Kalau bukan sekarang bila lagi? l link blog

/
0 Comments

Berkali jari ini mengetuk kecil papan kekunci laptop.. papan kekunci laptop? Begitu ke bahasa melayu nya? Begitulah agaknya. Entah berapa kali ditulis dan dipadam kembali. Dan entah yang keberapa kali agaknya digaru kaki dan tangan yang gatal dek kerana keganasan nyamuk yang melanda kawasan perumahan.  Mungkin juga kerana ketandusan idea untuk menulis. 

Ada juga yang sudi membaca walaupun tiada entry terkini yang tertarik lagilah menarik di blog ni. Semuanya hanya cebisan cerita fairuz jaafar yang selalunya merapu dan mereweng sesuka hati. Dan semestinya bercap mohorkan bosan tahap gaban. Huh, terasa serius pulak tulisan kali ni. Mungkin kerana marah dengan nyamuk keding tapi berbisa sehingga terbawa dalam penulisan. Please jangan botox bibir aku malam ni!! Esok kerja!

Thank korang sudi singgah dan baca blog ni walau tak menarik, bosan dan selalunya syok sendiri ni..huahaha. Ehem..  Memang tak menarik apatah lagi anggun dan bergaya (tibe-tibe)..  Serius tak de mood menulis apatah lagi mengarang berjela-jela saat ini. Yang ada cuma perasaan teruja menunggu hari khamis tiba. Kenapa? Biarlah rahsia... :p

Serius blog ini tak secomel penulisan hazanis,
Yang selalunya ceria dan berbunga dihati,
Apatah lagi sekreatif pakcik jonni,
Yang selalunya merepek meraban sesuka hati,
Tapi still disukai dan ohsem sekali.

Serius blog ini tak seaktif penulisan zamani,
Yang selalunya penuh dengan photography,
Sehingga aku teruja nak beli kamera sendiri,
Owhhh.. tak sabar sungguh rasa di hati!

Serius blog ini sekadar suka suki,
Meluahkan rasa yang tersimpan di hati,
Tiada motivasi seperti angel pakai Gucci,
Yang sentiasa membuat pembaca bermuhasabah diri,

Serius blog ini tidak serajin encik upprofit,
Sentiasa ada entry terkini yang suka untuk dikongsi,
Yang suka blogwalking sana sini dan Singgah blog kita hari-hari,
Bilalah aku nak rajin macam niiii???

Serius dah mati kutu~


Motivasi hari ini : Angel pakai gucci : Kalau bukan sekarang bila lagi


No comments:

Powered by Blogger.