng kertas carik idea nak design aper. Dan geledah gambar-gambar orang difb.. aahhh.. tidak.. fb berpuaka!

Minggu ni balik rumah lagi.. sebenarnya malas nak balik rumah..  bukan sebab aper.. mesti ader macam-macam jenis music yang berdendang di telinga ni nanti..

‘tu la.. LALAI!’
‘dah tau tu kenapa tak bawak je laptop pergi tempat kerja’

Seolah-seolah..

‘Tu la lalai.. kan dah excident’
‘kalau dah tau tu kenapa tak elak awal-awal’

Malas nak dengar… kalau diri sendiri yang kena baru tahu menyampah dengan orang sekeliling yang suka mengeluarkan music sebegini..

Ah.. lupakan..

Saat ni teringat time makan  dengan kawan-kawan dekat café fakulti masa belajar. Bila makan dorang selalu letak lauk dorang dekat pinggan fairuz (tibe-tibe bahasakan diri fairuz).. sama ada mereka tak suka lauk tersebut, tak makan lauk tersebut atau nak kongsi lauk tersebut.. semuanya masuk ke pinggan fairuz. Hurmm… bila ada orang buat fairuz macam tu memang akan rasa satu je.. korang ni macam babah fairuz la..  dulu-dulu kalau makan dekat luar, (babah ambik dari asrama) lauk-lauk yang tak habis tu semua akan dimasukkan ke pinggan fairuz. So, bila ada rakan yang buat macam tu.. rasa macam rapat pulak.. walaupun ada juga yang tak rapat..hehe… entah la.. suka perasaan tu..

secara jelasnya.. rindu time blajar...

rindu lepak di studio time badan tengah kurus.. semua seluar jeans lepas masuk.. hehe...
Rindu nak pakai trek suit and join kem reramai.. pastu kena maki hamun..
rindu ambik gambar sama-sama..
Rindu nak berlakon drama nihongo (japanese language class)
Rindu nak hafal skrip..
Rindu dicandid oleh kameraman sampai muka nampak tak senonoh
Okay.. rindu ambik gambar cantik-cantik dengan semua..
Rindu la.. 
***************
Saat itu hanya ada aku dan kamu..
Terpanggil aku dengan panggilan lama mu..
Tersasul keluar kataku..
Kamu hanya tersenyum berterusan mengusik ku..

***************
Haa.. gitulah mimpi malam semalam yang aku ingat.. haha.. tibe-tibe rasa macam..adoiii.. kenapa tak mimpi laptop datang melawat aku ker.. pergi korea ke.. hehe… Btw, rindu juga sebenarnye.. haisshhh..  hiyahhh.. karate segala wajah yang berada di minda. Ok..saya doakan kamu bahagia di sana. Moga jarak yang ada ni menjadikan kita lebih baik pada masa hadapan. InsyaAllah.. Ok.. senyum :)

 salam..
hahaha.. semalam saya join segmen dari seorang blogger cute dan sekarang masih lagi bw blogger yang join segmen.. dan kebanyakkannya adalah adik yang comel-comel.. tiba-tiba rasa macam aku pun sebaya dorang.. hahakk.. perasaan muda sekejap..
Disebabkan harini terasa binggung dengan kejadian pecah rumah semalam + sedey pulak tu.. jadi harini aku saja join segmen bw & follow dari iza zaty bagi membuzykan diri yang tak tahu nak buat ape dekat opis harini = bos takde=tak tau nak buat kerja aper=malas nak design mendesign harini. jadi aku join blog adik comel ini. jom join sama.. senang je..


SYARAT-SYARAT YANG WAJIB :

1. FOLLOW blog Zaty

2. LIKE fanpage zaty 



3. Buat satu entry yang bertajuk "Segmen - BW & FOLLOW by iza zaty"

4. Letak BANNER BESAR dan linkkan terus ke entry ini

5. tag 2 atau lebih dan pastikan orang yang anda tag itu tau

6. Publish entry itu

7. Letak LINK ENTRY DI KOMEN 

  8. Letak BANNER KECIK itu di sidebar

nampak ken banner yg besar kat atas tu? 
ade tulis "ADA HADIAH UNTUK PESERTA YANG SPONTAN GILEE"
camane nk jadi spontan? bace di bawah ini :-

1. terjah semua blog peserta  *sbb nama segmen di BW & FOLLOW*

2. dah terjah tu follow la!

