Sepang Goldcoast

/
1 Comments
Salam semua :)

Hari ahad~ hari yang sangat malas. tapi tetap bersemangat nak update entry baru untuk tatapan masa hadapan.. hukhuk.. ^_^"

JUmaat lepas, seperti biasa ada meeting dengan bos and semua opismate. dan seperti biasa juga kita orang akan menerjah tempat-tempat yang belum pernah kita orang pergi. jika sebelum ni shopping mall dan taman-taman menjadi pilihan tapi kini kita orang menerjah jauh di Sepang goldcoast. Memang jauh dan tak sangka untuk haritu akan pergi sejauh itu hanya untuk meeting dan makan-makan.

Perjalanan ke Sepang memakan masa hampir 2 jam, dalam perjalanan terfikir juga bagaimana rupanya Sepang Goldcoast tu. Cantik sangat ker sampai bos nak bawak sampai ke situ. Sebelum tiba di Sepang Goldcoast, korang akan melalui Sepang international Curcuit... memang besar!

Akhirnya sampai jugak ke tempat yang dinamakan Sepang Goldcoast tu dan destinasi yang lebih tepat untuk ditulis ialah The Golden Palm Tree, iconic resort and spa. Landskap dekat situ memang cantik! patutlah bos sanggup pergi jauh untuk kita orang tengok landskap dekat situ.

Korang biasa tengok kan gambar ni.. inilah tempatnya.. bentuk palm tree. kredit, pakcik mkcik gogel
Water feature sepanjang laluan
lawakan view dia.. :)
Sampai pun ke main entry resort.
Laluan lurus @ batang palm.
 Kita orang decide jalan kaki je sebab nak feel suasana dekat sana..jadi tak naik la resort car yang disediakan tu. memang suasana sangat nyaman.. haaaa... angin kuat + sejuk cuma air laut dekat sana tak berapa nak cantik sangat. tapi view memang cantik lah.
Ni villa sepanjang laluan lurus tadi, tak berapa exclusive designnya.
Then, tengah-tengah resort before bercabang menjadi pelepah daun~
 YAng ni pulak di bahagian tengah dia before laluan bercabang. dekat situ kami makan and meeting. Area cafe dia la kot. tapi kan..kan.. banyak lalat sikit la dekat luar ni.. :(. and belakangnya ader infinity pool.. cantik!

kawe pun nengok jela orang mandi dan manda tuu...

sempat menempek kan diri di salah satu laluan bercabang. pose ala mak jemah.
antara yang sempat diambil.
Villa di bahagian bercabang semuanya single villa bukan bertingkat macam dekat laluan lurus tadi. so, harga tentunya mahal kan..kannn..

Dan saat yang ditunggu... nak jenjalan di tepi pantai.. takkan ku lepaskan peluang itu,,hohoho..

'you orang nak terus balik ker nak jenjalan dulu?'

'nak pergi pantai bos, dah alang-alang sampai sini' hehe..laju jer den menjawab.

Dari jauh dah nampak pantai yang luas, air surut.
PAsir pantainya memang sangat-sangat gebuuu..
pasir pantai dia memang sangat la lembut! rasa macam nak guling-guling buat drama hindustan plak dekat situ.
Dan tak lupa nak capture apa yang cantik di mata..
JAdilah jugak dengan kamera ciput den itu..
Sebelum pulang...

Saat senja



Resort dari kejauhan..huhuu..

DAn sebagai penutup.. saksikanlah gambarku yang meletup ini.. sila saksikan dari jauh sahaja.. takut termuntah.. rosak laptop.

Bye pantai...
Sekian melaporkan.. Assalamualaikum...


1 comment:

gps ryanna said...

Definitely a grand stay! Experience it yourself and more at YOUR getaway at the Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa at a discounted rate of more than 50% – only RM 350 nett!! Visit http://goldenpalmtreediscounts.blogspot.com/ and drop me a comment! Thank you!

Powered by Blogger.