Patut ke aku terkilan?

/
0 Comments
Entah la..aku pun tak tahu apa yang aku rasakan sekarang. Adakah aku terkilan? marah mahupun sedih? seminggu ni aku rasa ada perkara yang tak menyenangkan hati aku malah buat hati aku rasa sedey. Apa yang korang akan buat kalau berhubung dengan seseorang tapi selalu je bergaduh atau kata lain.. terungkit kembali benda lama.


Aku dah cuba sebaik mungkin mengelak dari berbual/bermesej panjang dengannya sebab aku ni seorang yang beremosi dan takut terbawa-bawa time bermesej tu.  Jadi selalunya mesej aku berbunyi sedikit formal, ringkas, tak panjang dan bosan agar dia tak memanjangkan cerita/perbualan. itu lebih baik. Tapi kadang-kadang entah macam mana terjadi jugak mesej yang panjang tu.


Aku sedar, masih ada salah faham antara aku dan dia yang masih belum terungkai tapi aku tak berniat untuk mengetahui atau merungkai salah faham tersebut dan aku juga tidak mahu ambil tahu apa perkara yang membuatkan dia tidak berpuas hati dengan aku. Aku sendiri telah berlaku jujur dengan menyatakn perasaan aku terakhir dulu.


Jika ingin berkawan silakan.. tapi bukan dengan meletak segala kesalahan di bahu aku. Dan sungguh aku terkilan dengan sindiran dia terhadap anc yang aku dapat masa konvo haritu. Seolah-olah anc tu adalah satu pertolongan dan usaha dia semata dan bukan usaha aku. Begitu besarkah pertolongan kamu.. memang aku berterima kasih atas pertolongan kamu tapi aku terkilan dengan apa yang engkau katakan. Saat itu memang ramai yang membantu aku.. hanya Allah yang tahu bertapa aku bersyukur dengan segala pertolongan kalian.  Tapi itu juga adalah usaha aku dengan kehendakNya.


MUngkinkah kamu yang menjawab segala kertas soalan milik ku didalam dewan peperiksaan dari awal degree hingga final? Mungkinkah kamu yang menyiapkan thesis ku sehingga aku Berjaya menamatkan degree? Itu juga usaha aku dengan kehendakNya. Mengungkit segala pertolongan yang engkau beri buat aku terfikir.. adakah semua pertolongan mu itu adalah satu paksaan dari sesiapa? Atau ada udang di sebalik batu?. Aku harap masa hadapan tiada lagi pertolongan dari kamu.. dan kelak tiada lagi istilah aku mengambil kesempatan terhadap kebaikan mu itu.

Adalah lebih baik jika tidak berhubung lagi.. aku harapkan hubungan yang baik dengan kamu tapi bukan cara yang sebegini rupa. Sungguh aku kesal dan aku hanya mahu mengingati kamu dengan ingatan lama.. bukan ingatan yang sebegini rupa.  



No comments:

Powered by Blogger.