3. komen di entry peserta dan letakkan link entry korang

4. borak-borak lah sikit di chatroom peserta tu  *kalau takdek, tak payah chat*


hadiah nye ...... RAHSIA ! yang pasti, ianya ISTIMEWA :)


Mudah je syarat2 nye . 
Kalau korang nak RAMAI FOLLOWER boleh la join segmen ini .
kalau korang ade RAMAI FOLLOWER , nnti msti ramai jugak yg akn komen entry korang .


lagi satu, korang kenelah sentiasa pergi ke SENARAI PESERTA
sbb nnti senarai peserta akn bertambah dan bertambah
 *

tarikh mula - 28.5.2012 
tarikh tutup - akn diberitahu kemudian

p/s: someone happykan diri ini... plzz.. lappy dah takde..sob sob sob...


Ye.. aku bingung.. adakah ini program reality tv? Adakah kamera tersembunyi yang menampakkan kebinggungan aku? Atau.. ada orang yang saja nak kena kan aku.. nak main ba ba cak dengan menyorokkan laptop ku itu? Atau aku ni dah nyanyok sampai lupa di mana tersimpannya laptop ku itu..????
:( memang sah laptop aku telah hilang dari pandangan mata..  telah tiada dari tempat asalnya… huahhhhhhhhhhh… sah ada orang pecah masuk rumah sewa aku!!!!! Huahhhhhhh… laptop dah kena curi.. :(

Tunggu ye lappy.. tunggu polis datang selamatkan kamu..
sayang lappy yg berjasa ni
Tak tau apa perasaan sekarang..mungkin lebih kepada binggung kot.. Entahlah.. memang 2 3 hari ni aku binggung..

‘kenapa? ‘

‘Entahlah..’

‘Bila kau sedar laptop hilang?’


Ombak rindu~

Malam… kau bawalah rinduku Un….tuk dirinya yang jauh dari ku. Agar… dia tidak kese….pian.   Selalu rasa ada cinta agung

Hujan….. bawa air mata kuuuu….. yang…. Mengalir memb….aishhhh… ini bukanlah isi utamanya.

***************

Malam semalam seperti biasa pen dan planner menjadi teman setiaku. Tanpa kata setia menemani walau beribu kali terdampar sepi! Yerkk.. tiba-tiba puitis pulak.

Aku hanya mampu merancang dan DIA lah yang menentukan segalanya.

Next month (bulan 6), bermulanya hidup aku yang berjimat cermat sebab aku sudah aturkan aktiviti yang melibatkan penggunaan wang. Jadi jimat itu perlu pada bulan akan datang dan selama 3 bulan seterusnya.dan InsyaAllah sentiasa :)

Disebabkan aktiviti ni (secret), aku kenalah kawal diri dari membeli ‘benda gedik-gedik’ yang aku minati. ‘benda gedik-gedik’? ape tu? Itulah istilah dari lecturer aku masa belajar. Perempuan… asal cantik je nak beli.. kadang-kadang bukan guna pun.. hehe :)

Okaylah, belajar untuk tidak membazir. Tapi haritu ada beli sandle. Hurmm.. bukan bazirlah! Memang takde sandle nak pakai. Asyik pakai kasut sarung tu je. Rimas kaki.

Ehem..sebenarnya ader beli kasut tali haritu before konvo tapi dah putus! Taubat takmuh beli dah kasut yang ader tali-tali halus. Cepat rosak. Tapi itulah jugak lah yang aku minat. Hehe.. okay…kata kan tidak pada kasut tali halus! Tidak!.

Leka menulis sampai tak perasan malam dah lewat. So, sampai sini jela madah pujangga before ku tidur mlm semalam.

****************

Dan harini aku menghappykan diri ke opis dengan memakai skirt jeans aku tu. Argghhhh… sangat rindu nak menjahit.. rindu nak buat skirt lagi.. someone tolong hadiahkan mesin jahit satu! Hehe…sangat rindu~ nak jahit bag, nak jahit skirt, nak jahit menjahit..nak..

