aku dan French

/
0 Comments
Jom! aku nak bawa korang semua ke kota frenchh..

Sempat bergambar berlatar belakangkan seni bina french..
Yeahh.. inilah 'french' tu..wekikii..gurau jer. Ni lah tempat yang aku excited bebenor nak ambik gambar tu, Colmar Tropicale. Walaupun sunyi dan tak ader aktiviti sangat dekat sini tapi aku suka. bagi yang tak tau cerita, korang baca entry yang sebelumnya (Bukit tinggi).


Korang nampak tak tower dalam gambar kat atas tu.. tu benda pertama yang korang kena buat bila sampai ke sini. al sebabnya, nak tengok view dari atas before keadaan gelap. Tower ni 3 tingkat tapi bagi yang lelah  dan semput (tibe-tibe) macam aku ni boleh guna lift jer.. hehe..

antara view dari atas.
Pemandangan resort
See, sunyi jer takde orang.. jalan lenggang jer. Kata pemilik kedai dekat sini, hari minggu baru ada ramai orang and ada life band buat persembahan. macam mana dorang buat bisnes nih. tak rugi ker? hurmm.. biar mereka dan keluarga mereka yang pikiaq camna.. tersibuk pulak.

Bila berada kat tower ni and tengok pemandangan bawah, rasa macam dalam dunia kartun pulak. korang rasa camtu tak..? ker aku yang kuat berangan. Rasa macam cerita TANGLED la, time dia tengah menari-nari dekat kota.. xpela.. lupakan :(

tibe-tibe jadi model tak berbayar
After naik tower, kami pusing la resort ni dari depan ke belakang, tak lupa jugak laluan bawah.. coz nak usha-usha landskap dekat sini.. huishh..banyak bunga taik ayam je dekat sini. patut lah wangi.hehe.. Yang tangga dalam gambar kat atas tu, aku suka.. rasa macam dejavu *butterfly..fly away so high.. (tibe-tibe terkeluar lagu ost dejavu di kinabalu).. haha.. takdelah, first tengok tangga ni dekat fb kawan, rasa cantik jer tapi tak tanya pun dekat mana.. tup tup jumpa dekat sinii.. tu yang muka suprise to, bajet sambut besday.

BAwah jambatan..

Atas jambatan
Pintu gerbang resort

with opismate.

Before balik, kita orang dinner and meeting dekat La flamme, yang ader pizza, sphagethi..benda-benda gitu lah..macam pizza hut. Lapor takde nasik! Sempat juga jenjalan kedai souvenir and urut badan dekat mesin urut.. adehhh.. geli pun ader..sakit pun ader.. 5 minit macam stengah jam!

LAst : Bagi aku tempat ni tak la best sangat, kurang aktiviti.. yang ado pun mahal.. tapi bagi korang yang nak membawa diri tu, nak tenang-tenang boleh sangat datang sini.. harga bilik tak lah mahal sangat.. first time pergi okaylah..  nasib tak tidur sini, kalau tak mati kutu tak tau nak buat aper.. sehari dah habis jelajah.

okay, last dari aku.....

It's time to say 'au revoir'..cewahh..  bye Colmar :)
Selamat tinggal Colmar, ader jodoh jumpa lagi.


No comments:

Powered by Blogger.