Peribadi berdasarkan tarikh lahir

/
0 Comments
Kerana kebosanan yang melanda hari isnin dan kerana tak puas hati semalam balik rumah parent takde kat umahhh.. berbuka makan macaroni jer.. dan tak puas hati jugak tersalah tarikh kelas memanduu (tibe-tibe)... dann.. ahh.. takde alasan dah.. kerana kemalasan nak buat kerja, jadi layan benda cengini kejap..


Peribadi berdasarkan tarikh lahir...


ANALISIS UMUM


NO. PERIBADI    : 4


ELEMEN         : Kayu


CIRI UTAMA     : Rancang (eh, minggu depan rancang nak pergi bali, saper nak ikut)


SINOPSIS         : Disukai kerana kemahiran dan perancangan, namun kemahiran perhubungan sempit (yakk.. batu hempap kepala).


TAFSIRAN UMUM  : Kemahiran tinggi, bijak *2 x 5 = 10*, tidak mudah putus asa, sukar simpan wang (duit gaji pun ciput jer, nak simpan camne (tibe-tibe) alasan sbenornya) , perhubungan mudah putus ( huh?)


WARNA SESUAI     : Hijau.


STATUS BMI     : 18 => Underweight (terlalu kurus. Dinasihatkan berjumpa dengan pakar pemakanan bagi mendapatkan nasihat pemakanan yang sesuai bagi meningkatkan berat badan kepada yang ideal. *patutlah sir den kata den macam orang sakit*


PENYAKIT UMUM     : Struktur tulang, kawasan hati, mata, masalah tendon, kekejangan otot (terutama sekitar bahu), masalah kulit.


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
Seorang yang popular (samada disedari/tidak disedari) *ehh..aku popular ker?* . Perancang yang percaya dalam prinsipnya, membawa kejayaan, didorong oleh gerak hati (intuisi). Perancang yang sibuk, sentiasa berada dalam tertekan *sangat-sangat* . Perancang yang cepat dan mampu menyiapkan kerja dalam jangkamasa yang singkat, ringan tulang. Seseorang yang strategik yang sentiasa merancang untuk kejayaan. 


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA


(KERJAYA SESUAI)
Perabut *memang den belajar bahagian ni pun*, kertas, pendidikan, perpustakaan *den skolah dulu pustakawan, saje nak habaq..kekeke*, pertukangan, pakaian *ermm..skolah menengah den ambik pengajian pakaian*, kebudayaan manusia, buku, studio rekaan, fabrik, penanaman *ehh..memang suker la.. kecik-kecik dulu den frust, sebab ayah den pi cabut anak pokok cili yang den tanam.. ingatkan semak katanyaa.. huaahhh..sedey~ nanges hentak kaki*, perladangan, hortikultur, perkebunan, perhutanan, kilang papan, perubatan, hospital, keagamaan, pelukis, doktor, ahli farmasi, guru *cepat buat kerja skolah tu!*, profesor *amboi*, penerbit, pegawai perhubungan, pentadbir pejabat.


(KERJAYA TERBAIK)
Hartanah, pusat kewangan, pembuat pasu, kedai antik, pakar runding , perakaunan *duit sendiri pun tak reti manage*, pengkebumian *ohhh*, batu permata*bersinar-sinar mato den*, marmar, kontraktor, perlombongan, kebajikan, pembinaan, broker saham dan sekuriti *mok guard ker?*, arkitek *cita-cita den kecik-kecik dulu..wakakaka*, pekebun, peladang.




"Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir"
Hanya sebagai renungan,
Rahsia-Tarikh-Lahir.Com


No comments:

Powered by Blogger.