Dah la.. saya nak carik kerja untuk dibuat. hurrrrrrrmmmmmmmMMMM…
T__T" huarrr... kenapa?? kenapa jadi macam ni... huarr.. tak muh.. kenapa aku senyum sensorang ni? kenapa harus muncul depan mata aku.. hatoiiiiihaii... hei! aku dah gila kot.. disebabkan harini aku takde kerja nak buat atau dengan kata lain malas nak carik kerja untuk dibuat atau dengan ayat yang lebih tepat menepat lagi.. bos xde.. kerja sebelum ni dah siap.. so.., aku merewang, mengelamun.. tengok gambar-gambar orang dekat fb.. okaylah.. dari aku menggilakan diri yang dah senggal + sewel +angau ni...lebih baik aku carik kerja untuk dibuat. okay..nak design aper ye.. hurmmm.. hurmmm....
v
 minit-minit seterusnya... 

hurrmm.... HuurrmMMM.... HURRRMMMMMMMM.... HURRRMMMMMMMM....

Entah la..aku pun tak tahu apa yang aku rasakan sekarang. Adakah aku terkilan? marah mahupun sedih? seminggu ni aku rasa ada perkara yang tak menyenangkan hati aku malah buat hati aku rasa sedey. Apa yang korang akan buat kalau berhubung dengan seseorang tapi selalu je bergaduh atau kata lain.. terungkit kembali benda lama.


Aku dah cuba sebaik mungkin mengelak dari berbual/bermesej panjang dengannya sebab aku ni seorang yang beremosi dan takut terbawa-bawa time bermesej tu.  Jadi selalunya mesej aku berbunyi sedikit formal, ringkas, tak panjang dan bosan agar dia tak memanjangkan cerita/perbualan. itu lebih baik. Tapi kadang-kadang entah macam mana terjadi jugak mesej yang panjang tu.


Aku sedar, masih ada salah faham antara aku dan dia yang masih belum terungkai tapi aku tak berniat untuk mengetahui atau merungkai salah faham tersebut dan aku juga tidak mahu ambil tahu apa perkara yang membuatkan dia tidak berpuas hati dengan aku. Aku sendiri telah berlaku jujur dengan menyatakn perasaan aku terakhir dulu.


Jika ingin berkawan silakan.. tapi bukan dengan meletak segala kesalahan di bahu aku. Dan sungguh aku terkilan dengan sindiran dia terhadap anc yang aku dapat masa konvo haritu. Seolah-olah anc tu adalah satu pertolongan dan usaha dia semata dan bukan usaha aku. Begitu besarkah pertolongan kamu.. memang aku berterima kasih atas pertolongan kamu tapi aku terkilan dengan apa yang engkau katakan. Saat itu memang ramai yang membantu aku.. hanya Allah yang tahu bertapa aku bersyukur dengan segala pertolongan kalian.  Tapi itu juga adalah usaha aku dengan kehendakNya.


MUngkinkah kamu yang menjawab segala kertas soalan milik ku didalam dewan peperiksaan dari awal degree hingga final? Mungkinkah kamu yang menyiapkan thesis ku sehingga aku Berjaya menamatkan degree? Itu juga usaha aku dengan kehendakNya. Mengungkit segala pertolongan yang engkau beri buat aku terfikir.. adakah semua pertolongan mu itu adalah satu paksaan dari sesiapa? Atau ada udang di sebalik batu?. Aku harap masa hadapan tiada lagi pertolongan dari kamu.. dan kelak tiada lagi istilah aku mengambil kesempatan terhadap kebaikan mu itu.

Adalah lebih baik jika tidak berhubung lagi.. aku harapkan hubungan yang baik dengan kamu tapi bukan cara yang sebegini rupa. Sungguh aku kesal dan aku hanya mahu mengingati kamu dengan ingatan lama.. bukan ingatan yang sebegini rupa.  

ingin saja aku lelapkan mata saat ni..hurmm..terasa sangat mata ni dah letih menghadap tv.. ikutkan hati nak  terus masuk tidur tapi rindu pulak dekat blog aku ni. Sejak akhir-akhir ni rasa borink pulak tengok page aku yang tak ceria tu... jadi, aku decide tukar layout baru. suasana baru.. ok tak? malas nak mengedit, jadi aku ambik je template sedia ada.

haaa... kenapa ye.. bila time kerja hati ni teringin sangat nak mengupdate blog tapi bila dah ader masa macam sekarang ni, terasa malas pulak.

