Recover lost password

/
0 Comments
DAh dua bulan kiranya laptop aku hilang dan dah dua bulan jugaklah aku tak boleh nak bukak email yahoo gara-gara terlupa password yang aku tukar. hehe.. tula, main sedap jer tukar..ale-ale lupa...kononnya untuk keselamatan sebab laptop aku yang dicuri tu dah automatik set email and password sekali, so senang je nak bukak kalau dapat dekat orang lain.

Dalam 2 bulan ni aku cuba recover balik password tu dan cara yang boleh aku buat ialah dengan menjawab security question yang ada. Itu je pilihan yang ada memandangkan pilihan pertama, alternative email pun aku tak tau password dia.parah. JAdi yahoo tak dapat nak send lost password dekat alternative email yang ader.. kalau hantar pun aku still lagi tak boleh bukak.

Disebabkan aku dah lupa jawapan secret question tu, jadi aku main teka jela.. Setiap hari boleh teka (cehh) secret question tu dalam 7-9 kali jer yang selebihnya kena tunggu next 12jam baru boleh cuba lagi.First question memang aku tau tapi second tu aku tak tau.. Soalan dia siapa favorite author.. dah sudah,,.. last update tahun 2009, mana aku nak ingat.


so, cuba jelaaaa.... aku pun nak tau jugak siapa feberet author yang bertakhta dihati selama ni..

- Nama ayah den (kot-kot dia lah author pilihan hati ku..hehehe)
- Nor hayati ibrahim
- J k rowling (cewaahh)
- Harry potter (tibe-tibe plak...)
- Nama mak den (mak, dikau lah pujaan hatikuuu..)
- Nama penuh den ( tak hengat!)
- Ahadiat akashah (fuyooo)
- Fauziah ashari (memang den minat)
- A samad said (teeettt, salah!)
- Damya hanna
- Norhayati berahim (again with different splling)
- Aisya sofea
- Ombak rindu (malammm....bawa air mataku..yanggg mengalirrr...)
- Nama kekasih hati den yang dolu-dolu (wakakaka)
- Konserto terakhir (boleh pulak!)
- Abdullah hussain
- Fairuz jaafar (perasan)
- Afdlin shauki (sejak bile aku minat nih???)
- P.Ramlee (walawehh)
- Mustafa maarof (ni kegemaran mak den nih, bukan den)
- Nur izzah (heroin ombak rindu pun ado)
- The pearl (kakaka)
- Ayut jaafar (again~)
- FArah wahida (bespren den kocik-kocik dulu)
- Azhar sulaiman (compiuss...aku minat ker?)
- Nama kekasih hati den yang lagi doluuu-doluu punyer..( tak menahan, bajet bnyak bypren~)
- Fairuz
- Ahadiat
- Zulkifli buyong (semua aku tibai)

haaa...banyak sangat malas nak tulis dah.. setelah berhempas pulas memerah otak dari hari ke hari.. dan setelah meneka dengan segala tekaan yang memacam..akhirnyaa..semalam tamat jugak riwayatnya. YEsssss!!! akhirnya terbongkar jugak.. tau apa jawapannyaaa.. jeng jeng jenggggg...

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

PIUS

hahaha...caittttttttttttt... nikname den rupanyaaa... giler! 2 bulan aku cuba itu ini..ale-ale ini jawapannya..sabor jela.. tergaman den tibe-tibe terus ke mail, and suruh renew password. haa...apa-apa pun Alhamdulillah. selamat email den, selamat Flickr den, selamat fb den.. selamat segalanyaaa... huhuhuh.. la ni dah tukar question baru yang jawapannya mengikut soalan. huh! lega.  


No comments:

Powered by Blogger.