Suka :)

/
0 Comments

18 jun 2012 – Alhamdulillah, hari ni aku rasa sangat lega. Tiada lagi bebanan yang berat serta awan hitam di atas kepala. Semuanya cerah menghapus segala kerunsingan aku, melontar jauh muka kelat dan bosan ku. Menyegar kembali mataku yang kuyu akibat mengantok memikirkan jalan apa yang patut aku lalui. TQ Allah, Alhamdulillah. DIA memudahkan urusan kerja aku.

Petang ni aku balik agak lewat atas arahan bos supaya menunggu dia di opis before balik. Jam hampir 5.30, aku ambik keputusan untuk solat asar dulu. Risau kalau bos sampai nanti ada meeting panjang atau urusan tender yang perlu di buat. Mesti mengambil masa yang lama.

Tika aku solat, kedengaran suara bos di luar berbincang sesuatu dengan opismate. Soal kerja agaknya, apa lagi kan. Sungguh tak kusyuk solat aku.

Petang ni tiada meeting mahupun urusan tender tapi aku diberitahu sesuatu yang membuatkan aku lega seribu kali. Alhamdulillah, projek yang aku tengah nak buat tu.. yang xde feeling tu akan diserahkan kepada pihak lain untuk membantu. Memang aku lega. Sebab aku memang tiada idea macam mana nak buat, arah mana harus ku tuju.

Sekarang aku boleh meneruskan tumpuan pada kerja yang sepatutnya di postpone atas urusan projek yang aku tak tau n xde feeling tu. Yehooo.. dapat teruskan kerja…

Muka macam kelat je tapi hati ini siapa yang tahu. Berbunga gembira :)

Dan sekarang 8.30 malam, aku mengembangkan lagi berbunga di hati dengan menonton city hunter.. hehe :) lupa terus pada semangat nak study untuk ujian computer nanti.. layan tv punya pasal.


No comments:

Powered by Blogger.