Harini aku cuma jalan-jalan shopping..beli kasut..cuci mata n makan steamboat.. ni lah first time aku rasa steamboat tu sesuatu yang tak sedap. walhal tu lah makanan yang aku suka makan. hermm... entah.. agaknya takde selera makan kot.

adoii... mengantoknyer... nak tido la.. tak tahan da.. nanti saya sambung... :) 
saya dan bunga :)

saya dan mak :)

saya dan babah yg sedang menahan kepanasan..

semua mata melilau ke arah kamera masing2.. hehe:)

Selamat berpuasa pada semua yang berpuasa hari ni, bermulanya 1 rejab. thanks pada hamba Allah yang mengirim mesej tentang bulan rejab sehari sebelum ni. memang niat berpuasa minggu ni tapi tak perasan rejab dah tiba. Jadi dapat sekalikan puasa di bulan rejab.

Terima kasih sekali lagi..
Ye.. hari ni aku sangat bersemangat memulakan kerja yang tertangguh semalam. mungkin pagi ni aku bangun tanpa rasa mengantok, jadi permulaan harini terasa ceria. mana taknya, pagi-pagi la sudah bersahurkan kopi power cicah roti.. memang power la pagi ku ini.he :).

Minggu ni rancang nak ke taman burung k.l sebab tempoh tamatnya dah hampir dekat, 30 jun. dulu, rancang nak pegi bersama cik zee.. tapi jauh pulak untuk cik zee nak datang ke sini. jadi terpaksa batalkan rancangan tersebut. so, sekarang tengah fikir nak habiskan masa dengan saper hujung minggu ni. ye, hujung minggu ni.. kalau tiada aktiviti/ hal lain la.


hermm... patut ke aku sedekah tiket tersebut dekat adik atau kakak? Ala.. takmuh la.. aku sendiri teringin ke sana. kalau dorang nak pergi bersama baru boleh. hehe..

hari ni nak cerita juga pasal kejadian semalam..

Proton young talent

Minggu lepas ader kol dari 3 nombor yang hampir sama.. nombor depan semuanya sama cuma belakang saja yang berlainan dan kebetulan kawan aku dari shah alam ader telepon dan nombornya juga hampir sama. jadi, taulah nombor tersebut dari shah alam. tapi waktu kol tu dibuat aku ikut bos pergi meeting dekat luar jadi aku off je fon. Semalam hari isnin aku dapat kol dari nombor yang sama dan aku sempat angkat kol tersebut.. mula-mula aku ingatkan kawan aku nak main-main sebab suara dorang lebih kurang sama. tapi rupanya aku silap, tu panggilan dari proton.

then dia kata nak buat phone interview..okay.. aku tak kesah nak buat interview tapi aku kesah sebab aku tak prepare..huuuuu.. tak kesah dapat tidak.. layak atau tak.. aku tetap nak cuba. dan phone interview tu dalam b.i ... haa.. korang bayangkan lah mcam mana aku bercakap. macam segmen era tu ' can i help you'.. sebijik macam tu.. nyampah dengan diri sendiri..wahahaha.. dia kata saja buat macam ni sebab nak dengar aku punya b.i yang tak prepare tu... cehh..

Entah..automotif bukan bidang aku, cuma haritu dekat job fair aku kasi je resume dekat company yang berkaitan dengan bidang yang aku belajar dan tak expect pun dorang reply sebab tak rasa diri ni layak..time tu memang aku belum bekerja lagi jadi semua company pun aku kasi resume. tapi jika diberi peluang untuk belajar aku memang la suka. Proton young talent, setahun belajar dan kerja..

ni cuma first stage baru,.. so, first stage pun dah kantoi korang rasa ader ke bau-bau aku dapat next stage.. hehehe...

Ader beberapa persoalan.. programe ni terjamin ker? betul ker? berbaloi ker?

Allah lebih tahu mana yang lebih baik untuk kita..  jika bidang lanskap adalah yang terbaik untuk aku..maka aku kekal la disini. jika tidak sebaliknya yang berlaku.. segala ketentuan milikNya.

Mohon dipermudahkan urusan :)



Salam semua :)

Lamanya rasa tak mengupdate blog ku yang…eemm..agak CANTIK ni.. hehhe..  rindu sangat dekat blog tapi apakan daya.. malam-malamku kini bertemankan SECRET GARDEN hehehe…  okaylah..tau ni cerita lama.. Cuma aku je yang baru terhenggeh nak tengok.. ngehehe… housemate pulak ader dvd nya, makin bertambah lah kegilaan ni. Cuma… laptop ni tak dapat nak baca dvd.. so, dekat opis aku copy dvd masuk hard disk.. ok..sangat bersungguh. Tapi ader lagi 2 disk tak copy lagi.. lama sangat nak copy, tak sempat nak buat semua.  


