A place to go l Bukit Tinggi, Pahang

/
0 Comments
A place to go kali ni membawa aku ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Sebenarnya memang dari awal lagi aku sudah diberitahu oleh bos untuk ke sini minggu ni. So, sangat la teruja menunggu hari Jumaat tiba..ofcoz la sebab aku memang suka bab-bab berjalan ni cuma takde kesempatan untuk pergi. Nak bawak kereta pulak memang tak la kan sebab lesen pun takde lagi. Kalau ikut orang pulak selalunya menerjah ke shopping mall jer.. adoii.. letih mengikut orang shopping. Tolonglah bawak aku ke tempat-tempat yang tenang~

Dan hari yang ditunggu pun tiba...

Perjalanan dari Subang ke Bukit tinggi memakan masa hampir 1jam setengah. Terasa lama sangat sebab dah tak sabar nak menjejakkan kaki ke bukit tinggi. Before bertolak ke Bukit Tinggi sempat aku buat research cewaahhh coz nak tahu mana mana rupanya. Dan excited tengok Colmar Tropicale yang bertemakan french. Huahaha..tak sabar nak bergambar dekat situ. punyer excited aku.

Perjalanan yang berliku-liku tu tidak aku hiraukan.. haishhh..jangan muntah!

Destinasi pertama kita orang setibanya di Bukit tinggi ialah... jeng jengg jenggg....

Rabbit farm~~~~ okayy.. rabbit farm and animal park. Kenapa bos bawa kita orang kat sini pulak.. ? Kita orang memang berat hati nak masuk tau sebab tengok dari luar macam takde apa jer.. tapi disebabkan bos kata dia nak tidur kejap, so kita terjah jela.. dengan harga tiket RM3, korang boleh menjelajah tempatnya yang tak sampai 5 minit dah terasa nak balik tu.. heeee.. okay la.. tu rasa bila kali pertama masuk ke animal park ni.

kecik jer tempatnyer
makan time.
Then datang la pekerja dekat situ.. suruh kita orang cuba beri makan dekat rusa-rusa yang ader.. tapi aku tak berani... sebab mulut dia tuuu.. heee... start situ barulah terasa okay laa.. then, kita ke rabbit farm pulak.. heheee... comel giler rabbit-rabbit tuu.. geram tapi nak pegang tak beranii.. hehe..takutt.. pegang sikit-sikit jela.. kalau bawak budak kecik best la, dapat layan dorang nyer kerenah..

omak kau..
Time ni aku nak pegang rabbit tu tapi dia lari pulak, tu yang buat muka terkejut tu..

Yang ni tengok jela...
Comel tak :)
Tak sampai berapa minit kita orang decide nak keluar tapi tengok dari jauh bos tengah tidur dalam kereta jadik tak sampai hati pulak nak ganggu. So, decide jadikan masa setengah jam baru kejut bos untuk teruskan perjalanan.. bye rabbit fram.. naseb tiket pun sponsor, kalau tak rasa tak berbaloi. Tapi oklah jugak sebab korang boleh pegang-pegang binatang dekat sana. lagi best bawak anak-anak.

Selain rabbit and rusa, ader lagi binatang lain macam donkey, hamster and burung merak..agaknya lah..

Destinasi seterusnya adalah Japanese garden. First masuk tertanya-tanya betul ker laluan yang aku lalu tu sebab macam hutan jer.. hehe.. then jalan dalam sikit bru la nampak rupa japanese tu.


Tenangnyer dekat sini..

Korang jangan marah pulak, banyak aku tempek gambar aku dekat sini..huahaha.. biasa lah, terover excited. jadi kebanyakkan gambar memang ader gambar aku.

takde ceduk, aku ceduk guna tangan sendiri..
dalam mini house
Depan tatami spa.
Dalam taman jepun ni jugak ader spa, kalau tak silap ader dua kot.. tak ingat berapa tapi takde la aku berangan nak masuk.. lain la klu korang bawak duit beribu kat sini.. 1 jam mandi dekat spa dia dah kira beratus. sampai 900 henget pun ader. baik aku mandi kat air terjun, free. Cukup la bergambar kat pintu dia..hehe..

Di penghujung taman dah takde pape.. sunyi jer.. tak tau nak pergi mana tapi tengok signboard kedepan lagi ader taman botani..so, jalan jela mengikut arus.. jauh jugak kita orang jalan..risau pun ader sebab sunyi jerrr... maklumlah bukan hari cuti... akhirnya sampai jugak dekat pintu kecil taman botani.. hurmmm.. kene turun bukit la.. macam berat hati jer..kuikuii.. nanti nak balik kena panjat bukit pulak. lelah~ tibe-tibe kan..

kedai makan ala jepun.
Tapi kita orang turun jugak sebab nampak bos yang tengah lambai-lambai tangan suruh kita orang turun... owhhh..ader restoran rupanya.. naseb restoran tu dekat jer, tak payah nak turun ke bawah bukit sangat..

Time ni kedai dah nak tutup and dorang tak ambik order makanan dah , tapi kita orang memang tak decide pun nak makan kat sini sebab memang dah plan nak makan dekat Colmar nanti. Cuma singgah jumpa bos yang tengah lepak sensorang tu. so, order air jela bagi menghilangkan penat lelah tadi.

see.. kosong jer restoran ni, sbb tu dorang tutup awal.


Disebabkan restoran ni boleh dikira atas bukit jugak, pemandangan sekeliling sangat cantik dan mendamaikan.. suka suasana ni... next time datang lepak sini dulu lah..hehehe..

Tukang perabes~
Disebabkan bos aku seorang yang tidak suka pembaziran, so aku disuruh perabes sushi ni.. takpelah.. makan jerr.. memang aku suka sushi pun...

sempat aku bergambar sebelum balik.
Belum balik lagi, lepas ni ke colmar tropicale pulak.. tapi next time aku sambung..sebab penat dah menulis..kerja tak buat-buat lagii..hehe.. 



No comments:

Powered by Blogger.