Halwa telinga dan mata...

/
0 Comments

HArini bosan lagi, mengadap screen pc mencari sesuatu untuk dibuat.. conteng-conteng kertas carik idea nak design aper. Dan geledah gambar-gambar orang difb.. aahhh.. tidak.. fb berpuaka!

Minggu ni balik rumah lagi.. sebenarnya malas nak balik rumah..  bukan sebab aper.. mesti ader macam-macam jenis music yang berdendang di telinga ni nanti..

‘tu la.. LALAI!’
‘dah tau tu kenapa tak bawak je laptop pergi tempat kerja’

Seolah-seolah..

‘Tu la lalai.. kan dah excident’
‘kalau dah tau tu kenapa tak elak awal-awal’

Malas nak dengar… kalau diri sendiri yang kena baru tahu menyampah dengan orang sekeliling yang suka mengeluarkan music sebegini..

Ah.. lupakan..

Saat ni teringat time makan  dengan kawan-kawan dekat cafĂ© fakulti masa belajar. Bila makan dorang selalu letak lauk dorang dekat pinggan fairuz (tibe-tibe bahasakan diri fairuz).. sama ada mereka tak suka lauk tersebut, tak makan lauk tersebut atau nak kongsi lauk tersebut.. semuanya masuk ke pinggan fairuz. Hurmm… bila ada orang buat fairuz macam tu memang akan rasa satu je.. korang ni macam babah fairuz la..  dulu-dulu kalau makan dekat luar, (babah ambik dari asrama) lauk-lauk yang tak habis tu semua akan dimasukkan ke pinggan fairuz. So, bila ada rakan yang buat macam tu.. rasa macam rapat pulak.. walaupun ada juga yang tak rapat..hehe… entah la.. suka perasaan tu..

secara jelasnya.. rindu time blajar...

rindu lepak di studio time badan tengah kurus.. semua seluar jeans lepas masuk.. hehe...
Rindu nak pakai trek suit and join kem reramai.. pastu kena maki hamun..
rindu ambik gambar sama-sama..
Rindu nak berlakon drama nihongo (japanese language class)
Rindu nak hafal skrip..
Rindu dicandid oleh kameraman sampai muka nampak tak senonoh
Okay.. rindu ambik gambar cantik-cantik dengan semua..
Rindu la.. 
***************
Saat itu hanya ada aku dan kamu..
Terpanggil aku dengan panggilan lama mu..
Tersasul keluar kataku..
Kamu hanya tersenyum berterusan mengusik ku..

***************
Haa.. gitulah mimpi malam semalam yang aku ingat.. haha.. tibe-tibe rasa macam..adoiii.. kenapa tak mimpi laptop datang melawat aku ker.. pergi korea ke.. hehe… Btw, rindu juga sebenarnye.. haisshhh..  hiyahhh.. karate segala wajah yang berada di minda. Ok..saya doakan kamu bahagia di sana. Moga jarak yang ada ni menjadikan kita lebih baik pada masa hadapan. InsyaAllah.. Ok.. senyum :)

 salam..


No comments:

Powered by Blogger.