Sizzling rice versi instant, lapor

/
0 Comments
haritu after jenjalan dekat kl bird park, terus balik rumah. Semua tiada kat rumah pergi majlis kahwin. yang tinggal hanya aku, adik dan adik :) walaupun dah makan lepas jenjalan, after dua jam perut ni rasa lapo la balik.. tapi malas nak masak ikan-ikan yang ader dalam peti ais, lambat pulak nak tunggu lembut.Magie pun takde.. So, decide masak sizzling rice walaupun resepi dia tak tau pun, cuma rasa macam pernah tengok resepi tu kat mana-mana.. so, just cuba je sebab ingat-ingat luper. nak bukak laptop malas.

semua bahan-bahan guna ape yang ader je..

gambar sekadar hiasan
Bawang putih
Halia
cili kering
cili padi (kasi lagi pedas :)
Sos tiram
Kicap pekat
Kicap cair
Tepung jagung
Perencah ayam knorr (tak letak pun takpe kot)
Udang (sebab ayam takde, tapi better guna ayam)
Sayur sawi (ape-ape pun takpe)
Cendawan dalam tin (hehe.. tu je yang ader, better guna cendawan  shitake (hitam) lagi best+ sedap)
Telur (kalau suka)
garam secukup rasa.

Tumis bawang putih, halia and cili kering. masukkan sos tiram, kicap pekat n kicap cair.. agak-agak jela nak masuk banyak mana. ikut sedap rasa. tambah air sikit. masukkan perencah ayam then pekatkan kuah dengan tepung jagung. masukkan sayur, cendawan n akhir sekali udang. telur aku tak masuk.. sebab takde.. hehe... garam jangan lupa, nanti takde rasa pulak.. 

**************************

hurmm..siap dah! boleh tahan la cuma rasa udang kuat sangat.. lepas ni nak masak guna ayam n cendawan shitake la.. baru bestt! ni pun main campak2 jer.. asal kenyang. tapi not bad la.. senang n cepat nak masak.

tapi hari tu gas takde pulak.. terpaksa masak dalam rice cooker.. hehe... haa..asal boleh. bese dah, dulu-dulu dok asrama inilah kerjanya.. kan.. 

Mak balik terus buat report la kata gas takde..penat pulun masak dalam rice cooker, rupanya gas ader cuma aku pasang kepala gas tak betul. yela! mana aku tau, kepala gas tu lain sikit siap ader meter gas lagi. dah macam meter kereta. Dah pasang kena tekan button la pulak.. hurmm..safety safety..

next time nak buat lagi lah. sbab aku memang suka sizzling rice with mushroom. oyeahh


No comments:

Powered by Blogger.