‘yang tak bersunat tula yang kau minat’

Serius… mesti teringat ayat ni bila tengok cerita korea..  hehe.. bukan selalu nak tengok, tetambah sekarang dah hilang punca nak dapatkan sumber-sumber cerita korea.. dulu time belajar kawan-kawan banyak,  jadi copy je dari hard disk dorang. .. malas nak download dari internet.. lama sangat..jadi copy adalah cara terpantas. :)

Sekarang housemate pulak kaki korea, Taiwan dan yang seangkatan dengannya.. rajinnya dorang beli cd..  tengok bilik dorang tersusun cd-cd dekat rak dan kebanyakkannya adalah cerita bersiri.. kalau aku rasa macam bazir la pulak sampai berpuluh beratus ringgit. Mungkin belum ader duit dalam tangan lagi kot..hehe.. tu pasal cakap camtu.

Minggu ni aku tak balik rumah.. jangan tanya kenapa :( hermm..tengok kiri kanan bilik tak tersusun..  barang-barang tak berkemas rapi. Entah nak letak mana barang-barang semua. Rak pun tak beli lagi… hope hujung bulan ni keadaan bilik akan jadi lebih selesa :)

Berbunga pulak hati tengok bunga konvo haritu.. hemm..bahagianya rasa :)

Malam ni tiba-tiba teringat akan wish list yang aku tulis tahun lepas.. sibuk dengan final sampai terlupa perkara-perkara yang aku nak buat tu. Panjang jugak list aku dan tak sangka ader beberapa perkara yang telah tercapai. Aku sendiri telah lupa apa yang aku catatkan dulu. Hehe.. dan sekarang aku rasa macam nak renew je wish list tu sebab ader beberapa perkara yang tak mungkin  aku capai atau dengan kata lain.. aku tak muh buat wish list tersebut..

‘sebab? ‘
‘Sebabnya memang tak boleh la’
‘kenapa tak boleh?’
‘Everybody’s changing and I don't feel the same… aicehh..’ kataku sambil tersenyum.  

Radio ni duk bersiaran pasal bola la pulak..hermm.. Ronaldinio? Kelantan? Nur…? Sime darby? Badrul? Mohd faiz mohd isa? Obina? Iwan? Rizwan harun? Piala FA rupanya.. hehe.. sorilah tak update.. lupakan pasal bola sebab saya tak berapa follow pasal bola… hehe..jangan marah. Nak tukar siaran.

Haaa… lagu Hindustan! Okaylah..feeling-feeling sikit… hadircuppra karega… hadir cupra karega.. aicehh… sinar fm ni.

Cakap pasal wish list… saya nak mulakan langkah baru..ok.. mula!


Ye..inilah hari bersejarah dalam hidup aku, hari permulaan kehidupan dan hari yang menyentuh hati dan perasaan aku. Sungguh, saat ini sangat bermakna buatku dan aku gembira melihat babah dan mak di tempat duduk ibu bapa. Ya Allah, terime kasih atas rezeki ini.

Alhamdulillah, selesai untuk harini.. hehe.. walau dalam kekalutan dan kecemasan tapi semuanya masih terkawal.. hukhuk..

Konvo harini agak kelam-kabut sebab sampai lambat.. tapi Alhamdulillah, sempat bersama rakan-rakan lain masuk ke dalam dewan. Ingatkan dah tak sempat…hehe.. dan yang paling best duduk bersama cik zee (bukan nama sebenar).. syukur sangat dapat duduk sebelah menyebelah. Barulah rasa meriah suasana coz ader yang sekepala dok melayan kita..hehe.. dann..ehem-ehem.. :) jeling kanan..  senyum jela kan.. tak boleh nak habaq..

Sepanjang dalam dewan asyik bercerita itu ini dengan cik zee.. biasalah kalau dah berjumpa. Haa.. yang paling sweetnyer, heheeeeeee… aa.. takmuh cakap la. Malu ler.. takpelah..dapat tengok belakang pun jadi la.. hakahakaka… aper tu? Entah cik pius ni, merepek meraban.. takde kerja..

