Hari Abang JPJ!

/
0 Comments
Abang jpj pun ader hari ker? ader lahh.. Hari test jpj kan.. kena lah panggil abang..kekeke.. Abangg... Abang tulis saya lulus yer.. tauu tau.. Ahh.. hilang pahala posa kang.


Semalam (khamis) pagi-pagi lagi aku dah bersiap, seawal 7.30 pagi aku dah terconggok depan lift. Tapi bukan nak pergi kerja, awal benor kerjanya. Ni nak pergi test jpj dekat metro academy. Sangat berdebar. Setelah lebih kurang 4 minggu (kot) mengikuti kelas memandu setiap sabtu/ahad, kini tiba saatnya ditest oleh Abang JPJ. Yola, senang jela bagi korang.. korang dah lepas.. elehh.. korang pun sama jugak kan.. time tu berdebor-debor..

Pakcik van ni kata dah ondway, ni dah pukul 8 lebih tak sampai lagi.. ni mesti segeng dengan kiah propa nih.

kiah propa.
8.30 barulah la muncul pakcik van.. huh!

Hermm.. sampai-sampai je terus ke pejabat dulu buat bayaran terakhir then baru pergi dewan. Mak oitt... ramai rupanya orang.. penuh satu dewan.  

nilah dewan dia, ambik kat google... 
Tengok gambor kat atas cam kecik je kan dewan dia, sebenornya panjangggg... berpeluh tunggu giliran tiba. Pastu tengok-tengok orang kat luar buat test... nebes la kan.. Then dalam pukul 11 barulah tiba giliran den.. lama oit tunggu...  berdebar dah nih. Dah nama pun test kan.. berdebar la.. kalau hari tak test tak berdebar plak.. walhal buat benda sama jer. 

First buat bukit dulu, huh! Tangan dah berpeluh dah. Kak nik (cikgu sehari den) ader jugak time tu.. jaga calon. 

' Tenang.... relax...'

hehe... risau la kak nik oit... 

Okay, naik bukit.. berhenti, tengok tayar..okayyy.. masuk line.. Encik Jpj.. okay! saya nak turun. Fuhh.. lega.. bukit dah lepas.. Parking pulak. Time nak keluar parking ternampak cikgu kamal (cikgu berhari-hari den) lalu sebelah.. eleh.. nak tunjuk muka lah tu.. hahaha... okay encik kamal, jangan riso. saya adik beradik super saiya ke-5. 

3 penjuru pun lepas.. Alhamdulillah..lulus test dekat litar. fuh!

Then after break, pukul 2 barulah tiba giliran den untuk test jalanraya. Haaa.. nebes, nebes. Yang test aku adalah abang jpj..  'takpe, jangan risau..abang kasi lulus punya' cehhh.. nak pulak dia cakap macam tuh kan.. . takde makna dia nak cakap camtuh! ayat sendrian berhad..kakaka.. Panggil encik la kau ni, tak hormat betul.

Mungkin Encik jpj tu tengok muka den pucat lesi jer kan.. nampak benar kenebesannya.. so, Encik jpj tu pun borak la dengan den. pastu siap pasang and nyanyi lagu najwa latif yang kosong tu kuat-kuat.. Arrr... aku nak fokus nih. sibuk nak nyanyi. Pastu asik tanya-tanya, aku nak fokus pun xleh..

'Kerja ker belajar?'
'Da kawen ke belom?
'Single ker dah ader boypren?'
'Bila nak kawen.. dah ader calon belum?'
'Nak tak saya kenalkan dengan kawan saya, ramai yang single'
'Nak yang hensem ke camne?'

Alahhh encik JPJ ni, kot ye pun nak tenangkan hati aku yang nebes ni toksah la tanyo-tanyo gitu.. bikin nebes lagi ado lah. aishhh. malas nak layan . Baik aku nyanyi lagu kosong..kosonggg.. oh oh.. tapi terpaksa gak dengar dia membebel.. tanya-tanyoo tu.. alahhh.. layan kan jela borak kosong tu.. bukan dia kenal aku pun. pasni tak jumpa dah..bubyee... terpaksa buat muka baik.

Naseb aku baik sebab dapat jalan 3, jalan paling pendek abad ini.hehehe.. lega. Thanks Encik jpj. tolong memacam time kat jalanraya. Dan akhirnya...LULUS!!! Yeaahhhh.. Alhamdulillah. Thank you Allah.

Thank Encik kamal, Thanks kak nik. Selamat hari rayo.

Terus call mak n msg cik kiah.. share happiness... tak lah happy benor.. tapi happy bebenor-benor. hahahahak! Dekat saper lagi nak share kan.. mestilah dengan family and kawan rapat.


No comments:

Powered by Blogger.