This week :)

/
0 Comments
Fuhhhhhhhhhhh… haa.. saje tiup pepanjang sikit sebab habuk dah menebal dekat blog ni. Rasa macam bosan pulak tengok blog ni hah. Tak menarik. Hehe.. Tiap-tiap hari bukak blog tapi tak berkesempatan nak menulis.. yela, sekarang ni duduk rumah sewa, jadi takdelah internetnya. Yang ader pun internet opis je, takkan nak melayan blog lelama kan.. hukhukk..

Setakat ni Alhamdulillah dengan kerja cuma banyak perkara yang aku tak tahu nak buat. Bos kata bagus, sebab nilah peluang nak belajar benda baru.. tapi aku rasa macam bebal tibe-tibe.. jadi macam blur tau tak. Macam tak tahu buat pe benda.. padahal kebanyakkan software tu aku guna time belajar. Tapi orang lain pulak yang tunjuk ajar dekat aku.. walhal aku tau je buat.. tibe-tibe rasa diri ni macam bengong jer.. tapi yela, kita orang baru kan.. tambah-tambah bukan bidang kita.. belum nak digest lagi..

Minggu ni aku balik rumah, jadi ambil peluang yang ada untuk update blog yang tak cantik ni. Biarlah, asal tertulis something untuk tatapan masa depan..hehe.. menyampah ayat ni.. dah tak xde masa sangat nak godek-godek blog ni..  malam dekat rumah sewa takde internet kan.. tunggu balik rumah sabtu ahad jela.. tu pun kalau dah balik rumah, tengok tb memanjang.

Ahad lepas pergi ambil jubah , then selasa ni konvo.  Sempat jumpa cik peah (bukan nama sebenar) dengan adik-adik dia. Kita orang jenjalan la dekat-dekat.. borak-borak , lama tak bersua kan, banyak la ceritanya. So, isnin nyer pergi kerja naik bas gerak dari rumah..  kalau dah gerak naik bas memang lambat la sampai, tetambah jauh.. takkan nak balik rumah sewa lewat malam, xde orang hantar pulak tu..

Itulah isnin saya yang tensyion sikit~


Disebabkan nak lari dari jam, saya decide naik ktm. Penat tunggu dalam bas hampir 1 jam tapi jalan ipoh pun tak masuk lagi. Boleh kata perjalanan yang makan masa hanya 15 minit dah jadi 1 jam. Penat tau. So, sampai je ktm saya beli tiket sampai ke batu tiga.. punya la confident beli tiket. Macam betul je haluan. 
Hehe.. sampai batu tiga, saya pun turun lah.. waktu tu memang dah lewat sangat la nak masuk kerja. Huh!

Turun je ktm batu tiga, kena jalan jauh sikit untuk ke jejantas. Agak sunyi jugaklah jalan nak ke jejantas tu.. bukan agak sunyi tapi memang sunyi! Time tu cuma ada saya dan seorang mamat jalan kat depann sikit la.. saya jalan lambat-lambat sikit la, niat nak kasi dia lepas kedepan dulu.. tapi dia stop pulak betulkan kasut dia.. aish.. risau la jugak kan, jalan sunyi..  jadi saya pun buat-buat la betulkan kasut jugak, walhal bukan pakai kasut ader tali pun.. kasut sarung je pun.. haishh.. buat-buat betul stoking la. Nak kasi lepas punya pasal..

Then bila nak dekat dengan jejantas tu, si saudara tadi tu berhenti. Dalam hati dah risau da.. yela.. tempat jauh dari orang ramai kan.  Kenapalah dia berhenti, siap toleh belakang pandang saya lagi sambil mengaru kepala dia.  Dan ternampak jugak 2 orang lelaki dekat tangga jejantas tu.. tak tahu dorang buat aper.. alamak.. bila dorang nak pergi ni. Tapi kaki tetap jugak ke depan.. ale-ale lelaki tadi patah balik, saya pun jalan jela terus..

Rupan-rupanya baru saya tahu kenapa lelaki tadi menoleh, garu kepala dan berpatah balik.. dan aper 2 orang lelaki tadi buat dekat jejantas..

Okay! Jalan nak ke jejantas banjir! Bukan sikit tapi banyak.. dan 2 orang lelaki tadi sedang memakai kasut. Sebab dorang tanggalkan kasut untuk seberang banjir tu.

ok..nila banjirnya.. nampak macam dekat sebab ader pokok besar dekat situ

Dorang bukak kasut tadi’ kata mamat yang patah balik tadi, sejurus aku sampai ke tempat kejadian. T_T”

Dah takde pilihan, aku pun tanggalkan kasut dan stoking untuk seberang banjir tu. Then, lelaki tadi yang dok garu kepala tu pun mulalah tanggalkan kasut dia.. nak seberang jugaklah..  kiranya akulah yang seberang dulu..  tengah-tengah seberang tu, kasut pulak jatuh… habis basah.. nyampah betul. Takut jugak nak seberang sebab tak Nampak jalan, kiri kanan pun semak je.. takut..  tapi rasa kelakar jugak.. hai la nasib.
Settle pakai kasut, den pun menapak lah (oooh..bahasa sekarang)  ke bus stop berhampiran.. sekali silap tempat da..  hatoiiiiihai.. sepatutnya bukan turun batu tiga tapi batu 10. Hukhuk T___T  kena naik bas lagi patah balik ke batu sepuluh, nasib tak berapa jauh. Then, dari batu sepuluh naik bas ke tempat kerja pulak. Punya nak lari dari jam, tetap sampai lambat jugak malah lebih susah jalannya..hehehe…

Celebrate besday mak

nama saya pun ade :)


Yeahh.. cutii… happy..lupa kerja lupa diri..hehehe… harini saya dan adik beradik lain rancang celebrate besday mak. Jadi ramai la harini dekat rumah..  then kena kemas dulu sebelum semua orang datang. Saya macam biasa jela, pakai tudung indon..  selebet la kiranya.. hehe..  takpelah, lain hari beli tudung awning cantik bebanyak sikit.. dah malas nak pakai selendang..hehe…

nota si pemalas: datanglah wahai semangat kerja


No comments:

Powered by Blogger.