Nasib tidak berlaku tragedy ‘tak dapat bergambar ’ hehe.. risau tak dapat bergambar dengan rakan-rakan lepas konvo.. kenangan tu. Sebbaik sesi bergambar dengan pro-canselor berakhir tepat pada masanya. Sempat juga bergambar dengan dekan..Keluar je dewan terus carik rakan-rakan lain. Hehehe..
Then dah tau kawan2 dekat mane baru carik parents.. hehe.. Thanks Babah Mak sudi datang konvo pius and siap kasi bunga lagi.
And thanks my sister, awe for this sweet card n selendang. Memang tak perasan ader kad, balik kerja baru perasan ader kad dalam sampul.berbunga-bunga hati.. :)

Continue unfinished work at ofis..

Ye, lepas je tamat konvo, aku bergegas ke rumah sewa dan seterusnya ke tempat kerja. Seriusly, dalam dewan konvo asyik teringat kerja yang kena submit harini. Risau tak dapat siapkan coz besok ader meeting dengan client. Dalam pukul 2.30 aku sampai ke ofis.
Bos takde, keluar…

Then, cepat aku bertindak memulakan langkah yang tertangguh..agak tergetar jugak lah tangan ni nak siapkan kerja… hehe..  then petang ader review kerja dengan bos.. so, next sambung siapkan kerja dari pukul 6 (sepatutnya balik) hingga pukul 11 mlm..gitulah.. sebab kerja aku banyak lagi tak siap. T_T” aku tak kesah balik lambat Cuma rasa bersalah dengan opismate dan bos yang menunggu kerja aku siap sepenuhnya. Haa.. sori semua, saya buat kerja lambat.. nilah first time saya buat conceptual plan untuk landskap.. jadi banyak perkara yang saya tak tahu. Alhamdulillah, akhirnya aku dah mula Nampak sikit macam mana nak buat conceptual plan for landscape.  Thanks semua sudi memberi peluang dan tunjuk ajar.
Selesai kerja bos belanja makan dekat kedai berhampiran.. dia cakap.. lambaat sebab ni first time aku buat kerja landskap.. then..aku pon minta maaf dekat semua..huhuuu T_T” tapi bos kata dia tak marah sebab ni first time aku buat landskap. Dia kata lepas ni bila dah ader experience dah ok lah buat kerja. Nilah peluang nak belajar katanya. Thanks bos kerana memahami saya yang…………..

Sekarang da letih..dan nak masuk tidor.. besok kena bersedia untuk 2 meeting dengan client.. minta-minta takde orang yg bertanya dekat aku yang blur ni.. oklah..i tengah blur lagi ni..


********************

Ya Allah.. hanya padaMu aku menyembah dan hanya padaMu aku memohon pertolongan, kurniakan lah bagiku ilmu yang bermanfaat, amal yang diterime dan rezeki yang halal lagi baik.

Gambar konvo nanti baru upload.. hehe..
Fuhhhhhhhhhhh… haa.. saje tiup pepanjang sikit sebab habuk dah menebal dekat blog ni. Rasa macam bosan pulak tengok blog ni hah. Tak menarik. Hehe.. Tiap-tiap hari bukak blog tapi tak berkesempatan nak menulis.. yela, sekarang ni duduk rumah sewa, jadi takdelah internetnya. Yang ader pun internet opis je, takkan nak melayan blog lelama kan.. hukhukk..

Setakat ni Alhamdulillah dengan kerja cuma banyak perkara yang aku tak tahu nak buat. Bos kata bagus, sebab nilah peluang nak belajar benda baru.. tapi aku rasa macam bebal tibe-tibe.. jadi macam blur tau tak. Macam tak tahu buat pe benda.. padahal kebanyakkan software tu aku guna time belajar. Tapi orang lain pulak yang tunjuk ajar dekat aku.. walhal aku tau je buat.. tibe-tibe rasa diri ni macam bengong jer.. tapi yela, kita orang baru kan.. tambah-tambah bukan bidang kita.. belum nak digest lagi..

Minggu ni aku balik rumah, jadi ambil peluang yang ada untuk update blog yang tak cantik ni. Biarlah, asal tertulis something untuk tatapan masa depan..hehe.. menyampah ayat ni.. dah tak xde masa sangat nak godek-godek blog ni..  malam dekat rumah sewa takde internet kan.. tunggu balik rumah sabtu ahad jela.. tu pun kalau dah balik rumah, tengok tb memanjang.

