RAya mencutikan aku.

/
2 Comments
Hari ni (raya kedua) seharian aku melayan novel 'Biarlah YM berbicara' yang baru aku beli semalam. Rasa membuak-buak sangat di hati nak baca novel ni sejak semalam lagi tapi mengantok punya pasal, terpaksa aku berserah diri pada bantal dan tilam.hehe.. Penat beraya :)

Beraya dengan tudung segi, ridunya :p
Tahun ni aku beraya dengan tudung segi.. "Yela.. tudung segi. Tak pernah dengar ker? Tudung yang kena lipat dua tu.. segi lah namanya tu" hehe...


Dah lama sangat rasanya tak menyarung tudung segi. "kenapa?" Sebabnya leceh... pius ni tau nak cepat jer, so tiap-tiap hari memang tudung indon tak pun selendang lah yang dia sebat. Lebih senang, tak payah asyik nak membetulkan tudung. Sah-sah semuanya okay terlekap di kepala.

Tahun ni tak dapat duit rayooo... ngeee..
 "Lagipun pakai tudung segi nampak muka pius macam budak-budak, eh-eh perasan sendiri!"

Raya tahun ni terasa macam busy pulak, busy berjalan dan bertandang ke rumah saudara terdekat..  juga melayan tetamu yang bertandang ke rumah. Kalau sebelum ni rasanya akulah yang paling malas nak beraya, malas nak bertandang.. tapi raya kali ni aku pulak yang terasa bosan kalau tak beraya dan bertandang ke rumah saudara. So, first raya kita orang konvoi ke rumah saudara beramai-ramai. Memang hari pertama semuanya berkumpul di rumah pius a.k.a rumah nenek. So, after that reramai serbu rumah saudara terdekat satu persatu. Hehe.. empunya rumah kenalah balik awal, nak prepare katanya. Rasa meriah pulak tahun ni walaupun bukanlah beraya dalam suasana kampung. Masih ada meriahnya!

Dan acara yang mencuit hati aku tahun ni, masa nak ambil gambar reramai. Big family.. tak tahan tengok semua orang. asyik nak menyakat. Okay, suka tahun ni.. sebab before this aku selalunya membatu.. membatu?

After beraya di rumah saudara-saudara terdekat, kita orang decide jenjalan o.u. Dah alang-alang beraya di damansara kan.

Penat tunggu orang shopping
 "Okay, pius sangatlah poyo sampai shopping pun nak ambil gambar! pedulikan minah di atas" Penat okay teman orang shopping! Ahh.. nak patah buku lali aku. That why aku suka shopping sensorang.. tenang dan damai. Kalau teman orang memang cuci mata jela.. kerja mengejar orang. Last-last aku give up, malas nak kejar kakak aku yang lain. Takpe, biar aku jalan perlahan, asal selamat buku di lali ku. laliku di buku. Buku lali ku!

YAng mana satu aku?
"Hampeh akak pius yang satu nih, kononnya nak berseni! Tengok, kasut pulak yang menjadi watak utama. aku? sekadar backdrop!" Takpelah, cuci mata tengok kasut.

Dalam penat meneman orang shopping nak kahwin, aku sempat beli satu novel di popular. Biarlah YM berbicara. Memang dah lama pius cari buku ni dan akhirnya jumpa juga!

Sebenarnya lama juga pius tak layan novel, tapi buku ni memang satu-satunya buku yang pius teringin nak baca sampai habis sejak dari belajar lagi.

"Kata tak layan novel dah? ni tiba-tiba pulak feeling-feeling nak baca novel, kenapa pulak?" Kalau dah mula kenalah habiskan, tak baik buat kerja separuh jalan. kan.. hehe.. Sebenarnya layan novel ni secara online dulu. Penulisan2u. Tiap-tiap minggu tunggu episod baru.. tapi tiba-tiba pihak penulisan2u hentikan separuh jalan dengan alasan nak terbitkan novel Biarlah YM berbicara. Okay, aku tunggu.. sebab tak habis baca!

Dan hari ini bersamaan raya kedua, hampir pukul 1 pagi.. Aku sudah tamatkan riwayat penantian ku. hah! puas hati.

*******************
"Kau tak mandi lagi kan" aku mendongak, hanya memandang muka kakak aku yang bertanya. Tidak menjawab cuma membalas dengan pandangan. Tahulah dia aku belum mandi. Hehe.. Dah tengahari tapi masih belum membersihkan diri.

"Tak senonoh" Tambahnya lagi. Aku hanya memandang, sedikit senyum di hujung bibir. Eleh, dia pun baru mandi.. Selorohku dalam hati. Tanpa membuang masa terus aku menyambung pembacaan ku. Jangan diganggu bila novel sudah berada di tangan pius. 

Lagi sekali, gangguan!

"Kak ani suruh goreng ikan" Adoii... kenapa time ni.. Tak muh tak muh tak muhhhhh... Tak sabar membongkar identiti Charming!

Dan akhirnya terpaksa berhenti jugak, capai tuala dan mandi. Sebab? Saudara sebelah emak hendak datang bertandang.Kalau tak memang membusuk lah aku di atas katil!


2 comments:

Uncle Jonni said...

dtg beraya...

nak ziarah ke rumah x dpt.. ziarah blog je la ye..

selamat hari raya tuan rumah....

FairuzJaafar said...

pos la duit raya :p

Powered by Blogger.