Beday party dan aku

/
2 Comments
muka nak lari...~ gambar xde kena mngena~
Malam semua :) dah  lewat rupanya.

*Apapun yang terjadi . Ku ‘kan slalu ada untukmu . Janganlah kau bersedih. Cause everythings gonna be ok*

Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak menulis apa kali nih, mana tak nya mulut nih dah berapa kali ulang lagu yang sama. Mana hendak menulis, mendengar lagu dan menyanyi.. kan dah jadi carca merba tuh.  korang mesti bosan kan sebab pius pasang lagu ni dekat blog pius.. asyik ulang-ulang. hehe.. takpe, kalau korang bosan korang stop jela widget tuh. Pius tak bosan lagi :)

Belakang telinga ni pun dah hampir berlekuk mana nak sangkut spek mata mana nak letak earphone. hehe..Serius, pakai spek mata tiap masa, rasa macam dah berlekuk belakang telinga. semacam ader tekanan. Tak sesuai agaknya spek mata nih. Spek mata lama juga selesa. 

*Saat kau berharap keramahan cinta. Tak pernah kau dapat ya sudahlah yeah*


 Beday party dan aku? apa sebenarnya yang aku nak cakapkan? entah la..hehehe.. tadi jiran bawah rumah pius ni ada buat beday party anak dia, so ader buat makan-makan sikit. Memang malas sebenarnya nak turun makan coz perut ni dah penuh dan tak lalu nak makan dah. Perut pulak macam tau-tau je..  terus sakit.

Tapi pius turun jugaklah sebab my mak asyik membebel jer.. paksa orang. Tak senang duduk memerut.. Okay, ader orang carik ayut (nickname since childhood). so, turun jugak lah. 

Disebabkan mimi (my frenz since childhood jugak)dah isi sepinggan nasi lemak untuk pius.. so.. sangat-sangat paksa untuk telan..huahhhh... tak tahan. rasa nak luak semua.. makan jugak, selang-selang ngan air sarsi. Fuhh..akhirnya habis jugak. Gitulah kalau perut dah kenyang and takde selera nak makan. 

Serius mimi memang ramah sejak dulu.. nampak sangat aku nih jenis tak reti bergaul. See.. nak borak pun tak reti.. sebab tu lah aku nih selalu digelar pendengar setia..hehehe..sebab aku tak reti nak borak-borak sangat.. so, dengar jela and cakap sikit-sikit. Tibe-tibe teringat klass mate..

"ko ni, xsosial.. cane nak wat bisnes kelak"

Terus tergelak bile dia keluar statement camtu.. tau-tau je niat dihati ni nak berbisnes.

"Ko nak bisnes ko kne PR, skil public relationship tu penting" tibe-tibe kena bebel.

Yela.. aku kena pandai bergaul selepas nih.. ye..ye.. PR penting. okay. hohohoh.. Kena lebih banyak jumpa orang lepas nih, jangan malas-malas dah nak jumpa kawan.hohoh..malu!

 p/s: dear frenz, chayokk interview selasa nih!


2 comments:

lynn kamarul said...

hehe lepas ni skill bercerita di blog ley la diprattikkan di luar plak =)

FairuzJaafar said...

@lynn kamarul hehehe..malu :p tulis takpe, tak nampak muke.. ngehehehe,,,

Powered by Blogger.