Ahad lepas pergi ambil jubah , then selasa ni konvo.  Sempat jumpa cik peah (bukan nama sebenar) dengan adik-adik dia. Kita orang jenjalan la dekat-dekat.. borak-borak , lama tak bersua kan, banyak la ceritanya. So, isnin nyer pergi kerja naik bas gerak dari rumah..  kalau dah gerak naik bas memang lambat la sampai, tetambah jauh.. takkan nak balik rumah sewa lewat malam, xde orang hantar pulak tu..

Itulah isnin saya yang tensyion sikit~

Malas sungguh harini... nasib baik balik rumah, kalau tak membosan duduk sensorang dekat rumah sewa. huhu... pagi ni bangun sejuk sangat.. uishh... gigill...  tak jadi nak bangun.. bukak laptop men game..hehehe.. gitulah tahap kebosanan yang melanda.. pepagi bangun terus main game. hatoii betul eeii...

tak sabar tunggu besok! arrrrghhhh.... tak sabar.. tak sabar... sabar la.. hohohoo...

ader aper dengan esok? jeng jeng jenggg...memetik bunga di taman :) mendaki gunung seribu.. menjelajah hutan belantara...hehehe..


Malam itu saat langit terbentang indah..
Menyusuri langkah satu-persatu..
Menemani tiap kekosongan dan kerinduan..
Meniti tiap langkah sendirian..

Masa terasa amat cepat bergegas..
Meninggalkan aku sendirian yang masih kebinggungan..
Tiap apa yang ada sukar untuk aku gambarkan..
Juga tidak ku sangka di sini tempat ku kembali lagi..

Awal langkah ku goyah..
Sedikit beban bila ada yang mengarah..
Sukar bagi ku yang buta ini..
Meneliti segala gambaran yang dikhabar..

Secepat ini langkah ku pulang lagi..
Meniti kelukaan yang sukar bagiku..
Tatkala kata memusnah tatkala tindakan penghindar..
Mungkin dua itu bakal terjadi..
Jika ia, pasti bukan dari ku..

Mustahil bagiku melepaskan genggaman..
Tercalit kaca bisa berdarah..
Tapi jika itu memang disengajakan..
Mungkin tiada lagi maaf yang terucap..

Kata nyanyuk bicara hati itu..
Setiap tindakan yang tercerna..
Buat diri ini yakin.. bukan kesempurna itu yang tercari..
Batas kejujuran yang terpalit hamparan tanah..
Sedikit tiada rasa bersalah..

Jujur.. kejujuran yang ditutur.. buat aku terfikir.. saja ingin mengikat atau
Saja buat diri ini teringat. Secepat itu semuanya berubah.. tiada apa yang selari dengan bicara kata..
Semuanya hanya perangkap semata… jujur ku katakan.. telah dalam lubang yang digali.. makin dalam dari hari ke hari.. lama mungkin tertimbus kembali.. jujur…saat itu, jika kembali… tiada lagi diri ini..




Jom cari cinta yang halal (I luv islam)
Melalui rujukan Tafsir Ibn Kathir, berikut dinyatakan langkah yg perlu diambil perhatian sepanjang perjalanan mendapatkan cinta yg terbaik lagi halal, apabila seseorg lelaki berkenan kpd si dia (perempuan) sebagaimana dinyatakan dlm ayat di atas:
(1) Menyatakan perasaan melalui sindiran dgn kata2 kinayah/berlapik (tersirat) yg baik-baik
(2) Menyembunyikan perasaan di dalam hati dan hanya menyebut-nyebutnya di kalangan org lain, tidak kepadanya secara jelas.
(3) Dilarang sekeras-kerasnya membuat janji rahsia dengan melafazkan perkataan yg tidak sepatutnya secara jelas dan boleh membawa kelalaian dan kemabukan cinta, seperti melafazkan (Aku Cinta Padamu, dan Aku berjanji akan berkahwin dgn mu), tetapi memadailah sekadar kata-kata kinayah/sindiran yg baik (antara sindiran yg baik, saya tertarik/minat dgn mu!) dan yang penting disusuli dengan pengetahuan wali/keluarga.
Daripada langkah yang disebut jelas oleh Allah SWT sebagai panduan, perlu ditekankan juga, segala-galanya juga perlu disandarkan dengan pergantungan kepadaNYA iaitu dengan ISTIKHARAH. Yangg pasti, tiadalah penyesalan/kekecewaan/putus asa bagi yg meminta petunjuk keputusan dariNYA.

