Hiking l Broga hill

/
0 Comments

24 june 2012- Yup! Harini aku ke bukit Broga :) lupakan ujian computer (Lesen L) dan terus ke Broga hill…hehe..Minggu lepas kakak aku ajak ke broga hill katanya ikut opismate dia…conpom aku cancel plan sabtu dan ahad aku sebab  antara wish list tahun ni adalah hiking di Bukit Broga… yeahhh…

Malamnya memang aku dah prepared semua, dari baju, trek suit, tudung, bag, botol air..segala macam la.. excited punya pasal. Kakak aku relak je mengadap laptop dia.  :) ikut perancangan kita orang akan keluar dari rumah pukul 4 pagi, katanya nak tengok matahari terbit..  4 pagi tu?

Malamnya aku terjaga pukul 1.45pagi sebab nyamuk sedang sibuk menjalankan aktiviti membotox badan aku.. giler! Entah kenapa banyak pulak nyamuk time ni.. tapi rasa gigitan dia tu macam nyamuk gajah, sakit dan pedih betul.. tak tahan, aku bangun and terus mandi. Pukul 3.30am kakak aku kejut bangun, caitt.. orang baru je tidur.. ikutkan hati nak sambung je tidur tu tapi broga hill punya pasal.. hehe..

4 pagi bertolak dari rumah menuju ke tempat kerja kakak aku, tunggu kawannya yang lain.

Yurm yurm..
Jauh rasa perjalanan nak ke semenyih, mungkin dah tak sabar sangat kot. Dalam pukul 5 kita singgah mcD breakfast and hamper pukul 6 kita orang singgah ke petronas, solat subuh.

6 suku kita orang sampai dan memulakan pendakian..

nampak tak? kita orang mendaki ni...


Sempat beli torchlight..
 Sebelum naik, kita orang sempat beli lampu suluh.. sebab keadaan jalan yang gelap, kita orang tak nampak aper.. berbekal kan lampu suluh, kita orang nampak la jalan kuning depan kita orang...kiri kanan gelap, tak nampak aper..

muka penat lelah tapi bajet kool..
Sampai je... terussss...haaaa.... bangga berjaya sampai ke atas! tengok bawah.. gayat! baru puncak pertama..

berusaha! ke puncak seterusnya...


Sampai atas, matahari baru nak naik.. berjaya mencapai misi.

pandangan bawah dari atas,,

tepek muka aku jugak
Sampai puncak 2 terus bergambar okkk...

view dari atas
matahari tak naik lagi...

muka hilangkan penat..
Sebenarnya tengah tengok satu family ni makan.. siap bawak anak kecik lagi..macam mana dorang naikk???

hurmmm

nasehat: jgn pakai kasut curik! eh..silap.. jgn pakai kasut cmni.. pakai kasut yg sebetulnya, sebab jalan licin.

sampai atas boleh posing bebanyak..poyos2..


muka bangga sebab sampai ke puncak 2... puncak 3?
 kita orang tak naik puncak yang atas sekali, sebab 1: hari gelap macam nak hujan, then kalau hujan..memang mati nak turun balik..jalan licin. sebab 2: jalan tu curam sangat..kita orang sempat tengok ada orang tergolek sikit..bahaya tu. sebab 3: kasut yang dipakai tak berapa sesuai dan tak mencekam tanah. bahaya tu... kesimpulannya.. jgan naik. cukup walau hanya puncak kedua.
oitt! cepat la naik.. aku dah sampai niii...

lagi memoyokan diri

chantek takkk...


Matahari dah naik...Subhanallah..chantek!!!

awan sayang matahari :)

bahaya!
Disebakan hujan dah mula turun, semua yang kat atas bergegas turun..risau kalau betul hujan akan turun lebat. bersedia sebelum berlaku. memang saat ni, semua orang saling membantu walaupun tak kenal..best wooo... time balik baru tau, rupanya kita orang mendaki dekat tepi-tepi lembah..cerun-cerun yang dalam.. seram tengok.. tempat ni ke aku lalu pagi subuh tadi??? giler!

kita orang turun dengan bergayanya..ecehhh... okay... saat sampai kat bawah, matahari dah muncul kembali.. walaupun tak jadik hujan.. tapi kita orang bersyukur, selamat sampai ke bawah. memang mencabar saat nak turun tu..risau tergeklincir. memang ramai yang tergelincir kot, naseb aku sempat sambut..haa..tibe2 jadik hero.. hehe..

Bye broga hill... :)

p/s:
Perkara yang perlu diberi perhatian kalau korang decide nak pergi sini:
1- pakai kasut yang elok dengan tapak yang tak licin. Jalan ke puncak sangat licin, curam.
2- bawak torchlight jika datang awal pagi.(kalau taknak boleh beli dekat sana)
3- Sentiasa berhati-hati semasa mendaki, banyak lurah, cerun dan sebagainya.
4- bawa botol air!
5- Jangan pakai seluar jeans! sebab seluar tu berat, nanti kaki krem baru tau.
6- jangan lupa bawak kamera nak posing kat atas nanti.

amaran: masa betul-betul nak sampai ke puncak tu jalan memang la teramat kena berhati-hati. nak turun apatah lagi!

Kesimpulannya, Broga hill memang best!!! Korang kena pergi


No comments:

Powered by Blogger.