Ujian komputer

/
0 Comments
Alhamdulillah, selesai untuk harini.

Dah 2 minggu aku pulun baca and jawab soalan kpp sebab nak ambik ujian komputer. punyalah nerves nak ambik sebab dengor encik azan and encik razak cakap macam susah yang amat. aku pun balik pulun la malam-malam baca, baca dan baca. tapi bagus jugak dorang cakap susah, sekurang-kurangnya aku akan buat persediaan.

Pagi tadi lagi sekali aku jumpa miera.. tak perasan naik van yang sama..hehe.. dan tak sangka ambik test hari yang sama jugak..kekeke..jodoh kita. kan..

tapi miera ambik test lambat hari ni sebab ader masalah teknikal, nama dia takde dalam rekod tapi dia da booking untuk ambik test harini. so, aku test awal dari dia. Alhamdulillah, lulus cukup-cukup makan je ujian komputer tu.. hehe.. yang belakang2 tu agak susah jugaklah soalannya.. keliru.. tapi kebanyakkan nya soalan dari buku jugak.

Harini jumpa kawan baru lagi, ija namanya. muka, gaya, tinggi dia serupa sangat dengan kawan aku masa belajar dulu. Serupa!  malah cara dia cakap juga serupa. hurmm.. cara pemakaianya pon sama.. senang cakap 99% sama! style pakai kasut pun sama, style pakai tudung pun sama.. tinggi lebih kurang..aishhh.. serupa la.serupa serupa. aku asyik tenung dia je, kot-kot la diorang adik neradik.. hehe..

Dia siap tanya lagi aku belajar lagi ker.. mentang-mentang aku fendek, dia lagi tinggi.. ngehehe.. bila dia tahu yang aku lebih tua dari dia, terus dia gelak.. caitt.. macam budak-budak ker aku? tapi.. yela, ija dan miera masing-masing nampak macam dah matang.. walaupun umur miera baru 19 tahun.  aku je macam budak-budak.. hee :) takpe la..kan..kan...

'baru lepas spm ker?' soalan biasa kalau naik teksi.. yela pak cikkkkk...

' spm ke tahun ni? '

'belajar sekolah mana?'

Mana ader aku macam budak-budak.. hurmmm...

tapi ader jugak yang melampau benorr.. macam akak aku dulu, selalu introduce aku sebagai kakak dia dekat kawan-kawan dia. dah tu kawan-kawan dia salam tangan aku siap cium tangan lagi..nyampah! saje nak kasi aku tua cepat.

berbalik pada test tadi, aku lulus. yeahhh...

sekian melaporkan.. Assalamualaikum :)


No comments:

Powered by Blogger.