Alangkah baiknya, jika berterus terang.
قل الحق ولو كان مرا
(Katakanlah benar walaupun pahit), kata-kata Hikmah ini memadai utk menjawab segala-galanya, kerana dengan berterus-terang dan jujur, banyaknya kebaikan dan manfaat untuk semua.
Cukup mudah disebut, tapi agak susah dilaksanakan..BERTERUS TERANG dan JUJUR..
Seterusnya, dinasihatkan kepada yang sedang mengalami masalah ketidakstabilan emosi dalam menghadapi gelombang cinta ini.  Tiada cinta yg sebenarnya kecuali hanya selepas dihalalkan dengan ikatan pernikahan, dan untuk ke arah itu, persediaan mental dan fikizal amat penting.
Oleh itu, sebelum melayan alunan cinta, pastikan kita cukup bersedia dengan perancangan ke arah utk menghalalkan perhubungan, bukan sekadar mahu melayan mengikut tuntutan nafsu muda semata-mata.
Jika perancangan belum pernah terlintas atau perjalanan masih jauh, adalah dinasihatkan cubalah sedaya upaya mengawal arus deras cinta yg hanya bakal menghanyutkan.
Sekali kita hanyut, selamanya kita akan menyesal, kerana dibimbangi KAFFARAH (penghapusan) dosa akan diterima apabila kita berkahwin kelak.  Memang alunannya mengasyikkan sebelum kahwin, tetapi apabila setelah kahwin, alunan ini akan bertukar menjadi sumbang dan menyakitkan telinga.
Kerana percayalah, modus operandi Iblis dan konco-konconya hanyalah mencantikkan serta memperindahkan maksiat, dan menghodohkan serta memburukkan ibadah.
BACA SEPENUHNYA  kredit: I luv islam


Apa yang anehnya? Tiada yang aneh bagi saya, semuanya ditahap biasa je.. tapi itulah yang ditulis dalam dara.com edisi mei..eceh.. promote sat..

Ape yang aneh? Antara keanehan yang diperkatakan ialah…jeng jeng jengg….

Hati seorang gadis akan cair seperti coklat andai lelaki yang disukainya dan dicintainya merenung tajam ke dalam matanya.
Aaa…cairnya… umpama coklat melimpah ruah ke ladang gandum..hehe.. apa yang anehnya? Tak aneh pun, kalau dah suka tu tak kira lah buat aper pun cair jugak.. jangan kata perempuan, lelaki pun sama.. kan kan kan..

Tahap keanehan: tiada langsung.

Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi seorang perempuan. Jadi, jangan senyum sembarangan.
OOyeahh.. ini memanglah betul. Sila jangan senyum sembarangan tetambah senyuman yang..yang… macam nak terkeluar mulut dari hujung telinga. Kenapa yer perempuan tak suka lelaki senyum sembarangan? Kalau anda kawan kepada si gadis, oklah.. mungkin tiada aper yang aneh jika anda tersenyum. Tapi jika anda bukan.. sila hentikan senyuman anda. Kenapa yer? Susah ni nak hurai.. ader seribu erti. Hehe..
-           
Tahap keanehan: ader kot sikit-sikit

Satu ucapan ‘hai’ sudah cukup untuk mengembirakan hati seorang gadis.
Ni lagi satu nampak macam tak aneh. ‘Hai’ je? tak cukup tu..ekekeke… kasi la coklat ker..bunga ker..kan.. hehe.. takdelah, gurau je. Kalau time bercinta tu, tak cakap hai pun takpe.. tengok dari jauh pun dah gembira dah..kan.. senyum kambing memanjang ye.. Nampak dari jauh dah malu-malu eh..  hati tengah berbunga la katakan..heheee…

Kalau dah orang sapa tu mestilah kita happy walau siapa pun orangnya kan. Lagi double triple happy bila yang menegur tu orang yang kita minat dalam diam. Uisshhh… mau rasa nak gugur jantung.. ish ishh… hukhuk…  lepas tu mula la angau sendiri.. ‘ haaa.. dia tegur aku la.. alalalala… bestnyer.. dia tegur..suka suka sukaa….’ Lepas tu sepanjang hari senyummmmmm je.. hish korang ni. Tutup muka taknak mengaku..

Tahap keanehan: biasa je~

Yang next-next keanehan tu korang bacalah dara.com.. penat la pulak nak taip semua keanehan yang tak aneh tu. Hehe… 
Powered by Blogger.