Happy graduation day :)

/
0 Comments

Ye..inilah hari bersejarah dalam hidup aku, hari permulaan kehidupan dan hari yang menyentuh hati dan perasaan aku. Sungguh, saat ini sangat bermakna buatku dan aku gembira melihat babah dan mak di tempat duduk ibu bapa. Ya Allah, terime kasih atas rezeki ini.

Alhamdulillah, selesai untuk harini.. hehe.. walau dalam kekalutan dan kecemasan tapi semuanya masih terkawal.. hukhuk..

Konvo harini agak kelam-kabut sebab sampai lambat.. tapi Alhamdulillah, sempat bersama rakan-rakan lain masuk ke dalam dewan. Ingatkan dah tak sempat…hehe.. dan yang paling best duduk bersama cik zee (bukan nama sebenar).. syukur sangat dapat duduk sebelah menyebelah. Barulah rasa meriah suasana coz ader yang sekepala dok melayan kita..hehe.. dann..ehem-ehem.. :) jeling kanan..  senyum jela kan.. tak boleh nak habaq..

Sepanjang dalam dewan asyik bercerita itu ini dengan cik zee.. biasalah kalau dah berjumpa. Haa.. yang paling sweetnyer, heheeeeeee… aa.. takmuh cakap la. Malu ler.. takpelah..dapat tengok belakang pun jadi la.. hakahakaka… aper tu? Entah cik pius ni, merepek meraban.. takde kerja..

Nasib tidak berlaku tragedy ‘tak dapat bergambar ’ hehe.. risau tak dapat bergambar dengan rakan-rakan lepas konvo.. kenangan tu. Sebbaik sesi bergambar dengan pro-canselor berakhir tepat pada masanya. Sempat juga bergambar dengan dekan..Keluar je dewan terus carik rakan-rakan lain. Hehehe..
Then dah tau kawan2 dekat mane baru carik parents.. hehe.. Thanks Babah Mak sudi datang konvo pius and siap kasi bunga lagi.
And thanks my sister, awe for this sweet card n selendang. Memang tak perasan ader kad, balik kerja baru perasan ader kad dalam sampul.berbunga-bunga hati.. :)

Continue unfinished work at ofis..

Ye, lepas je tamat konvo, aku bergegas ke rumah sewa dan seterusnya ke tempat kerja. Seriusly, dalam dewan konvo asyik teringat kerja yang kena submit harini. Risau tak dapat siapkan coz besok ader meeting dengan client. Dalam pukul 2.30 aku sampai ke ofis.
Bos takde, keluar…

Then, cepat aku bertindak memulakan langkah yang tertangguh..agak tergetar jugak lah tangan ni nak siapkan kerja… hehe..  then petang ader review kerja dengan bos.. so, next sambung siapkan kerja dari pukul 6 (sepatutnya balik) hingga pukul 11 mlm..gitulah.. sebab kerja aku banyak lagi tak siap. T_T” aku tak kesah balik lambat Cuma rasa bersalah dengan opismate dan bos yang menunggu kerja aku siap sepenuhnya. Haa.. sori semua, saya buat kerja lambat.. nilah first time saya buat conceptual plan untuk landskap.. jadi banyak perkara yang saya tak tahu. Alhamdulillah, akhirnya aku dah mula Nampak sikit macam mana nak buat conceptual plan for landscape.  Thanks semua sudi memberi peluang dan tunjuk ajar.
Selesai kerja bos belanja makan dekat kedai berhampiran.. dia cakap.. lambaat sebab ni first time aku buat kerja landskap.. then..aku pon minta maaf dekat semua..huhuuu T_T” tapi bos kata dia tak marah sebab ni first time aku buat landskap. Dia kata lepas ni bila dah ader experience dah ok lah buat kerja. Nilah peluang nak belajar katanya. Thanks bos kerana memahami saya yang…………..

Sekarang da letih..dan nak masuk tidor.. besok kena bersedia untuk 2 meeting dengan client.. minta-minta takde orang yg bertanya dekat aku yang blur ni.. oklah..i tengah blur lagi ni..


********************

Ya Allah.. hanya padaMu aku menyembah dan hanya padaMu aku memohon pertolongan, kurniakan lah bagiku ilmu yang bermanfaat, amal yang diterime dan rezeki yang halal lagi baik.

Gambar konvo nanti baru upload.. hehe..


No comments:

Powered by Blogger.