Sms punya pasal, aku jatuh cinta

/
0 Comments

Yup, cinta sms? Sms punya pasal aku jatuh cinta.


Memang kata-kata itu sangat indah kan.. sampaikan tak jumpa dan tak kenal orangnya pun boleh jatuh cinta. Hanya melalui sms. Ajaibnya sms.. tibe-tibe terkagum.. muka tak percaya. Geleng-geleng. Aku juga satu ketika dulu pernah terjebak dengan cinta sms ni.. holamak.. hebaq nyer.. hurmm..muka takde semangat.

Tiap hari melayan sms, bercerita itu ini, tempat cerita masalah. Paling hebat  bila si dia macam tau-tau jer kita ader masalah.. waahh.. best-best. Apa tandanya tu? Tandanya sms itu sangat bahaya.. eh.. yeke? Huhu.. Itu tandanya cinta itu buta, tak kenal rupa..hanya melalui kata-kata yang bisu.. see.. hanya dengan sms kita boleh jatuh cinta. Kata-kata melalui penulisan sangat berkesan agaknya pada hati kita.

Teringat seorang kawan yang dulunya bercinta tanpa mengenal siapakah empunya yang selalu membalas mesej dengannya.  Tiap hari bermesej dan lama-lama berbual dan bergayut pulak. Katanya, itulah tempat dia menyatakan masalah,walaupun masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Bermula dengan salah mendail nombor telefon, bermesej, bergayut dan bercinta. Amboiii korang nih..

Sampailah satu hari, dorang decide nak berjumpa. Kikiki..kelakar sebab lelaki tersebut enggan keluar dari kereta. Kenapa.. ?sebabnya dia pendek. Hohoho.. Ader ape dengan ketinggian.

Aku? Hermm.. Bermula dengan salam perkenalan dari dia. Mula-mula memang tak kenal empunya sms tapi lama-lama tahu jugak. Kawan sendiri rupanya. Haha.. bila ingat balik cam lawak plak sebab boleh terjebak dengan lelaki macam tu. Katanya nak kenal aku yang selalu kelihatan diam. Paling tak tahan, kita orang memang rancak bersms di luar tapi bila bersemuka kita orang tak pernah bercakap, nak pandang muka pun jelling-jeling.  Kata salah seorang kawan, dia adalah playboy terfemes di sekolahnya dulu.. kakakaka. Okay..playboy.

Tapi sekarang bagi aku, sms tu adalah ubat tak boleh tidur pada waktu malam..kekeke.. sebabnya aku akan mengantok semasa bersms dengan orang lain. Dalam nak tunggu orang lain membalas mesej aku, aku pun mengantok dan tidur la jawabnya. Dan sekarang macam berbunga pulak rasa di hati bila berbalas mesej dengan seorang rakan.  Rasa happy kalau dia mesej, walaupun sangat lah jarang dia nak mesej kerana kesibukan dia melayan awek-awekz nya.. opss.. hahaha..

Aku pun bukan jenis yang suka mesej tanya khabar pada kengkawan, bertahun lah nak tunggu aku mesej korang. Tapi kalau kawan yang memang dah rapat dengan aku. Selalu jer sms. Terutamanya cik keah di kampong tu. .. takut terputus hubungan, jadi selalu jugaklah mesej dengan dia berbanding dengan orang lain.
Sms puny a pasal aku tertunggu-tunggu.

Sekian.



No comments:

Powered by Blogger.