Wish list 2012

/
0 Comments

Salam semua :)

Lamanya rasa tak mengupdate blog ku yang…eemm..agak CANTIK ni.. hehhe..  rindu sangat dekat blog tapi apakan daya.. malam-malamku kini bertemankan SECRET GARDEN hehehe…  okaylah..tau ni cerita lama.. Cuma aku je yang baru terhenggeh nak tengok.. ngehehe… housemate pulak ader dvd nya, makin bertambah lah kegilaan ni. Cuma… laptop ni tak dapat nak baca dvd.. so, dekat opis aku copy dvd masuk hard disk.. ok..sangat bersungguh. Tapi ader lagi 2 disk tak copy lagi.. lama sangat nak copy, tak sempat nak buat semua.  


‘yang tak bersunat tula yang kau minat’

Serius… mesti teringat ayat ni bila tengok cerita korea..  hehe.. bukan selalu nak tengok, tetambah sekarang dah hilang punca nak dapatkan sumber-sumber cerita korea.. dulu time belajar kawan-kawan banyak,  jadi copy je dari hard disk dorang. .. malas nak download dari internet.. lama sangat..jadi copy adalah cara terpantas. :)

Sekarang housemate pulak kaki korea, Taiwan dan yang seangkatan dengannya.. rajinnya dorang beli cd..  tengok bilik dorang tersusun cd-cd dekat rak dan kebanyakkannya adalah cerita bersiri.. kalau aku rasa macam bazir la pulak sampai berpuluh beratus ringgit. Mungkin belum ader duit dalam tangan lagi kot..hehe.. tu pasal cakap camtu.

Minggu ni aku tak balik rumah.. jangan tanya kenapa :( hermm..tengok kiri kanan bilik tak tersusun..  barang-barang tak berkemas rapi. Entah nak letak mana barang-barang semua. Rak pun tak beli lagi… hope hujung bulan ni keadaan bilik akan jadi lebih selesa :)

Berbunga pulak hati tengok bunga konvo haritu.. hemm..bahagianya rasa :)

Malam ni tiba-tiba teringat akan wish list yang aku tulis tahun lepas.. sibuk dengan final sampai terlupa perkara-perkara yang aku nak buat tu. Panjang jugak list aku dan tak sangka ader beberapa perkara yang telah tercapai. Aku sendiri telah lupa apa yang aku catatkan dulu. Hehe.. dan sekarang aku rasa macam nak renew je wish list tu sebab ader beberapa perkara yang tak mungkin  aku capai atau dengan kata lain.. aku tak muh buat wish list tersebut..

‘sebab? ‘
‘Sebabnya memang tak boleh la’
‘kenapa tak boleh?’
‘Everybody’s changing and I don't feel the same… aicehh..’ kataku sambil tersenyum.  

Radio ni duk bersiaran pasal bola la pulak..hermm.. Ronaldinio? Kelantan? Nur…? Sime darby? Badrul? Mohd faiz mohd isa? Obina? Iwan? Rizwan harun? Piala FA rupanya.. hehe.. sorilah tak update.. lupakan pasal bola sebab saya tak berapa follow pasal bola… hehe..jangan marah. Nak tukar siaran.

Haaa… lagu Hindustan! Okaylah..feeling-feeling sikit… hadircuppra karega… hadir cupra karega.. aicehh… sinar fm ni.

Cakap pasal wish list… saya nak mulakan langkah baru..ok.. mula!



No comments:

Powered by Blogger.